Bab 70

8.7K 662 121
                                    

Tengku Fazril dan Tengku Zamil saling berpandangan. Sesekali dengusan Alex membuatkan yang lain mengeluh berat.

"Wa tara faham sama adik lu. Semalam ah dia sudah kasih losak wa punya kedai wo. Macam mana wa mahu belniaga sekalang?"

Tengku Fazril berdehem kecil. Telefon yang berada di genggamannya memang sengaja diaktifkan loud speaker agar mereka yang lain turut mendengar komplain daripada mangsa Tengku Haikal yang ke-10.

"Tauke, lu sure kah adik wa yang buat semua tu? Lu jangan tuduh-tuduh tauke," keras Tengku Fazril berbicara.

"Apa guna wa tipu sama lu Xender? Lu punya adik sudah gila! Malam-malam belasah sama wa punya budak semata-mata mahu cari itu samseng yang sudah selang (serang) dia dulu. Wa tara salah ma," rungut Leong Kee sebagai rakan seperniaga Tengku Fazril.

"Lu kasih maaf sajalah adik wa. Dia banyak masalah semenjak ni," perlahan nada suara Tengku Fazril berbicara.

"Kalau wa kasih maaf dia, macam mana kawan kita yang lain? Wa sudah kena selang. Wa dengal dia ada selang olang lain juga. Apa cita Xender? Lu punya adik ah, manyak seram oh. Mata dia macam syaitan. Syaitan pun tak macam dia," komen Leong Kee.

Menyirap darah Alex sebaik sahaja mendengar komen Leong Kee. Telefon yang berada di tangan Tengku Fazril dirampas lalu didekatkan pada telefonnya.

"Lu sembang babi pun boleh shuffle, tauke! Lu ada insurans kah cakap abang wa syaitan? Semua orang tahu wa paling syaitan tauke. Lu jangan macam-macam sama wa. Wa lagi sial dari itu Aden," marah Alex, sebal.

"Wa tak kiralah , Alex."

"Sape suruh lu kira, tauke?! Lu takde kalkulator lu jangan sembang! Lu ingat wa tak tahu kah yang lu gagal mathematics," potong Alex.

Sempat pula mamat ni buat lawak tak bertamadun.

"Alex, wa tak kira apa mahu jadi. Itu Aden kita kena stop wo. Wa tamo berhadapan dengan dia. Wa manyak takut sama dia," ujar Leong Kee.

"Kitorang faham. Lu tenang saja tauke. Wa kenal sama wa punya anak. Dia mana mahu bunuh sama olang," sampuk Tengku Zamil, yakin.

"Lu tak tahu, Zamil. Lu manyak tak tahu! Itu Aden anak lu..dia sudah bunuh wa punya olang. Apa mahu jadi sama dia?"

Tengku Lily ingin menangis mendengar khabar anak keduanya yang telah menghilangkan diri selama 3 hari. Tengku Haikal bagaikan orang gila. Mengamuk sana sini mencari samseng 3 hari lalu di mana hari rumah agam ini turut ditinggalkan.

"Angah tak macam tu, daddy! Kita semua kenal angah," lirih Tengku Nurfaiza, kurang percaya.

"Sugar baby.. Aden sekarang tengah marah and everything dia boleh buat," kata Tazaki Genji perlahan seraya mengusap belakang isterinya yang hampir ingin menangis.

"Macam ni lah tauke. Lu tenang saja. Malam ni wa cuba cari dia," putus Tengku Fazril.

"Hmmm.. Wa pelcaya sama lu Xender," Leong Kee menarik nafas dalam.

Beberapa minit kemudian, talian dimatikan lalu mulut masing-masing mengeluh berat. Kehilangan Tengku Haikal dan berita mengenai onar yang telah dilakukan oleh lelaki itu merungsingkan hati semua orang terutama Anneliese yang sedang duduk di sisi Putri Risha.

Sejak tadi, perempuan itu hanya berdiam diri sambil menundukkan kepalanya tanpa bicara.

"Apa kata Joshua dengan Fakhrul? Takkan diorang tak jumpa-jumpa Aden lagi?" soal Tasya, ingin tahu.

"Diorang kata Aden lesap macam angin. Sekejap je hilang. Tu pasal susah nak tahan dia," beritahu Miko.

"Tak pernah Aden macam ni. Aku dengar teruk bebudak Leong Kee kena belasah semalam. Ada yang mampus terus. Bukan setakat diorang je. Ada lagi bebudak dari tempat lain kena belasah," lapor Akim, pula.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now