Bab 75

11.2K 823 127
                                    

Tasya merengus geram tak nak melihat Alex apabila lelaki itu tersenyum bangga. Benci pula pada sang suami apabila mendengar hakikat bahawa kaum lelaki lebih terer dalam bab cinta.

Memang takde kuasa nak bahas pasal cintan-cintun ni tapi pleaselah guys..kaum wanita lagi terer kut. Nak fight ke? Argh! Memang pompuan juga yang menang.

"Mama yang dulu jatuh cinta kat papa en? Tak ingat? Hah, tengok balik cite Mr &Mrs. Assassin. So, mama takleh sangkal yang papa ada daya tarikan sendirian. I'm hot and.."

"Ya, hot! Se'hot' neraka!" bidas Tasya tak nak kalah.

"Amboi, kutuk bukan main syok erk. Kang bibir tu kena kiss kat sini. Nak?" ugut Alex seraya memajukan kepalanya pada bibir Tasya.

Sepantas kilat Tasya mengelak. Gila nak kiss kat sini. Dahlah diorang sekeluarga tengah berkumpul kat ruang tamu ni. Sesuka hati pulak dia nak minta kiss.

"Lek arh Tasya. Alex gurau je tu. Dia tahu pompuan lagi terer bab cinta," sampuk Putri Risha, yakin.

"Erhh.. Daddy bukan nak menyampuk. But... Alex cakap betul kut. Kaum lelaki lagi terer bab cinta ni," ujar Tengku Fazril.

Serta-merta riak wajah Putri Risha bertukar geram melihat suaminya yang berpihak pada si adik.

"What? So.. Daddy nak bela Alex? No! I'm your happiness. I'm your everything! Daddy kena bela mummy!" rengus Putri Risha.

"Aku sokong dengan kau, beb. Laki mana tahu apa. Yang diorang tahu suka sakitkan hati pompuan! Bluerkk!!" giliran Black Eryn pula menyampuk bicara mereka.

"Op! Op! Op! Bukan nak cakap apalah en..tapi pompuan ni overthinking nawww.. Lelaki pergi kerja pun, pompuan nak majuk," suara Zack kedengaran tidak puas hati.

Black Eryn mencebik sebal. Amboi, suami!! Berani dia bela orang lain selain bini dia yang hot ni!

"What a shame!" komen Maisara pula.
Miko menjongketkan keningnya mendengar komen Maisara. Ohh.. So Maisara backup Tasya lah ye.

"Aku pun setuju dengan Alex!" sampuk Triple Ko, serentak.

Akim sekadar mengangguk kemas tanda mengiyakan.

"See? Kan dah cakap papa yang betul. Pompuan mana faham bab cinta ni. Cuma tahu bebel je," kutuk Alex sambil mengangkat kedua-dua kakinya ke atas meja.

"Sedapnya mulut Tengku Rasdan bercakap. Ni, tangan ni. Jangan sampai tangan mummy singgah kat mulut tu. Dah terang-terang pompuan yang reti bab cinta. Kalau tak terer, kamu semua mana ada kat sini. Kan abang kan?" giliran Tengku Lily pula menyampuk.

Dipandang Tengku Zamil meminta belaan. Harap lelaki tu faham.

"Hmm..abang kurang bersetuju pasal tu."

"Abang!"

Alex tergelak sinis pabila sang ayah kurang bersetuju. Nampaknya dia yang betul. Come on and come off lah, ini Alex. Bukan Rasdan erk. Mummy aku je boleh panggil macam tu. Sebab dia yang lahirkan aku.

"Lily, bukan abang nak kata apa. Cuma.."

"Malas nak layan abang!" bentak Tengku Lily, merajuk.

"See? Dah merajuk. Sikit-sikit nak merajuk," ejek Alex, selamba.

Tengku Lily menderam kuat. Wajah anak ketiganya dipandang tajam bagaikan ingin menelannya hidup-hidup.

"Mummy pun bekas mafia dulu," dingin Tengku Lily berkata sehingga membuatkan Alex menelan air liurnya.

Bukan apa, tapi Tengku Lily dengan Tengku Zamil tu lagenda dalam kalangan mafia. Masih berbisa. Kang ada juga yang parah tangan hari ni kena bantai.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now