Bab 25

11.9K 714 63
                                    

Tekan!  Tekan! Tekan!

Frender terkekeh-kekeh ketawa apabila menekan huruf demi huruf yang berada di atas skrin telefon. Selepas huruf-huruf tersebut membentuk beberapa ayat, butang 'send'ditekan kepada seseorang.

✔✔
Abang Malaikat is typing..

Frender tersenyum pendek.  Nampaknya,  Tengku Haikal masih sudi melayan ia walaupun sedang sibuk bekerja.

Abang Malaikat :
Liese buat apa sekarang?

    
    Frender:
kak long  tengah membaca majalah sambil jilat sudu.

       Abang Malaikat:
           Tangkap gambar jap.

Frender tersenyum riang. Dengan senang hatinya, dia melompat daripada atas katil lalu menuju ke arah ruang tamu.  Kelihatan Anneliese benar-benar membaca sebuah majalah sambil menjilat sebatang sudu.

Snap!

Gambar tersebut dihantar lalu Frender berlari semula ke dalam bilik

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Gambar tersebut dihantar lalu Frender berlari semula ke dalam bilik.  Dia tidak sedar bahawa derap kakinya didengari oleh Anneliese. 

 
        Frender :
Cantik tak kakak kita?

         
              Abang Malaikat:
Cantik macam anjing.

     Frender:
Jahatlah abang ni.

  Abang Malaikat:
Thanks puji.

          Frender:
You're welcome. Abang bila nak gi sini?  Jomlah main dengan saya. 

        Abang Malaikat:
Aku kerjalah.  Esok punya esok aku gi sana.

         Frender:
Esok punya esok tu bila? 

     Abang Malaikat:
    Tahun depan.  Muahahaha.

Frender:
Abang ni.  Ingat kita budak takde perasaan ke? ( Hastag tengah majuk) 

Abang Malaikat.  ✔✔

And bluetick.

Frender merungut geram. Tak habis-habis Tengku Haikal ingin mempermainkannya.  Dah tu, bagi bluetick je.

"Frender.. "

Frender tersentak sehingga kedua-dua bahunya terhincut ke atas.  Telefon yang berada di tangan cepat-cepat disembunyikan ke belakang badan. 

"Ingat kak long tak nampak ke? Bak benda tu keluar, " arah Anneliese,  mendatar.  Frender menggeleng-gelengkan kepalanya dengan pantas.

Telefon hasil pemberian daripada Tengku Haikal harus disembunyikan demi amanat lelaki itu.

The Chosen OneDonde viven las historias. Descúbrelo ahora