Bab 44

11.5K 685 76
                                    

"Liese! Liese! Strawberry! " Terjerit-jerit Tengku Haikal memanggil nama isterinya dari dalam bilik mandi. 

Haih, camne sabun mandi boleh habis pula ni?  Padahal baru je pakai semalam. Ni confirm Joshua dan Fakhrul main sabun. Tak senonoh punya otak cap ayam.  Aku dah kata kahwin! Kahwin!

"Awak nak apa? " soal Anneliese sebaik sahaja tiba di pintu bilik air yang masih tertutup.

"Bak sabun mandi jap.  Sabun semalam dah habis, " ujarnya, mendatar. 

Lama Anneliese terdiam.  Dia berfikir sesuatu.

"Kau dengar tak? Aku nak sabun mandi, " ulang Tengku Haikal lagi.  Naik seoktaf suaranya apabila Anneliese tidak menjawap.

Gadis molek itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Bam!

Terkejut Anneliese apabila pintu bilik air ditolak dengan kuat sehingga bahunya terhincut ke atas.  Figura Tengku Haikal yang keluar bersama lilitan tuala di pinggang sedikit sebanyak mencuri perhatiannya.  Erhh.. Kalau tuala tu jatuh, apa erk yang aku boleh nampak? Malunya.

"Woi! Berangan! "

"Sorry, sorry.  Awak cakap apa tadi? " gelabah Anneliese.

"Aku cakap nak sabun mandi.  Yang kau tercegat kat sini lagi apesal? Kau nak mandi dengan aku ke apa? " dingin Tengku Haikal bersuara. 

"Saya tahu.. Cu.. Cuma.. "

"Cuma apa? "

"Cuma mana nak cari sabun yang boleh mandi? " muncung Anneliese. Aduh, bengapnya.

Tengku Haikal sudahpun menepuk dahi manakala readers sudahpun ternganga. 

"Liese! Aku nak sabun supaya dapat bersihkan badan aku ni.  Bukan sabun yang boleh mandi! " geram Tengku Haikal seraya telinga Anneliese ditarik-tarik seperti budak kecik.

"Awww awww sakit!! " adu dia. Disebabkan terlalu geram juga,  Anneliese bertindak mencubit puting kiri Tengku Haikal yang terdedah sehingga lelaki itu terundur ke belakang.

"Sengallah awak ni! Cakap je lah sabun! " rajuk Anneliese lalu beredar mencari sabun mandi sambil kedua-dua kakinya dihentak-hentak.

Tengku Haikal pula mengusap putingnya yang kesakitan.  Aduh merah terus. 

"Suka hati je minah tingtong ni cubit puting aku.  Kau tunggu erk! Jap lagi aku cubit puting kau, " dengus Tengku Haikal lalu masuk semula ke dalam bilik air.

Mungkin dia dah lupa.  Puting perempuan tak sama dengan puting lelaki. Kesian.

Setelah beberapa minit membersihkan mandi, Tengku Haikal keluar sambil mengeringkan rambutnya yang basah.  Langkah kakinya menuju ke arah bilik tidurnya bersama Anneliese.

Usai sahaja tiba,  dia melihat Anneliese sedang melontarkan pandangan ke arah sebuah rumah di hadapan mereka.

"Kau tengok apa? " bisiknya seraya tubuh Anneliese dipeluk kemas.  Kejung sebentar tubuh gadis tersebut pabila merasakan kehangatan daripada tubuh suaminya sendiri.

"Aku tanya kau tengok apa? " ulang Tengku Haikal lagi.

"Tengah tengok rumah Aaric, " jawapnya, jujur. 

Berubah terus riak wajah Tengku Haikal mendengar  nama lelaki yang terpacul daripada bibir mungil isterinya.  Tak suka si buah hati menyebut nama lelaki lain.

"Asal tengok rumah dia? " soalnya malas namun pandangan turut dilontarkan ke arah tempat yang sama Anneliese melihat.

"Suram je en.  Hantu pun boleh duduk tau, " balas dia.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now