Bab 7

11.3K 647 25
                                    

"Demam panas ni, " keluh Tengku Lily usai melekapkan telapak tangannya di atas dahi Anneliese Cherina. Bibir gadis itu kelihatan sedikit pucat seolah-olah tiada darah.  Sakit.

Tengku Haikal yang berdiri di sisi ibunya, mengangguk setuju.

"Betul tu betul. "

"Apa yang betul? Angah rasa seronok ke peluk anak dara orang ?  Elok sangat ambik kesempatan dekat orang yang sakit camni? " sindir Tengku Lily tegas. Dahlah keadaan mereka berdua tadi dah macam proses malam pertama. Nauzubillah.

"Yang ni tak betul!  Angah tak ambik  kesempatan langsung dekat Liese. Dia yang pengsan secara tiba--tiba. Tu pun nasib baik angah yang macho lagi handsome ni sempat nak sambut dia tau. Dahlah dia tu berat. Entah makan apa."

Dalam membela diri,  sempat lagi Tengku Haikal mengutuk Anneliese Cherina. Makan apa pun tak tahulah weh.

Lolaq je Aden ni. Cakap lebih padahal suka! Ngeow!!

"Tak baik angah cakap macam tu. Kalau dia dengar camne? Dah, malam ni mummy nak angah tidur dan jaga Liese kat dalam bilik ni," arah Tengku Lily sambil bangkit daripada birai katil.

Sejurus mendengar arahan ibunya, mata Tengku Haikal terbuntang luas. Aku jaga dia? Memang taklah!  Buat apa nak jaga orang luar ni?

"Pasal apa angah kena jaga dia? Lepas dia rehat, pandai-pandailah dia balik malam ni, " protes Tengku Haikal, kurang berpuas hati.

"Amboi, cara angah cakap macam dia ni orang luar! Dia kan bakal bini angah. Angah kena jaga dia macam mana angah jaga diri angah juga. Dah,  jangan banyak alasan. Mummy nak tidur dulu.

Sebelum tu,  mummy nak pesan. Kalau jaga Liese tu, jaga biar betul. Jangan buat benda lain masa mummy dah keluar nanti. Kalau angah buat juga, tak pasal-pasal mummy kahwinkan angah dengan Liese malam ni juga! "

Panjang lebar Tengku Lily menyampaikan nasihat sebelum beredar daripada bilik tersebut. Tengku Haikal pula sudah mengeluh berat. Wajah pucat Anneliese Cherina ditatap lama.

"Dah kau tu orang luar, takkan aku pula yang kena jaga kau? " soal dia sendiri. Tak lama kemudian, gebar yang menutupi tubuh Anneliese Cherina ditarik lalu dia baring di sebelah gadis itu sebelum gebar ditarik semula sehingga ke paras dada.

Lama tunak mata Tengku Haikal merenung pada segenap wajah si minah tingtong yang secara tanpa sengaja telah menghuru-harakan hidupnya. Tanpa sedar, segaris senyuman mulai terukir.

"Lawa juga kau ni erk. Ingatkan otak kau je yang tak betul," monolog dia lalu tergelak kecil. Anak rambut Anneliese Cherina dielus lembut bersama senyuman yang agak sukar ditafsirkan.

Beberapa minit kemudian, dia menggeliatkan badannya lalu tidur membelakangi gadis tersebut. Takde kes ye nak miang anak dara orang. Dahlah otak tak betul.

__________________________

"Daddy, perempuan yang korang bertiga peluk tadi tu siapa? " soal Putri Risha tertanya-tanya.  Baru sahaja Tengku Fazril ingin melelapkan mata, namun hasratnya terbantut dek soalan daripada Putri Risha.

"Kawan kitorang masa kecik dulu, " jawap dia acuh tak acuh.

Putri Risha sedikit terkejut.

"Tak sangka Haikal kahwin dengan kawan baik dia sendiri. Kawan sepermainan, " tawa kecil terletus daripada bibir Putri Risha.

"Kawan baik? Huh, diorang tu musuh masa kecik dulu.  Aden langsung tak suka kat dia. Boleh dikatakan, bila kitorang takde dengan Anneliese, Aden lah yang suka sangat nak buli dia. Kadang sampai nangis pompuan tu, " beritahu Tengku Fazril apabila mengingati semula zaman naif mereka berempat.

The Chosen OneHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin