Bab 45

11.4K 682 68
                                    

Di rumah Tengku Zamil..

Alex memerhati lama gelagat putri sulungnya mencari sesuatu menggunakan kanta pembesar di tepi kakinya. Gelagat gadis kecil itu sedikit sebanyak membuatkan Alex berasa rimas.

Apakan tidak..pergi dapur, dia ikut. Pergi luar pun dia ikut sekali. Apa benda yang dia nak tengok sangat ni? Karang ada juga kes bapak pijak anak.

"Isha cari apa sampai duk terikut-ikut daddy macam anjing ni? Anjing pun tak macam Isha tau," tegur Alex malas.

"Tadi kat sekolah cikgu ajar pasal agama tau," beritahu Raisha Ayun, lembut.

"So?" Kening Alex terjongket ke atas sambil tunak matanya merenung ke arah Raisha Ayun.

"Cikgu ajar syurga di bawah tapak kaki ibu," ujar dia lagi.

"Dah tu apa kena mengena dengan daddy?" pelik Alex.

"Kalau syurga kat tapak kaki ibu, jadi neraka kat tapak kaki ayah erk?" senyum Raisha Ayun seraya matanya terkedip-kedip meminta jawapan.

"Eh, Isha nak rasa neraka tak sekarang? Daddy boleh je bagi kaki neraka ni pijak muka Isha. Nak?" jeling Alex, geram.

Kuang ajiak. Ada ke patut dia kata kaki aku tempat persinggahan neraka.Agak-agaklah weh. Lelaki setampan dan semacho aku ni memang keturunan yang baik-baik je tau. Readers confirm tahu kisah aku. Kan readers kan? Woi,pujilah!

"Isha tanya je pun," dengus Raisha Ayun.

"Daripada Isha check kaki daddy, baik Isha tolong urut. Meh sini. Duduk sebelah daddy," panggil Alex.

Raisha Ayun akur. Dia menuju ke arah daddynya lalu betis lelaki itu diurut perlahan. Kesian Alex..penat bekerja. Padahal semua orang tahu yang dia hanya suka bermain kat office. Lagi-lagi ML.

"Weh, Aden bila balik? Asal aku dah jarang tengok muka bini dia erk?" soal Zack yang baru sahaja tiba bersama Akim.

"Tah. Peliklah diorang tu. Masa Faiza kahwin pun, bini dia tak datang pun," tambah Akim.

"Kalau korang berdua tak fikir, benda tu tak jadi pelik. So, baik takyah fikir," jawap Alex , ringkas.

"Masalahnya kitorang tetap terfikir. Bosan arh takde Aden kat sini. Confirm dia bahagia kat kampung bini dia sekarang en? Argh,sial! Aku rindulah zaman bujang dulu," rengek Akim.

Uwarghh! Rindu nak jadi bebas. Sekarang ni...huhuhu..keluar pun mesti ada bini dan anak. Sekali-sekala nak acah single juga. Tapi tulah...kalau nak mati awal, acah lah single. Kang tak pasal-pasal kena hentak dengan bini.

"Takyah beranganlah, anjing. Kalau dah kahwin tu,kahwin jelah. Jangan acah nak single sangat," bidas Zack sebagai lelaki sejati. Pergh!

"Ceh, macamlah kau tak rindu sangat. Dulu aku tak kesah sangat kalau mati bertarung. Sekarang ni, sebelum gi bertarung pun aku kena fikir soal mati demi anak and bini aku. Tak cool siak!"

"Cara kau cakap macam dah ready gi neraka bro," sampuk Riko bersama adik-adik kembarnya. Hah,korang tahu kan siapa kembar dua lagi ekor tu.

"Nak gi neraka ke Uncle Akim? Tapak kaki daddy ada neraka," sampuk Raisha Ayun, naif bersama senyuman yang lebar.

"Isha nak neraka ni terbakar dalam mulut Isha ke? Kerja Isha urut kaki daddy. Jangan nak menyampuk," jengil Alex.

Kecik-kecik dah pandai cakap benda yang tak masuk akal. Sapelah ajar...

"Alex, cuba kau call Ad. Tanya bila dia balik," ujar Miko, mendatar.

"Isha, bak phone daddy. Daddy nak call neraka yang kedua," selamba Alex meminta telefon dengan anak sulungnya.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now