Bab 72

10.9K 743 136
                                    

Anneliese melontarkan pandangan jauh ke arah sebuah rumah megah yang terletak di hadapannya. Sesekali dia terdengar bunyi gelak ketawa seorang wanita dan juga lelaki.

Aira dengan husband ke?

"Puan nak saya ikut masuk dalam ke?" sapa Hafiz seraya memasukkan telefon ke dalam poketnya.

Baru sahaja dia selesai menghantar mesej pada seseorang yang dikenalinya.

"Erhh takpe. Awak tunggu kat dalam kereta, biar saya masuk," tolak Anneliese, lembut bersama senyuman pendeknya.

Hafiz mengangguk faham lalu masuk ke dalam perut kereta. Anneliese pula menapak menuju ke arah halaman rumah Aira dengan jantung yang mulai bergelora.

Semakin rumah tersebut didekati, semakin kuat kedengaran bunyi ketawa itu. 100% bukan suara Aira!

"Assalamulaikum. Aira! Aira! Aku ni Liese," laung Anneliese sedaya upaya menahan getaran di hati.

Beberapa saat kemudian, pintu rumah dibuka dari dalam lalu terpacul figura seorang lelaki tidak berbaju.

"Aliff," ujar Anneliese perlahan.

"Liese? Awak ke tu?" soal Aliff kurang percaya.

"Erhh ya. Mana Aira?" soal Anneliese tanpa berbasa-basi lagi.

Aliff terdiam sebentar. Sesekali kepala ditoleh ke dalam rumah lalu ke arah Anneliese pula.

"Masuklah dulu," pelawanya, lembut.

Anneliese berdehem kecil. Nak masuk? Gila?

"Takpelah, Aliff. Saya cuma nak cari Aira je. Aira mana?" soalnya lagi. Kali ini kedengaran lebih tegas.

Tiba-tiba entah dari mana muncul pula seorang perempuan mendekati Aliff lalu tanpa segan-silu mengucup pipi lelaki itu.

Terbuntang luas mata Anneliese melihat babak mesra suami kepada rakan baiknya.

"Biy, siapa tu?" soal perempuan tadi.

Anneliese terkedu. Terasa marah melihat adegan antara mereka berdua. Selamba biawak pula perempuan itu merangkul tangan Aliff.

"Erhh Liese. Perkenalkan, ini isteri saya. Nama dia Mariam Yuhaniz," beritahu Aliff.

Hampir gugur jantung Anneliese mendengar bicara Aliff. Perempuan jalang mana yang dia kutip?

"Baby, ni erhh kawan..."

Belum sempat Aliff meneruskan kata-katanya, Anneliese terlebih dahulu memotong.

"Mana Aira? Aku nak jumpa dia," tajam anak mata Anneliese memandang Aliff.

"Ohh..kawan Aira ye. Aira takde kat sini. Dia keluar," senyum Maryam.

Anneliese mendengus kurang berpuas hati. Terasa senyuman yang diberikan oleh Maryam kelihatan sinis.

"Okay. Kalau macam tu, saya tunggu sampai dia datang," tekad Anneliese lantas melipatkan tangan rapat ke dadanya.

Jika difikirkan semula, mustahil Aira ada kat sini. Ini memang rumah Aira tapi...serius lah dia tinggal dengan madu arghh bukan..pompuan ni racun! Mustahil Aira tinggal dengan racun serumah kut.

"Kalau awak nak tunggu dia, awak masuk rumah ni dulu. Hari dah nak malam. Kang awak kena gigit nyamuk," lembut Maryam berkata.

Anneliese berfikir lama. Daripada masuk dalam rumah racun ni, baik dia cari Aira. Tak nak dia berbaik pada orang yang dah rosakkan rumah tangga rakan baiknya.

"Takpelah, Puan Maryam. Saya rasa lebih baik saya cari sendiri Aira. Lagipun tak eloklah kalau saya ganggu kemesraan puan dengan husband puan ni," Anneliese tersenyum sinis.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now