Bab 20

13.4K 734 75
                                    

Seminggu kemudian...

"Yes, like that!  Auwww,I like it!  Yeahhh!!  More! More!  Liese, make sure you tunjukkan muka garang but sexy! Alden, boleh tak rapat sikit dengan Liese? Baru meletopp!! "

Anneliese dan Alden berpandangan buat seketika apabila mendengar arahan Khairul. Lelaki itu dengan selamba biawaknya teruja melihat gandingan mereka berdua.

So, sebagai rakan sekerja, kedua -dua mereka akur dengan arahan lelaki berjiwa lembut tersebut. Alden merapatkan wajahnya pada Anneliese sambil membuat riak wajah yang penuh keyakinan. Garang tapi macho. Hot!

"Nice!!  Liese, sekarang I nak you pandang Alden okay?  Buat muka serius dengan bibir yang terbuka sedikit.  Faham tak? " arah Khairul, rileks.

Anneliese menganggukkan kepalanya tanda faham. Sememangnya kerja model taklah mudah. Kalau tak dapat puaskan hati pengarah, confirm kena jerit. Malu belakang cerita.

Sesaat kemudian, Anneliese memandang ke arah Alden bersama bibir yang sedikit terbuka. Sebaik sahaja mata mereka bertatapan, jantung Alden seolah-olah berdegup kencang. Tanpa sengaja matanya tertumpu pada bahagian bibir gadis itu. Merah menyala!

Seakan-akan memanggilnya untuk terus bersama.

"Liese, up sikit kepala tu," arah Khairul lagi.

Anneliese terus sahaja membuat seperti yang diarahkan oleh Khairul. Kepala diangkat bersama riak wajah yang sungguh menggoda. Alden terdiam seribu bahasa. Tunak mata Anneliese direnung sehingga dia terleka sebentar. Lupa bahawa mereka sedang berkerja.

"And three, two, one! Finish!!"

Sebaik sahaja Khairul berbicara, Anneliese dengan penat menjauhkan wajahnya daripada wajah Alden. Leher yang terasa lenguh, diurut perlahan.

Alden berdehem sebentar.  Segala bayangan indahnya tadi lenyap pabila Anneliese beredar ke tempat lain untuk berehat.

"Liese penat ke? " soal dia, lembut.  Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan Anneliese.

"Kerja apa yang tak penat abang oii? Lenguh leher ni tau, " luah Anneliese, jujur.

"Nak saya urutkan tak? " tawar Alden seraya cuba mendekati gadis tersebut.

"Eh, takyah, takyah. Dah hampir okay dah ni.  Awak tak perlulah susah-susahkan diri awak untuk saya. Lagipun, bukan saya sorang je yang sakit leher, " tolak Anneliese lembut.

Alden tersenyum tawar. Dia melabuhkan semula punggungnya di atas kerusi semula.
"Yelah, tapi awak tu kan pendek. Mesti leher tu lenguh sebab tengok saya yang tinggi ni, " balas dia, lembut.

Anneliese tersenyum pendek. Dia dah biasa sebenarnya. Kalau tak biasakan diri, memang tak dapat apa-apa habuan. Sememangnya dia dan Frender hidup demi sesuap nasi yang bagi mereka agak sukar dicari.

Mungkin orang lain tak faham. Tak semua model ni ada duit. Tak semuanya kaya.  Lantaklah orang nak kata dengan apa kerjayanya sekarang.

"Liese.. " panggil Alden secara tiba-tiba.

"Yupp? "

"Hujung minggu ni, awak free tak? " soal dia bersama sebuah agenda di dalam minda.

"Hmmm.. Free. Why? "

"Kalau awak free, boleh tak saya ajak awak keluar jalan-jalan? Erhh,kita kan teman sekerja tapi janggallah kalau tak tahu diri masing-masing.  Lagipun kita kerja bukan sebulan, dua bulan, " alasan Alden.

Lama Anneliese berfikir.  Tak lama kemudian, dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Reaksi gadis itu benar-benar menbuatkan Alden bernafas lega. Dia tersenyum senang tanpa dipinta.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now