Bab 31

11.9K 778 87
                                    

Ib... Ibu.. Eisk.. Eisk.. To... Tolong...

Air mata Anneliese perlahan-lahan mengalir bersama pancuran air mandi. Kenangan hitam tersebut sekali lagi kembali tanpa dipinta. Tubuhnya yang bogel dipeluk erat sambil bibir digigit perlahan. 

Kalau lah masa boleh dikembalikan,  sudah lama pembunuh kepada kedua-dua orang tuanya itu dicari.  Namun, semua itu mustahil. Ingatannya samar-samar dan si penjenayah masih bebas di luar sana.

Disebabkan pelaku tersebut, hidupnya dan Frender menderita.  Dia menjadi hamba kepada dunia dan Frender tak mampu hidup seperti kanak-kanak yang normal. 

Jujur dia mengaku, kadangkala dia berfikir.  Alangkah bahagianya hidup mereka jika si ibu dan si ayah masih hidup.  Mereka mampu hidup seperti keluarga yang bahagia dan......

"Hoi, perempuan!  Kau buat apa hah kat sana?!  Mandi ke bina bilik mandi?! Aku nak mandilah bengap! " jerit Tengku Haikal, geram. Dah naik bengkak tangannya mengetuk pintu.  Boleh-boleh pula orang kat dalam tak dengar. 

Sesaat, Anneliese mengeluh berat.  Kacau ketenangan orang jelah mamat ni!

"Kejap! Dah nak siap dah! " jerit Anneliese melawan arus air.

"Kejap apa bongo?!  Aku tunggu dah nak dekat dua jam.  Kau tahu tak dua jam berapa lama tu?!  Kau ni manusia ke bunian?! " herdik Tengku Haikal.  Badan melekit camni, siapa yang selesa bro?

Inilah orang perempuan zaman sekarang.  Mandi takyeh cite!  Kalau aku tak jerit, entah-entah esok pagi baru keluar!

"5 minutes!! "

"5 minutes kepala kau! " Sejurus itu, Tengku Haikal menolak pintu dengan kasar lantas masuk ke dalam bilik mandi.  Anneliese yang masih  berbogel sepantas kilat mencapai tuala lalu ditutup tanpa sempat dililit pada sekitar tubuhnya.

"Aden!!  Apa you buat ni?! Kan I cakap kejap! " marah Anneliese.  Merah padam wajahnya menahan malu.

"Aku tak percaya perempuan macam kau.  5 minit konon.  5 jam adalah! " jeling Tengku Haikal.  Pada masa yang sama, matanya tiba-tiba jatuh pada bahagian paha Anneliese yang belum sempat diselindungkan.

Merecik hawaaauu!! Putih melepak!

"Apa tengok-tengok?  Cucuk mata tu karang! " Acah Anneliese sambil anak matanya dialihkan ke arah lain.  Tengku Haikal hanya tersenyum sinis.  Ketika dia membuka bajunya,  mata Anneliese terbeliak luas.

"Eh, Ad you nak buat apa ni? " Tercengang Anneliese dibuatnya.

"Nak rogol kau.  Asal? Tak boleh ke? " usik Tengku Haikal.  Apabila tinggal boxer sahaja yang dikenakan pada 'adiknya', Tengku Haikal merapati Anneliese bersama senyuman yang sengaja dimaniskan.

"Daripada mandi sorang-sorang, baik kau mandi dengan aku, " tutur Tengku Haikal lalu tanpa amaran, pinggang Anneliese ditarik rapat ke tubuhnya. 

Anneliese terkedu seribu bahasa.  Senyuman Tengku Haikal jarang sekali untuk dilihat.  Bagaikan sekali dalam setahun.  Gila! Ni memang gila!

Buat seketika, mata mereka saling berlaga.  Lama mereka berpandangan sehinggalah Tengku Haikal mengucup bibir Anneliese dengan lembut. Begitu asyik sekali sehingga tanpa sengaja Anneliese terbuai dalam permainan suaminya.

2 minit berlalu dan akhirnya Tengku Haikal melepaskan ciuman tersebut.  Wajah si isteri ditatap lama dengan penuh bermakna.

"What kind of drug are you? " bisik Tengku Haikal, romantis.  Anneliese tergamam.  Drug? Jap,apa dia panggil aku?

Tiba-tiba Tengku Haikal berdehem perlahan.  Dia berundur beberapa langkah ke belakang sambil menguak rambutnya ke belakang.

"Keluar. Aku nak mandi, " ujarnya tanpa memandang ke arah si isteri.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now