Bab 66

8.9K 547 29
                                    

"Aku kat mana ni?"

Anneliese memandang ke arah sekelilingnya. Tempat yang dijejaki sekarang hanya kelihatan putih. Sekejap kepalanya ditoleh ke bawah dan sekejap kepalanya melangut ke atas. Di mana dia sekarang?

"Liese..."

Anneliese tersentak kecil apabila namanya diseru mendayu-dayu. Begitu gemersik sekali di telinganya.

"Siapa tu?" soalnya, ingin tahu.

Anneliese memincingkan matanya pada suatu arah. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri membelakanginya bersama kepala didongakkan ke atas.

Dia terus berjalan mendekati gadis tersebut tanpa rasa takut.

"Maafkan saya. Kita kat mana sekarang?"

Anneliese menyoal sambil menghentikan langkahnya. Dia berdiri tak jauh daripada gadis itu. Lama dia menunggu jawapan daripada si dia namun, soalannya dibiarkan berlalu dibawa angin.

Angin? Dia sendiri tak tahu sama ada kehadiran angin ada di tempat putih ini.

"Awak tahu tak.. Dalam dunia ni, kita ada 3 alam. Satu, alam sebenar. Dua, alam mimpi. Dan ketiga, alam yang hanya ada manusia istimewa je boleh datang."

Anneliese mengerutkan dahinya tanda pelik. Sememangnya kata-kata tersebut tak menjawap soalannya sebentar tadi.

"Saya tak faham. Maksud awak saya dalam alam yang ketiga ke?" soal Anneliese.

Mungkin sahaja dia berada di alam yang ketiga. Di mana orang-orang istimewa sepertinya terpilih untuk melihat benda halus. Arh, istimewa ke tu?

"Tak. Awak masih jauh untuk tu."

"Siapa awak? Kita kat mana? Mana semua orang pergi?" soal Anneliese bertubi-tubi.

"Aku adalah orang yang patut kau bertanggungjawap. Cari pembunuh yang dah bunuh aku, Liese. Cari pembunuh yang dah bunuh ayah Liese."

Makhluk itu berpusing menghadap Anneliese. Sebaik sahaja mereka bertatapan, Anneliese ingin muntah melihat tempurung kepala perempuan itu yang telah pecah. Malah, sudah dimakan ulat-ulat putih. Menjijikkan.

"Liese, ibu terseksa sayang. Tuntut dendam atas kematian ibu. Liese sayang ibu kan?"

Anneliese melangkah ke belakang sambil telinga ditekup kuat. Ya, dia takut. Ini bukan tempatnya.

"Pergi! Pergi! Kau bukan ibu aku! Diorang dah mati!! Diorang dah tenang kat sana! Pergiii!!!" pekik Anneliese kuat.

Dia menangis ketakutan lalu terduduk seraya kepala ditekup dengan lututnya. Atas apa lagi ibunya datang? Dendam apa?

"Liese.. Awak takut ke?"

Suara lain tiba-tiba menyapa gegendang telinga Anneliese sehingga membuatkan dia mendongak perlahan-lahan.

Di hadapannya sekarang, seorang atau sesuatu sedang tersenyum manis melihatnya. Anneliese terdiam tanpa kata. Makhluk tu...kenapa wajahnya sama macam aku?

"Kau siapa? Aku kat mana? Kenapa muka kita.."

"Sama? Sebab kita orang yang sama, Liese. Aku adalah kau. Dan anak ni anak kita."

Anak kita? Anneliese mengerutkan dahinya. Air mata cepat-cepat diseka lantas dia bangkit berdiri.

"Aku dibunuh, Liese. Kita dibunuh. Sama macam anak ni."

Anneliese melihat perut perempuan itu. Tampak berlubang serta dilumuri dengan darah pekat. Kalau benar perempuan itu adalah dia, maksudnya dia juga mengalami hal yang sama.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now