Bab 12

10.4K 644 42
                                    

"Kahwin dengan aku. Aku tahu benda ni gila tapi kau kena juga kahwin dengan aku."

Terbungkam Anneliese Cherina dibuatnya. Permintaan Tengku Haikal benar-benar tak masuk akal. Apakah punca lelaki itu tiba-tiba ingin berkahwin dengannya sedangkan dia juga yang suruh agar mereka berjauhan?

"Tuan Aden, saya takde sebab nak kahwin dengan tuan. Dahlah hari tu tuan juga yang tak suruh saya untuk dekat-dekat dengan tuan. Tiber hari ni,  tuan ajak pula.  Memang taklah jawapan saya," kata Anneliese Cherina, cerdik.

Tengku Haikal mengeluh berat. Ya, memanglah permintaan dia tak masuk akal tapi dia terpaksa. Kalau dia di tempat Anneliese Cherina pun, 100% dia takkan terima.

"Okay, macam ni. Aku jujur jelah dengan kau erk. Actually, aku nak kahwin dengan kau sebab tak nak hancurkan harapan mummy.  Dia dah kenal kau and sememangnya  rapat dengan kau dari dulu.  So, why not kalau aku kahwin dengan kau je? " kata Tengku Haikal,  panjang lebar.

"Kahwin tanpa cinta?" uji Anneliese Cherina.

Tanpa berfikir panjang, pantas sahaja Tengku Haikal menjawap.

"Absolutely, yes! "

Anneliese Cherina tersenyum tawar.  Jawapan lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya menjadi serpihan-serpihan kekecewaan. Tengku Haikal pula masih selamba dengan jawapannya.  Over confident pula.

"Kau pun bukannya ada perasaan dengan aku en so, aku dah tetapkan rules bila kita dah kahwin nanti, " sengih Tengku Haikal tanpa rasa bersalah.

"Rules? "

"Yupp!  Aku takkan sentuh kau sepanjang kita kahwin.  Lepastu, kita tak boleh sibuk dengan hal peribadi masing-masing. Kalau mummy dah okay and yakin kat aku, baru kita berpisah. Amacam?" tawar Tengku Haikal.

Anneliese Cherina terdiam. Berkerut dahinya mendengar perkataan berpisah.

"Apa maksud tuan dengan berpisah? " lirih suaranya menyoal.

"Cerailah," jawap dia sepatah.

Dalam diam, Anneliese Cherina menahan air matanya daripada mengalir. Dia tertunduk tanpa memandang wajah tenang si dia.

"Kalau kau setuju, aku akan bayar upah kau hari tu secara dua kali ganda plus sekali dengan nafkah sepanjang kau jadi bini aku," tambah Tengku Haikal lagi. 

Dia sengaja menyebut perkataan upah agar menarik minat gadis itu. Baginya, Anneliese Cherina hanya seorang gadis tak dikenalinya yang bersifatkan mata duitan. Langsung tak diketahuinya bahawa gadis itu memerlukan duit untuk adik kesayangannya yang kini bertarung nyawa di sebuah hospital.

Tiba-tiba suasana bertukar tegang apabila Anneliese Cherina berdiri bersama mata yang berkaca-kaca.  Terkebil-kebil lelaki itu sebentar.

"Saya bukannya orang yang macam tuan sangkakan. Fikir jelah apa yang tuan nak tapi saya tahu apa yang kami perlukan.  Saya pergi dulu.  Assalamualaikum," ucap dia lantas beredar pergi.

Tengku Haikal termangu-mangu.  Rasa pelik bermukim di hatinya apabila Anneliese Cherina menyebut perkataan 'kami'.  Sape yang dimaksudkan selain dirinya sendiri?

___________________________

Deru nafas si dia semakin tidak teratur. Sejak tadi, dia berlari pantas untuk mendapatkan seseorang yang kini berada di wad kecemasan.  Tengahari tadi,  selepas meninggalkan Tengku Haikal, dia mendapat panggilan daripada Sharul bahawa adik lelakinya tiba-tiba sahaja diserang sakit pada bahagian kepala.

Teresak-esak budak 10 tahun itu menahan keperitan yang semakin sukar diungkapkan dengan kata-kata.  Setiba sahaja Anneliese Cherina di ruangan bilik Frender, kelibat anak kecil itu tidak kelihatan.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now