Bab 56

12.2K 738 156
                                    

#100 Comments are required to open the next chapter.


Malam itu, angin malam terasa dingin sekali. Mungkin disebabkan hujan yang turun lebat sejak petang tadi. Di suatu sudut, sepasang suami isteri sedang berbual hangat. Sang suami duduk berlutut manakala sang isteri pula membebel selama 3 jam.

Tengku Haikal menundukkan kepalanya mendengar amukan Anneliese. Jenuh nak lawan. Dahlah ngantuk.

"Mana? Mana janji you hah?! I nak jawap apa dengan Aira nanti? Nak cakap you ni pembunuh ke?" geram Anneliese.

"But...aku tak membunuh kut. Aku cuma bagi tendangan Shinichi Kudo aku kat diorang and diorang tumbang camtu je. So, tah mana aku mungkir janji pula ni?" Tengku Haikal menggaru belakang tengkuknya.

Sejurus sahaja Tengku Haikal mendongakkan kepalanya, Anneliese mengetuk kepala Tengku Haikal menggunakan pen milik lelaki itu sendiri.

"Eish, sakitlah!" adu Tengku Haikal namun kepala turut ditundukkan perlahan. Karang kena ketuk lagi. Tamo lah.

"Sakit hati I ada tak you fikir?" bidas Anneliese.

"Kalau kau sakit hati, jumpa je lah doktor. Cari ubat. Kalau takde ubat, bedah terus hati tu," sempat lagi Tengku Haikal loyar buruk.

Anneliese mengepalkan buku limanya sambil menahan geram. Dengan hati yang sebal, bahu Tengku Haikal ditendang sehingga lelaki itu berpusing melanggar almari di belakang.

Tergagap-gagap Tengku Haikal dibuatnya menerima sepakan penalti daripada Anneliese.

"You berani nak buat lawak hambar dengan I?" Anneliese menaikkan penumbuknya di udara sambil rahang diketap kuat.

"Ta...tak tak Liese. Ak...aku gurau je. Janganlah sepak aku lagi. Sakit weh," pujuk Tengku Haikal takut-takut.

Hidung yang berdarah akibat terlanggar almari tadi cepat-cepat dilap menggunakan tisu yang berada di atas meja.

"You memang nak kena!!"

"Aku janji tak bunuh orang!!!"

Tengku Haikal cuba memujuk namun Anneliese semakin datang mendekat bersama penumbuk sulungnya. Mak aih. Kalau kena tumbuk ni, confirm jongang sebelah.

Tak handsome bhai. Kang takleh kahwin sorang lagi. Eh, eh. Senangnya dalam hati kalau beristeri dua.

Sewaktu Anneliese cuba menghampiri suaminya, tiba-tiba angin kuat meniup langsir balkoni bilik mereka. Kedua-dua mereka terdiam sehinggalah Tengku Haikal bangkit lalu menuju ke arah balkoni.

"Lain kali tutup cepat sikit. Karang angin masuk, tak elok untuk badan. Kalau kena aku sorang je, takpelah. Aku tak nak kau kena sekali," tutur Tengku Haikal sambil anak mata melihat pantulan dirinya sendiri melalui cermin balkoni tersebut.

Anneliese tergamam. Sebenarnya dia terfikir.. Tengku Haikal pun rasa ke apa yang dia rasa? Lelaki tu dah jatuh cinta kat dia atau sekadar bermain dengan kata?

"Awakk.." panggil Anneliese lembut.

Tengku Haikal menoleh ke arah isterinya. Gadis itu datang ke arah ia lalu tangannya ditarik menuju ke arah birai katil. Hidung yang disumbat dengan tisu ditanggalkan oleh Anneliese tanpa sebarang arahan.

"Awak nakal sangat. Tu sebab saya marah," ujar Anneliese lalu mengelap sedikit darah yang tersisa di hidung Tengku Haikal.

"Tapi..aku tak membunuh," ujar dia masih dengan jawapan petang tadi.

" Saya tahu tapi tumbukan awak boleh buat orang mati terus. Saya tak nak camtu," nasihat Anneliese, lembut.

"Hmmmm.." Tengku Haikal menghela nafas ringan. Tingkah laku Anneliese sedikit sebanyak membuatkan dia terbuai tanpa sedar. Tengah syok usha wajah gadis itu, tiba-tiba mata Tengku Haikal mendarat pada boobs Anneliese yang agak terdedah.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now