Bab 71

9K 646 47
                                    

Tepat jam 7 malam, Anneliese keluar daripada biliknya untuk mengisi perut yang kosong. Sewaktu bilik Tengku Haikal dilaluinya, entah mengapa kedua-dua kakinya seolah-olah terpaku di hadapan bilik lelaki itu.

Lama pintu bilik Tengku Haikal dipandang sayu. Hatinya mulai tertanya-tanya tanpa dipinta.

Sudah makankah lelaki itu? Kenapa tak keluar daripada bilik dari pagi tadi? Sibuk sangat ke? Apa yang dia tengah buat?

Anneliese menghela nafas berat. Daripada rasa macam ni, baik dia tengok keadaan Tengku Haikal dengan mata kepalanya sendiri.

Sebelum tombol pintu lelaki itu dipulas, Anneliese melihat kawasan persekitarannya. Risau gelagat ia berjaya dikesan oleh mereka yang lain. Kalau boleh dia tak nak orang lain tahu yang dia masih....risaukan Tengku Haikal.

Usai sahaja pintu bilik itu dibuka, figura Tengku Haikal yang tertidur sambil tangan menutup matanya menyapa pandangan Anneliese. Masih pula dengan pakaiannya yang semalam.

Anneliese ragu-ragu untuk bergerak mendekati suaminya sendiri. Namun, disebabkan rasa ingin tahu, dia gagahkan juga kakinya mendekati Tengku Haikal.

Setapak demi setapak Anneliese melangkah, akhirnya dia tiba dihadapan Tengku Haikal. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di tepi birai katil lalu wajah di sebalik tangan suaminya dipandang lama.

'Asal dia tak gerak?'

Anneliese mulai tidak sedap hati. Tangan kanan diangkat lalu dilekapkan pada atas dahi suaminya.

Argh, panas! Confirm demam. Patutlah tak keluar dari bilik. Tanpa berfikir panjang, Anneliese cepat-cepat menuju ke dapur untuk mengambil sebesen air.

Gelagatnya yang bagaikan lipas kudung sedikit sebanyak menarik perhatian yang lain.

"Aunty Liese, jomlah makan sekali," ujar Riley, mendatar.

"Hah okay okay. Nanti aunty ikut makan," jawap Anneliese tanpa memandang ke arah mereka.

Laju sahaja dia berlari membawa besen tersebut sehingga lupa keadaan dirinya yang sedang mengandung. Tak dikisahkan kerutan yang jelas terpamer pada dahi keluarga mafia itu.

Sebaik sahaja Anneliese duduk semula di tepi birai katil, sehelai kain diambil daripada almari lalu direndam dalam besen tadi. Diperah kuat sebentar sebelum diletakkan pada dahi Tengku Haikal.

Untuk 7 minit, Anneliese hanya menunggu. Menunggu dan terus menunggu seraya dada Tengku Haikal yang berombak sederhana dilihat lama.

Terfikir jika dada lelaki itu tidak lagi bergerak. Bersedia ke dia kehilangan Tengku Haikal?

Argh, Liese. Apa benda yang kau merepek ni? Karut!

Sesaat dua saat, Anneliese mengambil semula kain yang ada pada dahi Tengku Haikal lalu direndam semula pada besen.

Apabila kain itu ingin didarat pada dahi suaminya, tiba-tiba lelaki itu bergerak perlahan. Anneliese tergamam. Tak bersedia dirinya ingin bertatapan dengan lelaki itu buat masa sekarang.

"Kau buat apa kat sini?"

Zappp!!

Hampir gugur tangkai jantung Anneliese apabila mata mereka saling berlaga. Terkedu Anneliese sebentar melihat pandangan tajam daripada Tengku Haikal.

"Kau buat apa?" ulang Tengku Haikal, lemah. Namun, masih kedengaran tegas.

"Aw..awak demam panas," jawap Anneliese tersekat-sekat.

Dia cuba mengabaikan pandangan Tengku Haikal lantas meneruskan kerjanya. Belum sempat kain tersebut mendarat pada dahi Tengku Haikal, tiba-tiba lelaki itu menepis perlahan tangannya.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now