Bab 28

11.9K 775 116
                                    

"Aku tak kesahlah kalau dia nak benci aku sekalipun.  Bukannya boleh bawa mati, " jeling Tengku Haikal terhadap Fakrul dan Joshua yang sejak tadi mengusiknya.

"Tak boleh bawa mati tapi boleh bawa sakit hati sampai mati.  Hahaha! Fak,  kau tengok kawan kau ni.  Ayat bukan main cool bhai tapi hati menangis nak kena pujuk, " ejek Joshua sambil terkekeh-kekeh ketawa melihat wajah cemberut ketuanya.

"Sial lah weh!  Aku dah kata jangan panggil aku Fak.  Dah macam fuck!  Sedih mak aku kat kubur nanti, " marah Fakhrul geram sambil kepala Joshua,  diketuk kuat.

"Dah nama kau camtu.  Takkan nak panggil princess pula.  Kan Ad? "

"Tak kesahlah.  Dah,  blah.  Stress aku tengok korang berdua ni.  Dua-dua otak cap ayam," rungut Tengku Haikal tanpa memandang ke arah mereka berdua.

Joshua dan Fakrul berpandangan buat seketika. Cap ayam konon.  Kalau kitorang cap ayam,  dia ketua cap ayamlah.  Muahahaha!!

"Hei,  meh cap ayam ni nak tanya sikit.  Liese tu, dia dah tahu ke kau yang tolong dia masa kat hospital hari tu? " soal Fakhrul,  tertanya-tanya.

Sejurus mendengar soalan orang kanannya,  Tengku Haikal terdiam.  Dia menghela nafas lantas teringat semula kata-kata Anneliese semalam.

"Dia tak tahu," jawapnya tanpa perasaan.

"What the.."

"Hell! " sambung Joshua.

"Takyahlah sambung.  Aku yang nak cakap dulukan.. " jeling Fakhrul.

"Biarlah aku sambung.  Nampak cool sikit bila aku yang sebut.  By the way,  asal Liese tak tahu lagi?  Kau tak bagitau ke? " soal Joshua,  pelik.

"Tak. Lantak dialah.  Dia bukan kesah sangat kat aku pun... Bagi dia... Aku ni cuma.. "

Tengku Haikal hening sebentar.  Dia mengeluh berat apabila kata-kata Anneliese semalam terngiang-ngiang semula di telinganya.

"You lagi hina daripada yang I sangkakan.  Pembunuh tak guna.  Patutnya mati awal!"

"Cuma apa, Ad? " soal Fakhrul.

"Cuma pembunuh yang tak guna dan terlalu hina kat mata dia," sambung Tengku Haikal,  lirih.

Seteruk-teruk Tengku Haikal,  dia sedar siapa dirinya yang sebenar.  Mungkin semua orang dah lupa bahawa dia juga seorang manusia yang diberi perasaan seperti manusia yang lain juga.  Haha,  ada yang kesah ke?  Takde.

Yang jahat,  semua dia.  Yang baik,  semua Alden.  Sebab tu Anneliese yakin bahawa Alden yang membantunya masa kat hospital hari tu.  Sikit pun dia tak ingat kat Aden. 

"Kau cakap apa ni bro? Arghh,  sial lah macam ni.  Sape cakap kau nampak menghinakan?  Aku tahu kau hina tapi aku tak suka orang lain cakap kau hina melainkan kitorang termasuk Xender dengan Alex sekali," ujar Fakhrul,  geram.

Tengku Haikal berlagak seolah -olah biasa dengan apa yang sedang berlaku.  Betullah cakap Anneliese.  Dia memang teruk. Patut mampus cepat. 

"Diamlah.  Dah sambung kerja korang," halau Tengku Haikal. 

Fakhrul dan Joshua mengecilkan mata melihat ketua mereka.  Walaupun Tengku Haikal nampak cool,  namun mereka tahu bahawa hati lelaki itu berasa sakit. 

"Lek arh,  Ad.  Kalau kau hina,  kitorang pun lagi extra hina.  Orang tak faham apa yang kita buat, diorang judge kita macam sampah masyarakat. Biar orang lain pandang hina kat kita,  tapi jangan kita pandang hina kat diorang, " ujar Joshua lalu bangkit bersama Fakhrul untuk menuju ke arah Tengku Haikal.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now