Part 2

13.8K 793 61
                                    

"Mana bakal menantu mama? Dah lama mama papa tunggu. Angah kata tak lama lagi angah nak tunjukkan," tegur Tengku Lily sekadar berbasa-basi.

Tengku Haikal yang kebetulan ingin menyuapkan makanan ke dalam mulutnya tiba-tiba terdiam. Dia menghela nafas sebelum tunak matanya mendarat pada wajah mamanya.

"Angah busy sampai lupa nak bagitau dia," tipu Tengku Haikal. Seisi keluarga mafia itu merenungnya dengan riak wajah yang hairan. Takkan balik-balik lupa kut? Dah berbelas kali orang ingatkan.

"Alasan yang sama, sayang. Mama tak nak angah bagi alasan lagi. Minggu ni mama nak jumpa bakal menantu mama. Boleh tak?" soal Tengku Lily sedikit tegas manakala Tengku Zamil hanya menjadi sekadar pendengar.

Tengku Haikal berdehem semata-mata ingin menyembunyikan rasa canggung. Kahwin? Aduh, pasal kahwin-kahwin ni tunggu orang bersedia dulu. Jangan paksa please. Ni bukan cite pasal kahwin paksa. Klise!

"Mama bukannya nak paksa angah. Cuma angah tu makin hari makin tu. Bukannya muda! Abang pun dah kahwin. Angah pula bila?" suara Tengku Lily seakan-akan memujuk.

"Mana ada tinggal angah je. Faiza tu camne? Tak kahwin lagi en?" bidas Tengku Haikal, selamba.

"Kan dia masih muda," sampuk Tengku Zamil.

Tengku Haikal mengeluh malas. Tahulah tak paksa cuma kalau duk hari-hari kena tanya dengan benda yang sama, sape tak muak bhai?

"Mesti bakal isteri awak tu lawa en?"

Suara Putri Risha membuatkan Tengku Haikal terbungkam. Wajah si cantik manis itu yang sedang tersenyum membuatkan hatinya berdetak tak berirama. Argh, sudah! Dia tu kan bini along!

"Aden tu yang memilih. Nak bini yang perfect!" ejek Zack sinis. Bukan dia tak tahu dah berapa perempuan di luar sana yang dah kena reject dengan mamat ni.

"Kau ada apa-apa masalah ke dengan awek kau? " soal Tengku Fazril prihatin. Sesekali matanya tertumpu pada Putri Risha yang sedang mengelap bibir Riley yang sedikit comot.

Tengku Haikal kembali pada alam realiti sebaik sahaja suara Tengku Fazril berkumandang di seluruh ruang makan tersebut. Dia sedar wanita yang ditatapnya sebentar tadi hanya sekadar 'mimpi'. Mimpi yang takkan pernah jadi kenyataan.

"Takde. Maybe minggu ni angah bawa dia balik," sekali lagi Tengku Haikal memberikan harapan palsu.

"Banyaklah angah punya maybe."

____________________________

"Ibuuuuu!!!"

Anneliese Cherina bangun daripada pembaringannya bersama peluh yang merecik di bahagian dahi. Bajunya hampir lencun dek terkena peluh ketakutannya. Mimpi kedua-dua orang ibu bapa ia yang telah terkorban dalam nahas kemalangan jalan raya membuatkan dia trauma.

Tanpa dipinta, dia mengurut bahagian dahinya yang terasa sakit. Saat itu, dia terfikirkan keadaan adiknya yang masih bertarung nyawa di hospital.

'Ergh! Mana nak cari duit?!'

Anneliese Cherina mulai buntu. Tak tahu nak buat apa untuk selesaikan masalahnya. Ketika sibuk menggaru kepalanya yang tidak gatal,  tiba-tiba telefonnya berdering minta diangkat. Dengan malas, telefon tersebut dicapai.

"Waalaikumsalam. Nak apa? " soal dia malas.

"Bebbbb!!!!!! I ada berita gembira untuk you!! " jerit Sharul teruja melalui corong telefon.

Anneliese Cherina terpaksa menjauhkan sedikit telefonnya daripada telinga. Karang tak pasal-pasal jadi pekak pula.

"Takyahlah nak menjerit bagai!" tegur Anneliese Cherina, geram.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now