Bab 58

20.1K 710 63
                                    

Tengku Haikal membuka mata apabila terasa hembusan nafas seseorang yang menyapa terlalu dekat dengan wajahnya. Sebaik sahaja mata dibuka, dia melihat Anneliese sedang mencucuk-cucuk pipinya menggunakan jari telunjuk ia.

Terkejut Anneliese melihat lelaki itu sedar lalu melihatnya dengan pandangan yang redup.

"So...sorry.. Saya geram tengok pipi awak se...sebab tu saya cucuk," ujar Anneliese, malu.

Tengku Haikal menghela nafas ringan. Dia menggeliat kecil lalu memeluk tubuh Anneliese dengan penuh erat. Hmmm..macam ada sesuatu yang lembut menyapa dadanya.

"Jangan cucuklah. Kau ingat pipi aku ni pau ke?" bisik Tengku Haikal dengan suara yang serak.

Anneliese tersengih dalam pelukan Tengku Haikal. Lama mereka seperti itu sehinggalah Anneliese menolak perlahan tubuh suaminya.

"Hmmm..apa tolak-tolak ni? Nak tidurlah," rengek Tengku Haikal lalu kembali memeluk isterinya.

"Takleh lah, Ad. Awak kena kerja," tolak Anneliese, lembut.

"Joshua dan Fakhrul kan ada," seloroh Tengku Haikal, malas.

"Eish. Diorang kan masih kat hospital," ingat Anneliese.

Tengku Haikal mencebik kurang berpuas hati. Dia bangkit perlahan daripada pembaringannya lalu berdiri seraya menggeliatkan sedikit badan. Melihat sang suami yang bangun, si isteri juga turut bangun daripada pembaringan.

Boxer yang tersarung pada bahagian bawah Tengku Haikal dipandang pelik seketika oleh Anneliese. Bila masa pula lembu ni pakai boxer? Bukan ke semalam...

"Sayang..." seru Tengku Haikal, romantis.

Anneliese tersentak. Arhhh...suara tu..

"Ya?" soal Anneliese, malu-malu.

"Jom mandi," ajak Tengku Haikal.

"Hmmm..takpelah..Aw..awak mandi lah dulu," tolak Anneliese tersekat-sekat.

Lama Tengku Haikal terdiam seraya anak matanya tekun memandang si isteri yang sedang menutup bahagian dadanya menggunakan selimut. Segaris senyuman mulai terlakar pada bibir Tengku Haikal.

Anneliese tampaknya bermain bersama jari-jari ia sambil kepala tertunduk malu.

"Hei, baby..."

Anneliese tergamam. Kepalanya didongakkan oleh ibu jari Tengku Haikal yang sedang menatap anak matanya dalam jarak yang dekat. Entah bila masa lelaki itu datang dan melutut di hadapannya.

Lama mereka berdiam dan hanya mata sahaja menjadi perantaraan komunikasi. Apabila Tengku Haikal mengenyitkan matanya baru Anneliese cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Kalau kau tak nak mandi sama, aku mandi dulu. "

Tengku Haikal tersenyum kacak sambil jarinya bermain dengan hujung rambut Anneliese. Lambat-lambat gadis itu menjawap bersama pipi yang sudah merona merah.

Alamak, cair siak!

Sesaat dua saat kemudian, Tengku Haikal bangkit lalu menuju ke arah bilik mandi. Sebaik sahaja kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan, Anneliese memegang dadanya yang berkencang hebat.

Aksi mereka semalam terlayar pula dalam kepala hotaknya tanpa dipinta. Manja, Ad. Nakal, Ad. Bisikan,Ad. Semualah Aden punya pasal!

Usai sahaja Tengku Haikal keluar daripada bilik mandi, Anneliese cepat-cepat masuk ke dalam bilik tersebut tanpa memandang sedikit pun ke arah suaminya. Malu bhai.

"Aikkk..awal-awal pagi dah praktis jadi bini derhaka ke?" sindir Tengku Haikal, selamba sambil rambut dikeringkan bersama sehelai tuala.

Anneliese yang berada di dalam bilik mandi sekadar berdiam diri. Tubuh yang baru sahaja dibogelkan tanpa pakaian dipandang melalui pantulan cermin. Sekejap-sekejap dia melihat dada dan lehernya yang dihiasi dengan 'corak khas berwarna merah biru' daripada bibir Tengku Haikal semalam.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now