Bab 6

11.5K 667 33
                                    

"Kau en saje nak cari pasal!  Aku dah kata jangan nak berlakon lebih-lebih!  Yang sampai nak membebel 4,5 jam tu dah kenapa?!"

Tajam anak mata Tengku Haikal menatap tunak mata Anneliese Cherina. Tak lama selepas itu, gadis tersebut memuncungkan bibirnya sambil tertunduk kesal. Lagak mereka seperti ayah yang sedang memarahi anaknya pulang lewat.

"Alah, bukan saya sengaja Tuan Ad. Teringat nostalgia lama, " gumam dia perlahan.

Tengku Haikal mengecilkan matanya.  Amboi-amboi, dah dia yang salah berani pula nak lawan. Ketuk karang guna pinggan nanti!

"Apa kau kata? Tak dengar. Cuba kuatkan suara semut kau tu sikit, " ejek Tengku Haikal sambil mendekati teman gadis palsunya.

"Takde!  Takde! Saya kata muka Tuan Ad handsome macam erhhh Boboiboy! Tuan Ad tengok tak kartun tu? Hehehe, " sengih Anneliese Cherina, selamba.

Tengku Haikal menjengilkan matanya. Boleh-boleh pula dia kata muka aku macam Boboiboy!  Aku lagi handsome tau dari budak kecil tu.

"Dah, dari awal aku kenal kau macam-macam dah hal yang kau buat. Kau tunggu sini! Kejap lagi aku hantar kau balik lepastu pufff!  Jangan pernah muncul lagi dalam hidup aku. Faham?" bicara Tengku Haikal berbaur arahan.

"Tapi Tuan Ad, kalau diorang tanya pasal saya, camne?"

"Kau takyeh sibuk boleh tak? "

Tengku Haikal menjeling tajam ke arah Anneliese Cherina sebelum beredar untuk mengambil kunci kereta. Baginya, kehadiran gadis itu sudah cukup menggugat nasib dirinya di mata Tengku Lily.

Lakonan yang telah diperlakonkan tanpa sengaja menjadi kebenaran. Tak sangka mereka semua mengenali Anneliese Cherina. Persoalannya mengapa hanya dia sahaja yang bagaikan tak tahu apa-apa? Pelik bin bahenol lo.

Ketika Anneliese Cherina berseorangan, dia bergumam kurang berpuas hati. Dah macam baca ayat mantera pun ada.

"Ingatkan dah berubah. Ceh, dari kecik suka sangat nak membuli orang! "

Rasa ingin menjerit sahaja apabila teringatkan semula perlakuan Tengku Haikal terhadap dirinya. Dahlah pura-pura tak ingat apa-apa. Badigol punya bahenol! Benci!

Anneliese Cherina menghentak-hentakkan kakinya sekuat hati.  Dalam fikirannya,lantai tersebut dianggap seperti wajah kacak milik Tengku Haikal.

Shhhhhh..

Sunyi. Anneliese Cherina terdiam apabila merasakan deruan angin yang tiba-tiba sahaja menyapa batang tengkuknya. Dia menelan air liur melihat bulu roma di tangannya merinding secara perlahan-lahan.

Gulp!

'Tak mungkin ada hantu kat sini. '

Anneliese Cherina melontarkan pandangan ke arah kolam yang luas terbentang dan amat tenang. 

'Mungkin ada hantu air kut. Argh!  Bukan aku tak pernah tengok sebelum ni! '

Shhhhh.. Grrrrr...

Anneliese Cherina tersentak kuat. Dia cepat-cepat menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi sesuatu menderam garang. Sebaik sahaja berpusing, rahangnya ternganga luas. Kini, di hadapannya makhluk yang sedang menderam geram dan setiap inci badannya terdapat begitu banyak darah yang mengalir.

Hitam pekat dan berbau busuk seperti bangkai mayat. Uwekkk nak muntah!

Anneliese Cherina terdorong ke belakang sedikit.  Namun, orang tua tersebut semakin menderam geram. Ingin sahaja Anneliese Cherina menjerit apabila lubang-lubang seperti bekas terkena peluru pada bahagian badan makhluk itu mengeluarkan ulat-ulat putih. 

The Chosen OneWhere stories live. Discover now