Bab 4

11.4K 785 38
                                    

"Kau..  Tunggu sini! "

Anneliese Cherina terkebil-kebil. Eh,  asal pula?  Tadi dia juga yang beria tak nak aku kat sini.

Joshua dan Fakhrul menjongketkan kening masing-masing.  Tak lama kemudian, mereka berdua keluar daripada pejabat tersebut sekali gus meninggalkan mereka.

"Ya encik errr.. "

"Tuan Aden! " tegas Tengku Haikal menegur.

"Errhh.. Ya, Tuan Aden? " Dalam hati, Anneliese Cherina menggerutu geram. Garang bebenor malaun ni.

"Kau tahu apa kerja kau? " soal Tengku Haikal, dingin.  Dia duduk di atas kerusi kulit sambil merenung tajam ke arah gadis di hadapannya.

"Hmmm.. Tak tahu," jawap dia takut-takut.

Tengku Haikal membuntangkan matanya sebaik sahaja perkataan 'tak tahu' terbit daripada bibir mungil Anneliese Cherina.

"Tak tahu?! "

Pap!

Anneliese Cherina tersentak apabila Tengku Haikal menghentak tangannya di atas meja.  Marah bebenor ni.  Jangan sampai hulk pula yang terkeluar.

"Eh, Tu... Tuan Aden janganlah marah.  Sa.. Saya memang tak tahu.  Joshua dan Fakhrul langsung tak bagitau saya apa-apa, " tunduk Anneliese Cherina, gagap.

"Kau ingat orang macam aku ni sesenang  nak bagi duit sampai beratus ribu begitu aje ke? "

Anneliese Cherina menggeleng pantas.

Tengku Haikal mengeluh berat. Memang tingtong!

"Tugas kau sebenarnya jadi awek aku dalam sehari. "

"What?! Hell, no! " Eeee.. Tak nak aku jadi awek mamat garang ni.  Dahlah macam singa. Arwab abah aku pun taklah segarang macam ni sekali.  Silap-silap boleh kena heart attack!

"Apa kau cakap tadi? " Tajam mata Tengku Haikal memandang Anneliese Cherina.

"Errh sorry.. Tapi.. "

"Kau dah terima kerja ni and then nak ubah fikiran pula? Aku hanya nak kau berlakon jadi awek aku dalam sehari. Taklah susah mana pun.  Tapi kalau kau tak nak, kau boleh blah," malas Tengku Haikal melayan lantas dia duduk semula di atas kerusinya.

Anneliese Cherina tertunduk kesal.  Tiba-tiba akal fikirannya tersangkut pada figura Frender a.k.a adiknya yang kini berada di hospital. Kalau tak sanggup nak ambik kerja ni, macam mana pula nak bayar semua kos Frender?

Huh, Liese!  Kau tak boleh ego buat masa sekarang ni!  Frender perlukan kaulah, badigol sot dot!

"Erhh, takpelah Tuan Aden. Saya nak kerja ni. Lagipun cuma sehari je en? Tak lebih en?  En?  En? " sengih Anneliese Cherina.

Tengku Haikal mengerutkan dahinya sebentar.  Tukar fikiran lagi.  Ni lah kes pompuan!

"Alright, then. Kalau kau nak, kau boleh blah dari office aku.  Beruk dua ekor tu dah tunggu kau kat bilik sebelah, "  arah Tengku Haikal tanpa memandang sedikit pun ke arah Anneliese Cherina.  Matanya kini sibuk perhati skrin laptop di atas meja.

Dalam diam, Anneliese Cherina merengus geram.  Dahlah upah orang jadi awek dia. Nak senyum kat aku pun susah!  Kedekut!  Orang handsome selalunya tak mesra ke?

"Akak! "

Anneliese tersentak.  Serta-merta lamunannya mati apabila Frender memanggil namanya dengan lantang.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now