Bab 19

20K 700 57
                                    

Tengku Haikal mengecilkan matanya merenung tingkah laku Anneliese. Sejak tadi, gadis itu menggentel-gentelkan hujung bajunya sambil memuncungkan bibir.  Tak lain dan tak bukan, mesti dia rasa bersalah sekarang ni.

"Apa? " Suara Tengku Haikal memecahkan kesunyian.

Anneliese mendongakkan kepalanya buat seketika. Wajah Tengku Haikal dipandang dengan riak yang tak berapa nak tenteram.

"Errrhh about...last night.. "

"Just forget it! " potong Tengku Haikal, dingin.  Tak sudi aku nak ingat! Buat sakit jiwa serta hati yang suci ini tau. Ehek. Konon suci.

Anneliese mengeluh berat.  Alah, marahlah tu.

"Awak majuk ke? " Soal Anneliese sambil mendekati suaminya.  Lelaki itu kelihatan mengeluh berat.

"Bagitau aku. Asal aku perlu majuk?" soal dia sambil kening di sebelah kirinya terangkat.

"Yelah sebab.. Sebab.. Alah, awak ni. Awak pun tahu sebab apa. "

"Aku tak majuk dan aku tak terasa apa-apapun. In fact, aku langsung tak tahu majuk tu apa. Come on lah, majuk tu untuk budak kecik macam kau! " ejek Tengku Haikal lalu menunjal kepala isterinya dengan perlahan.

Selepas itu, dia menapak ke tingkat atas bersama mood yang kurang baik. Anneliese dengan naifnya mengejar langkah Tengku Haikal sambil memujuk.

"Kau ni takde kerja lain ke selain nak ikut aku? Eeee, ada juga yang makan sabun ni karang, " ugut Tengku Haikal tanpa mempedulikan pujukan Anneliese.

"Tak nak lah makan sabun.  Tak sedap, " geleng dia, comel.

"Ele, sejak bila sabun tu sedap untuk dimakan?"

"Dah awak yang nak makankan saya. "

"Shhhh...diam! Boleh tak diam? Sepatah aku kata, berpuluh kau jawap erk," sindir Tengku Haikal. Sesaat kemudian, dia masuk ke dalam bilik air lantas mengunci pintu tersebut.

Tak sempat lagi Anneliese nak masuk, Tengku Haikal terlebih dahulu berjauhan daripadanya.

"Awak nak buat apa tu? Saya tak habis lagi nak pujuk awak! " tutur dia sambil mengetuk pintu bilik air.

"Aku nak beraklah, bongok! Takkan nak bagi kau tengok sekali!"  jerit Tengku Haikal sehingga membuatkan Anneliese mengetuk kepalanya sendiri. Bengong!  Takkan nak join sekali en.

"Okay, hati-hati tau. Good luck! " jerit dia lalu beredar pergi.

Di tandas pula,  Tengku Haikal sudah terpinga-pinga.  Good luck? Good luck untuk apa bengap? Aku nak buang taik bukannya nak jawap exam!  Eh, tingtong lah dia ni.

Di luar, Anneliese menapak langkah untuk menuju ke aras tingkat bawah. Semua mereka tengah keluar kerja kecuali Tengku Haikal, dia dan....

"Aku tahu kerja aku!  Kau rileks jelah.  Kalau aku tak dapat bunuh Alex semalam, jadi aku terpaksa tukar target aku malam esok."

Anneliese mematikan langkahnya apabila kedengaran suatu suara yang tak asing lagi di rumah agam tersebut. Langkahnya diatur ke hadapan pintu bilik Tengku Fazril.

"Aku Angel! Aku takkan hampakan The King! Aku orang harapan dia.  Setakat family mafia ni, aku boleh hapuskanlah dalam sekelip mata! " angkuh Putri Risha (Angel)  berbicara.

Terbeliak mata Anneliese sebaik sahaja mendengar kata-kata kakak iparnya.  Jadi betul, perempuan tu dah hilang ingatan. Dia tak ingat siapa diri dia yang sebenarnya dan dah ada tuan yang baru. Lepastu, tuan dia pula suruh dia bunuh family ni.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now