Bab 29

10.8K 718 63
                                    

"Kat office, takde. Abang dah cari kat merata tempat,  tetap takde. Tak pernah-pernah dia macam ni.  Haih, " keluh Alex,  malas.

"Tulah korang.  Cakap tak bertapis.  Tengok apa dah jadi.  Aden hilang dah nak dekat sebulan.  Dahlah hati mamat tu kering, " bahas Akim,  kurang berpuas hati.

Semenjak mereka tahu Tengku Haikal pergi entah ke mana, masing-masing sibuk mencari dia.  Yelah, dah salah diorang apa boleh buat.

"Cakap biar baik sikit erk.  Kau pernah makan siku aku ke? " marah Alex,  geram.  Tahulah salah kita, toksah nak ingatkan balik.

"Ni semua salah mummy.  Kalau mummy tak tengking-tengking dia..."

"Takpelah mummy.  Benda dah jadikan.  Sekarang kita kena cari angah, " pujuk Tengku Fazril.  Bahu ibunya diusap-usap lembut seraya memandang ke arah  Tengku Zamil yang sudah mengeluh berat.

Tiba-tiba kedengaran Tengku Nurfaiza tergelak sinis.  Sesaat,  dia berdiri lantas wajah setiap daripada mereka ditenung tajam.

"Senang je kan cakap macam tu.  Apa korang semua ingat dengan pujukan macam ni,  angah akan balik terus ke?  Kita semua tahu perangai dia.  Malam tu, angah kata penat,  tak nak gaduh bagai.  Ada yang kesah ke?  Takde!  Semua pentingkan diri sendiri and salahkan dia.  Lepas dia blah, asal nak kesah pula?  Ini yang korang nakkan. Dia dah blah!  Puas?! "

"Faiza... " Tengku Fazril ingin menegur namun dia menerima pula jelingan tajam daripada adiknya.

" Apa yang angah cakap selama ni,  memang betul.  Dia nak keluar daripada dunia ni tapi along tak pernah nak dengar.  Along tak nak dia keluar en?  Along pergunakan dia untuk kepentingan along.  Faiza pun tak nak ada dalam empayar along.  Faiza penat.  Faiza polis! Faham tak tak?!  Tugas Faiza menegakkan keadilan bukan lindungi mafia tak guna macam korang semua! " tengking Tengku Nurfaiza, bengang.

Akhirnya segala yang dipendam selama ini, terluah bersama rasa kecewa.  Kecewa kerana kehilangan abang kesayangannya. Pernah sekali Tengku Nurfaiza terdengar pergaduhan kecil yang berlaku antara Tengku Fazril dan Tengku Haikal di bilik bacaan.

Masih dia ingat lagi,  bagaimana suara Tengku Haikal merayu agar mereka semua keluar daripada dunia penuh dosa ini.  Namun,  apa yang diterima olehnya hanya kesunyian.  Tengku Fazril memekakkan telinga dan terus keluar daripada tempat tersebut.

Sejak daripada itu, Tengku Nurfaiza berulang kali memikirkan keadaan keluarga mereka.  Ditambah lagi dengan keadaan mereka sekarang.

Baru sahaja dia ingin melangkah, tiba-tiba Tengku Fazril membuka bicara.

"Along cuma nak protect family kita. Fikir dalam-dalam sikit.  Kalau kita berpisah,  apa jadi dengan family ni?  " Dingin Tengku Fazril menyoal.

Tengku Nurfaiza menoleh ke arah abangnya.  Tak lama kemudian,  dia menghela nafas berat lalu menjawap soalan Tengku Fazril.

"Family kita memang dah terpisah. "

Sejurus itu,  dia melangkah longlai ke arah tingkat atas dengan air mata yang mengalir di pipi.  Sewaktu dalam perjalanan,  dia terserempak dengan Anneliese yang sedang melihatnya dengan wajah yang mendung.

"Faiza minta maaf," ujar dia lalu beredar pergi.

Anneliese meraup kasar wajahnya.  Sebulan hidup tanpa suami, boleh naik gila.  Apatah lagi takde sebarang perkhabaran yang diterima oleh mereka yang lain. Anneliese berfikir lama.

Kalau yang lain tak dapat cari,  apa salahnya giliran dia pula yang mencari?

______________________________

The Chosen OneWhere stories live. Discover now