Bab 49

11.3K 690 147
                                    

#100 Comments are required to open the next chapter.

                              ***

"Kau asal doh tak revive aku?"

Akim menjeling geram pada Zack yang tengah fokus bermain PUBG. Orang dah mampus, dia blah dulu. Apa punya kawan lah camni.

"Kau punya pasallah nak mati dulu. Ajal aku tak sampai lagi," jawap Zack, selamba.

Akim merenung tajam ke arah rakan baiknya. Selamba biawak Malaysia dia kata ajal aku dah sampai.

"Last tercekek sudu bila?"

"Dua hari lepas, bro."

"Lu memang takde gunalah, kunyit! Gua revive lu bila nak mati. Lu tak revive gua. Player solo lah lu!" marah Akim, kurang berpuas hati.

"Diamlah, serai! Gua masih hidup. Lu tengok je lah gua main," bidas Zack.

Akim mengetap giginya menahan geram. Botol yang terletak elok di atas meja dicapai lalu dibaling tepat ke arah kepala Zack.

And pakkkk!!

"Woii!! Lu pahal?!" herdik Zack.

Habis terbuang telefonnya di atas meja. Dah tu mati pula kena tembak oleh musuh. Kalau tak sebab si serai ni, confirm dia dah winner winner chicken dinner jadi cleaner. Geram siot.

"Lu tanya gua pahal? Lu main pubg biar ada teamwork sial!"

Akim bangkit daripada kerusinya sambil menatap bengang pada Zack.

"Hei, lu sape nak baling botol kat kepala gua? Lagi sekali lu baling, gua taekwando mak lu," Zack juga turut berdiri lalu maju mendekati Akim.

"Mak gua kat kubur, kunyit! Lu jangan nak main dengan mak gua! Kalau dia bangun dari kubur lepastu jadi langsuir camne? Lu nak mampus?"

"Hei, ini Zack lah. Setakat langsuir. Gua dah pernah stapler tengkuk keturunan diorang tau!" temberang Zack.

"Stapler kepala bana lu! Paku bangang!"

Krik krik krik..krik.krikkk...

Zack terkebil-kebil buat seketika.Bayangan stapler dan paku cuba dibezakan dalam kepala hotaknya. Eh, bukan sama je ke dua benda ni?

"Eh, sama je lah sial!" yakin Zack.

"Kepala tempurung lutut kau! Stapler ada bunyi cikik cikik bila kena tekan. Paku bunyi dia pak pak bila kena tukul."

Ambik kau! Siap ada bunyi lagi Akim bagi.

Sekali lagi Zack terkebil-kebil. Kepala yang tidak gatal di garu-garu perlahan.

"Cikik Cikik tu apa weh?" soal dia, naif.

"Bunyi stapler lah," jawap Akim, mendatar.

"Ye ke? Memang bunyi dia camtu ke?" soal Zack lagi.

Kali ini, Akim pula yang terkebil-kebil. Sebab Zack, dengan dia sekali terikut bangang macam ni.

"Eh, aku pun tak tahulah. Arghh lantaklah! Aku nak  makan. Jom arh," pasrah Akim lalu dengan selambanya merangkul bahu Zack menuju ke arah dapur.

"Bukan kita gaduh ke tadi?" tanya Zack, polos.

"Aku lapar arh. Takde idea nak hina kau bila perut ni kosong. Lepas makan, aku sambunglah hina kau balik," jujur Akim berbicara.

Zack mengurut-urut dagunya sambil terangguk-angguk. Betul juga cakap Akim. Perut kalau dah lapar, otak pun takde idea nak keluar.

Saat mereka menapak ke arah ruang makan, tiba-tiba mata mereka tertacap pada beberapa manusia menuju ke arah ruang tamu.

The Chosen OneWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu