Bab 8

11.1K 691 65
                                    

Tengku Haikal yang berumur 9 tahun itu menolak tubuh Anneliese Cherina dengan kasar sehingga dia jatuh di atas tanah kotor.  Sakit punggungnya ditolak secara mengejut.

"Kenapa awak tolak saya?! " marah dia sekaligus cuba menahan tangisan.

Tengku Haikal tersenyum sinis. Wajah hingusan Anneliese Cherina dipandang jelek tanpa merasa sedikit pun kasihan.

"Asal kau degil sangat nak datang kat sini?" soal dia tanpa menjawap soalan Anneliese Cherina terlebih dahulu.

"Saya cuma nak main dengan adik beradik awak. Diorang kata nak main petang ni kat sini, " balas dia sambil berdiri menghadap Tengku Haikal.

"Kan aku dah kata jangan cuba nak dekat dengan kitorang, " serius Tengku Haikal berkata sambil melipatkan tangannya rapat ke dada lagak seperti bos.

"Asal pula?" bentak Anneliese Cherina, kurang berpuas hati.

"Sebab kau tu memang tak boleh,tak patut, tak harus, tak wajib, tak mesti, tak hendak, tak wajar dan TAK LAYAK berkawan dengan kitorang, " angkuh Tengku Haikal berceloteh.

Dia terangguk-angguk mengiakan kata-katanya sendiri. Amboi, Aden ni. Ada juga yang makan kaki karang. Sapelah ajar jadi kurang ajar ni.

"Tapi kita sama, " balas Anneliese Cherina,perlahan. Dia menggentel-gentelkan hujung bajunya meminta simpati.

"Sama? Mana ada!  Aku ni bukannya jenis yang tengok darjat dan pangkat sebab cikgu aku kata sikap tu memang tak baik. Dosa!  Tapi dalam hal ni, kau memang tak boleh dekat dengan kitorang sebab kau tu budak yang biasa-biasa. Kitorang pula budak yang sangat LUAR BIASA! "

Anneliese Cherina melopongkan mulutnya apabila Tengku Haikal mendabik dada.  Budak luar biasa ke tu? Macam budak kurang kalsium je.

"Eh, kejap! Ibu saya kata saya pun budak luar biasa tau, " senyum Anneliese Cherina, gembira.

Tengku Haikal menjongketkan keningnya buat seketika.

"Kau.Budak.Luar.Biasa?" uji Tengku Haikal.

"Ha'ah.  Sebenarnya, saya ada kemampuan tengok benda-benda halus. Hantu! Kalau awak nak tahu tiap-tiap senja, akan ada satu makhluk tu bertenggek kat atas pokok tepi rumah awak. Ibu saya kata makhluk tu nama dia puntianak. Dia nak culik budak-budak supaya jadi anak dia, " panjang lebar Anneliese Cherina berceloteh dengan hebatnya.

Tiba-tiba tawa besar Tengku Haikal meletus kuat. Sejak dari Anneliese Cherina menyebut perkataan hantu, dia cuba menahan gelaknya.

"Hahahaha!  Huhuhuhu!!  Hihihihi!!  Kakakaka!! Walalalala!! " gelak Tengku Haikal sambil menahan perutnya. Aduh, senak weh nak gelakkan orang.

Anneliese Cherina sudahpun mengerutkan dahinya melihat tingkah laku Tengku Haikal. Apa jenis punya ketawa macam tu?  Tak pernah didengari oleh orang. Hah, readers pernah dengar ke orang gelak camni?

"Kenapa awak gelak? " soal dia naif.

Tengku Haikal menolak kepala Anneliese Cherina dengan selamba sehingga gadis kecil itu terdorong sedikit ke belakang.  Dia memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Kalau puntianak tu memang ada kat atas pokok kitorang setiap malam, aku harap dia tangkap kau! Biar kau jadi makanan dia!  Hihihihi, " Tengku Haikal mengilai sambil acah-acah menakutkan Anneliese Cherina.

Gadis itu hampir sahaja menangis apabila diejek walhal dia hanya bersikap jujur.

"Hihihihihi.. Aku puntianak.  Aku datang nak makan budak gila, " tambah dia lagi. Belum sempat, Anneliese Cherina ingin melarikan diri, tiba-tiba datang 3 lagi budak ke arah mereka.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now