Bab 22

12.3K 686 66
                                    

Anneliese and Alden.  👆

"Hoi! Hoi! Perempuan jenis apa yang suka bangun lewat ni?" kejut Sharul kasar sambil menggoncang-goncangkan tubuh Anneliese yang sedang elok terbaring di atas katil. Dah pukul 10 lebih pagi, masih tak bangun-bangun lagi. Mati ke?

"Apa ni Shaaa.. Tepi arhhh, " halau Anneliese, malas. Penat tau duk menangis semalam. Nasib baik ada juga rumah keluarga Sharul sebagai tempat dia berteduh semalam.

"Bangunlah! Mak I penat-penat buat sarapan kat bawah tu. Kalau dia nampak you macam ni, ada juga dia simbah guna air perut ikan nanti, " desak Sharul, lembut.

"Yelah yelah. I bangun. 5 minit pun tak bolehlah you ni," rungut Anneliese seraya bangun daripada pembaringannya.

"Eh, you ni pompuan ke jantan? Dah, pergi mandi!  Busuk! Mak I suruh turun gi sarapan. Jangan buang masa. Sejuk karang, " arah Sharul berpura-pura garang.

Anneliese menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kedua-dua kakinya mendarat di atas lantai lantas diatur menuju ke pintu bilik mandi.

Usai sahaja mandi, Anneliese mengelap rambutnya menggunakan sehelai kain. Ketika itu, matanya tanpa sengaja tertancap pada beg tangan hitamnya yang berada di atas meja. Serta-merta ingatannya teringat semula kenangan semalam.

Masih dia ingat lagi bagaimana Tengku Haikal merenung ia dengan pandangan yang penuh kebencian. Dia sanggup dihina perempuan mata duitan daripada terus membiarkan adiknya kesunyian.

Apabila teringatkan Frender, otak Anneliese teringat pada cek yang dilemparkan oleh Tengku Haikal kepadanya. Sesaat,  dia tersenyum pendek. Akhirnya, ada juga wang yang boleh digunakan untuk membayar semua hutang hospital. Anneliese menghela nafas gembira.

'Frender.. Sabar ye. Kak long dah hampir nak tunaikan janji kak long. '

____________________________

Di hospital..

"What?! Dah dibayar?! Tapi saya tak bayar lagi.  Siapa yang bayarkan?" soal Anneliese, terkejut bukan kepalang.

Datang-datang je hospital, tiba-tiba nurse yang bertugas kata semua hutang dah dibayar. Uii, murahnya rezeki kita wakkk.

"Maaflah, cik. Pihak kami tak boleh dedahkan nama orang tu atas dasar hormat. Harap cik faham, " mohon jururawat yang bertugas lalu meneruskan kerjanya semula.

Anneliese terpinga-pinga. Biar jagung? Manusia mana yang baik hati sangat nak tolong adik aku ni? Eish, ada udang di sebalik mi goreng kut.

Walaupun dia masih bingung, namun kakinya masih tekun melangkah ke arah bilik Frender. Sebaik sahaja pintu dibuka, anak matanya mendarat pada sebatang tubuh yang sedang khusyuk bermain dengan beberapa patung mainan.

"Frender... " seru Anneliese, kurang percaya.

"Kak long! Yeah, kak long dah sampai! Doktor kata Frender dah boleh balik. Hehehehe... Frender dah sihat, " ujar Frender teruja.

Anneliese tersenyum pendek. Yeah, syukur budak kecik ni dah boleh balik.

"Frender.. Kak long nak tanya sesuatu boleh? " pinta Anneliese sambil memungut satu-persatu barang permainan milik adiknya yang berada di atas lantai.

"Boleh, tanyalah. "

"Siapa yang belikan semua mainan ni? Banyak betul. Tak cukup tangan kak long nak pungut, " soal dia lagi.

"Aik, takkan kak long tak tahu? Dia kan kawan kak long, " balas Frender yang masih lagi sibuk bermain dengan patung Iron Man.

"Kawan?  Lelaki ke perempuan? "

"Lelaki.."

"Ohh Abang Sharul erk? " teka Anneliese.

"Eh, bukan. Orang yang belikan semua mainan ni lelakilah, " kata Frender selamba. Amboi, mentang-mentang Sharul tu lembut, boleh pula dia kata bukan lelaki.

"Abang Sharul tu lelakilah."

"Tapiii.. Abang yang belikan mainan ni muka dia handsome.  Putih lepastu sado macam badan bodyguard," jelas Frender seakan-akan memuji si dia.

Sejenak, Anneliese mengerutkan dahinya tanda hairan. Kawan? Putih? Sado? Jangan-jangan...

"Dia tinggi ke? "

Frender menganggukkan kepalanya.

"Kawan je en? "

Angguk lagi.

Sebaik sahaja mendengar jawapan daripada adiknya, Anneliese yakin bahawa lelaki itu merupakan Alden. Siapa lagi yang kacak, macho, tinggi kalau bukan mamat tu. Lagipun dia je kawan lelaki yang Anneliese ada.

"Kalau macam tu... Erhhhh.. Frender tahu takkkk... Erhhh sape yang bayarkan... Maksud kak long bayarkan.."

"Hutang? " potong Frender. Riak wajahnya bertukar mendung sebentar. Serentak itu, Anneliese menarik nafasnya. Seboleh-bolehnya, dia tak nak Frender tahu akan hakikat yang sebenar. Mesti dia rasa bersalah.

"Walaupun Frender ni kecik lagi tapi Frender tahu apa maknanya hutang tu. Kalau selama ni kak long jarang lawat Frender sebab nak cari duit untuk bayar semua hutang tu, Frender takkan paksa kak long untuk berusaha keluarkan Frender daripada tempat ni.  Frender faham maksud pengorbanan.  Tv kan ada, " ujar dia panjang lebar.

Anneliese tergelak kecil. Frender, budak kecil yang pemikirannya langsung tak sama dengan umurnya.

"Ya, kak long memang nak cari duit untuk langsaikan hutang tu. Maafkan kak long ye sebab rahsiakan benda ni daripada Frender," pinta Anneliese lembut.

"No problemlah, kak long. Janji kita dah takde hutang. Yeahhhh!!! " sorak Frender gembira. Dia terlompat-lompat gembira lantas memeluk tubuh kakaknya.

"Dan Frender dah boleh balik rumah. Yeahhh!! " tambah Anneliese lagi. Kini, kedua-dua adik beradik tersebut bersorak gembira. Semua beban dah terlepas daripada bahu masing-masing.

"Eh, kejap.  Sape yang tolong kita untuk bayarkan hutang tu? " soal Anneliese sekali gus menukar mood suasana.

"Kawan kak longlah," jawap Frender, naif.

"Orang yang sama belikan mainan untuk Frender ke? "

"Yuppp!! "

Anneliese mengigit bibirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Rasa terharu tu memang susah nak digambarkan. Tak sangka, dalam diam-diam Alden memerhatikannya dan tahu tentang masalah yang dihadapi oleh mereka berdua.

Dalam fikirannya sekarang, duit Rm300 ribu yang diberikan oleh Tengku Haikal akan digunakan pula untuk membayar wang Sharul yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Dia tak nak berhutang dengan kawan baiknya sendiri. 

Selepas beberapa minit mengemas semua barang yang patut, Anneliese dan Frender berpimpinan keluar daripada bilik tersebut. Frender pula masih sibuk bermain dengan patung Iron Man miliknya.

Tiba-tiba,  Anneliese terfikirkan sesuatu. Dia segera mematikan langkahnya diikuti oleh Frender.

"Wait, ada tak lelaki tu bagitau nama dia?" soal Anneliese.

"Lelaki mana kak long? "

"Lelaki yang tolong kitalah."

"Hmmm..jap. Beta nak fikir dulu, " tutur Frender dalam nada gurauan. Buat beberapa saat, otaknya ligat memikirkan semula kata-kata Tengku Haikal pagi tadi.

"Hmmmm takde.. Tapi.. "

"Tapi apa? " soal Anneliese ingin tahu.

"Tapi dia kata anggap je dia malaikat yang dihantar oleh Tuhan untuk bantu kita, "
beritahu Frender naif.

Anneliese terdiam. Malaikat? Kalau bab-bab hati macam malaikat ni, confirm Alden. Mamat tu selalu belanja dia walau berada kat mana-mana pun.

Anneliese semakin yakin. Dia tak sabar nak berjumpa dengan lelaki tersebut esok untuk mengucapkan ribuan terima kasih.

#Comment and vote.  Sakit tak hati tu?

The Chosen OneWhere stories live. Discover now