Sapesial Chapter

11.8K 796 145
                                    

"Dari mana?"

"Dari rumah Uncle Joshua dengan Fakhrul. Diorang dua pun datang kat sini."

Roland melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Tengku Fazril. Tengkuknya yang berasa sakit diusap-usap perlahan. Semalaman tadi belajar tanpa henti. Pagi pula tidur setakat 2 jam. Gila tak penat.

"Diorang lima tak ikut sekali?" soal Tengku Fazril seraya matanya melilau mencari kelima-lima anak angkatnya.

"Tak. Diorangkan suka lepak kat rumah Uncle Jos dengan Uncle Fakhrul. Nanti kalau ada masa, diorang pandai-pandailah datang kat sini," jawap Roland acuh tak acuh.

"Bila along dah cukup umur, papa nak along belajar kat U.S dengan diorang berlima. Lepastu, ambik alih syarikat papa," cadang Tengku Fazril, tenang.

"U.S? U.S tu bukan tempat asal diorang berlima ke?" pelik Tengku Haikal.

"Ha'ah. Apa salahnya kalau diorang berlima belajar kat situ? Along ikut sekali erk," sengih Tengku Fazril.

Roland menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Okaylah dia ikut. Bukan susah manapun. Ada geng, semua benda jadi easy.

"Along memang teringin nak ambik alih syarikat papa tapi..kalau along jadi CEO, papa pula jadi apa? Penjaga tandas?"

"Amboi! Amboi! Suka kau erk. Papa kau dengan aku dengan Zack dengan Akim dengan Triple Ko, kitorang bercadang nak berhenti kerja. Koranglah yang ambik syarikat tu," sampuk Alex. Entah berapa 'dengan' dia nak letak.

Selamba beruk pula dia melompat sofa lalu baring di atasnya. Dia tersengih gembira membayangkan Roland dan kelima-lima anak angkat dalam keluarga itu, habis belajar. Boleh main ML satu hari.

"Kau jelah gembira. Aku ni kena soal satu bulan oleh Risya tau. Dia bukan setuju sangat dengan plan kita nak lepak kat rumah tanpa buat kerja," tempelak Tengku Fazril.

"Bukan setakat dia je marah. Kitorang semua perempuan kat sini pun angin satu badan tau!"

Alex segera bangun daripada pembaringan apabila punggungnya ditampar kuat oleh Tasya. Sakit hatinya melihat Alex yang terlalu selamba. Malas kerja tapi duit pandai masuk sendiri. Bestlah jadi mafia. Orang lain kerja, dia yang dapat duit. Mentang-mentang bos.

Alex pura-pura memekakkan telinga manakala mata dipandang ke arah lain pabila mulut Tasya tak henti-henti membebel. Dia pun hairan sebenarnya.

Kan lambat lagi Roland nak habis belajar. Lagi satu, Roland tak gerak lagi pergi U.S. Mungkin dalam 5 tahun macam tu, baru Alex akan berhenti kerja dengan yang lain.

Beberapa minit kemudian, ruangan tersebut ditambah dengan kehadiran Joshua, Fakhrul, Tengku Haikal, Anneliese serta Adelaide Ayla.

Melihat Roland yang sedang memejamkan mata sambil menyandar kepala, Adelaide segera melompat ke atas riba Roland sebaik sahaja Anneliese melabuhkan punggung bersebelahannya.

"Ayla, jangan kacau abang nak tidur sayang," halang Anneliese, lembut.

Si kecik itu tetap berdegil ingin naik memeluk leher Roland. Timbul segaris senyuman pada bibir lelaki itu. Entah kenapa rasa penatnya hilang secara tiba-tiba.

"Ohh, nak main dengan abang erk? Nak main apa ni sayang? " soal Roland, manja.

Dia mendukung si kecik lalu membawanya keluar ke halaman rumah. Maklumlah, Adelaide Ayla jarang sekali keluar rumah sampai kulit wajahnya menjadi putih susu.

Seketika, keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi televisyen sahaja yang memenuhi ruangan.

"Abang tak cintakan Husna. Abang cintakan Fika!"

The Chosen OneWhere stories live. Discover now