Bab 55

11.2K 691 50
                                    

"Ni ke rumah Sharul?"

Mata Aira merenung segenap ruang parking lot yang baru sahaja dimasuki oleh kereta Tengku Haikal. Memang sengaja dia meminta agar Anneliese menemaninya untuk bertemu Sharul tapi tak tahu pula yang laki dia pun ikut sekali.

"Haah, Sharul tinggal kat apartment ni dengan adik aku buat sementara waktu," beritahu Anneliese tanpa dipinta sambil menanggalkan seatbelt.

"Maksud kau Frender? Asal tak tinggal dengan korang je?"

Aira mengerutkan dahinya tanda pelik. Rumah besar takkan nak jaga Frender pun takleh.

Anneliese terdiam buat sementara waktu. Takkan dia nak bagitau yang Tengku Haikal tuu.....mafia.

"Frender suka main dengan Sharul. Kitorang biarkan dia luangkan masa dengan sotong tu kejap," selamba Tengku Haikal berbicara sambil rambutnya dikuak ke belakang.

Aira tergelak kecil. Sotong dia panggil Sharul erk. Kalau lelaki tu dengar, mahu merajuk sebulan.

"Erhh.. Awak nak tunggu kat sini ke? Atau nak join kitorang sekali?" soal Anneliese, lembut.

Tengku Haikal tidak segera menjawap soalan Anneliese. Anak matanya begitu tajam dan ralit sekali merenung ke arah beberapa kereta hitam di belakang melalui cermin di sisi keretanya.

"Awak.." panggil Anneliese lagi seraya bahu suaminya ditepuk perlahan.

Tengku Haikal tersentak kecil. Dia menoleh ke arah Anneliese yang masih menunggu jawapannya.

"Awak nak ikut sekali ke?" ulang Anneliese.

Tengku Haikal berjeda sebentar. Sesaat dua saat, dia menoleh ke belakang melihat Aira yang terkebil-kebil menjadi pendengar setia.

"Ingat kitorang tengah buat drama Tv33 ke?" soal Tengku Haikal, mendatar.

Aira tersengih lebar. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Nak cover malu bhai.

"Kau keluar jap. Aku nak cakap sikit dengan..."

Tengku Haikal lambat-lambat meneruskan kata-katanya.

"Budak ni," sambung dia.

Anneliese sekadar membuat riak wajah selamba. Dah biasa kena panggil macam tu. Takyah nak koyak sangatlah.

Aira walaupun pelik, dia tetap akur dengan arahan daripada lelaki itu. Tanpa membuang masa, daun pintu dibuka lalu dia menghirup udara segar.

Sengaja dia membelakangkan tubuhnya daripada menghadap kereta Tengku Haikal kerana ingin memberikan mereka berdua sedikit privasi.

"Awak nak cakap apa sampai suruh Aira keluar?" soal Anneliese polos.

"Aku nak stay kat sini. Kau dengan Aira naik tanpa aku," tutur Tengku Haikal dengan riak wajah yang kosong.

"Awak nak stay kat sini? Seorang diri?"

"Taklah. Aku stay dengan lipas dengan cousin lipas tu sekali," jawap dia.

Anneliese mengecilkan matanya memandang Tengku Haikal. Dah mulai dah loyar buruk mamat ni.

"Saya tanya betul-betul lah!" dengus Anneliese.

Tengku Haikal menjongketkan keningnya. Namun, tak lama kemudian dia tersenyum pendek.

"Aku rasa area sini tak selamat. Aku kena waspada. Jadi, kau kena jaga diri baik-baik," kata Tengku Haikal lembut lantas tangannya mengusap-usap kepala Anneliese seakan gadis itu masih kecil.

Anneliese terkedu. Tak pernah sekalipun Tengku Haikal mengusap kepalanya dengan lembut macam ni. Nak-nak pula bersama senyuman yang cukup...cukup...cukup...mencairkan hati perempuannya.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now