Bab 80

10K 678 95
                                    

Iya-iyalah, iya-iyalah. Senam yang iya-iyalah. Kaki kanan ke depan, kaki kiri ke depan, bisa jalan. Senam yang iya-iyalah. Tekuk lutut dua-duanya,bisa duduk. Senam yang iya-iyalah...

"Serius bro, aku bunuh kau lepas semua ni habis! Boleh tak kau tutup lagu tu?!" herdik Joshua, geram.

Boleh pula selamba periuk terbang Fakhrul, pasang lagu senaman pelik-pelik. Dahlah tengah stress hadap pihak lawan yang semakin ramai. Dia pula boleh "iya iyalah" kat sana.

"Why? Merdu apa?" sengih Fakhrul.

Seorang lelaki datang ke arahnya lantas dilayang tendangan samping. Terpusing terus lelaki itu dibuatnya.

"Berpusing sekali, eh jatuh lantai. Senam yang iya- iyalah," nyanyi Fakhrul sambil terus-terusan menghadiahkan beberapa serangan.

10 minit sudahpun berlalu, semakin ramai orang-orang Alden dan Aaric tumbang di atas lantai. Malah, ada yang sudah mati akibat ditumbuk bahagian belakang saraf tunjangnya.

Namun, yang paling menyebalkan sekali apabila musuh-musuh pada bahagian tingkat atas mulai turun ke aras tingkat bawah seraya membawa senjata-senjata tajam walaupun Tengku Haikal, Fakhrul dan Joshua berasa penat.

"Bro, aku rindu nak balik rumahlah. Rindu tengok youtube," luah Fakhrul, tercungap-cungap.

"Aku rindu tengok barbie. Terutama barbie Mariposa," sampuk Joshua pula.

Sejurus Joshua selesai berbicara, Tengku Haikal dan Fakhrul saling memandang kurang percaya.

"Barbie? Are you serious, dude?" ejek Fakhrul.

"Syok apa?"

Tengku Haikal sekadar berdiam diri. Gigih setiap anggota badannya mengelak serta melancarkan serangan pada musuh-musuh yang semakin menerpa ke arah mereka.

Sesekali terasa juga belakang tubuhnya ditendang dan dihiris dengan pisau. Tapi takpe.. Tu yang dia suka. Semangatnya bertambah untuk membunuh setiap orang yang berani menghalang jalannya.

Apabila lawan cuba menumbuk wajahnya, Tengku Haikal segera menangkis dari dalam lalu bahu lawan tersebut dicengkam kuat. Sepantas kilat, bahu dalam cengkamannya itu ditarik ganas ke arah ia lalu dihentak pada atas lantai.

Terpercik terus darah pihak lawan daripada mulut ke arah wajah Tengku Haikal. Lelaki itu sekadar mencebik seraya darah musuhnya dikesat kasar.

"Huh, jijik!"

Tengku Haikal menarik nafas buas. Kelihatan Joshua dan Fakhrul sedang seronok menumpas satu persatu lawan mereka. Juara Taekwando dan Juara Karate itu hanya tersenyum sinis pabila menerima serangan daripada pihak lawan yang lain.

"Siapa lagi nak lawan gua?!!" jerit Joshua, kuat sebaik sahaja musuh terakhir tumpas di kakinya.

Seolah-olah tercabar pada jeritan Joshua, seramai 200 orang keluar daripada bilik tingkat atas lalu berlari menuruni tangga bersama jeritan yang ingin menakutkan mereka bertiga.

"Arghhhh!!! Bunuhhhh diorangg!!"

Fakhrul menghela nafas. Joshua yang berada di sisinya dipandang dengan hati yang cukupppppp sabarrrrrrr...

"Perlu ke kau tanya?" kutuk Fakhrul.

"Erhhh..aku acah je tadi. Tak sangka pula masih ramai orang kat tingkat atas tu," sengih Joshua, tersipu malu.

Fakhrul menjulingkan matanya ke atas. Dia menoleh ke arah Tengku Haikal yang sedang melihat musuh-musuh datang menghampiri.

"Ad."

"Aku tahu dan aku tak kesah. Sehingga ke titik darah terakhir aku, aku akan tetap berjuang untuk dia," tuturnya, mendatar.

Joshua dan Fakhrul saling berpandangan. Tak lama kemudian, mereka berdua tersenyum lebar.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now