Bab 41

12.4K 721 77
                                    

Fakhrul merengus geram. Sudah berulang kali tubuhnya ditampar menggunakan tangannya sendiri untuk membunuh nyamuk yang sibuk menghisap darahnya. 

Darah manis,  biasalah.  Eh,  iya iya je. 
"Jos,  kau check laci tu.  Carikan aku ubat nyamuk.  Tak tahan aku dengan nyamuk sundal ni, " rungut Fakhrul, sebal. 

Joshua yang sedang berbaring di atas sofa menjulingkan matanya ke atas. Tak suka jika aktiviti tidurnya diganggu.

"Malas arh.  Kau cari je lah sendiri.  Bukan susah sangat pun, " tolak Joshua. 

"Weh,  aku tengah gatal ni en.  Tolong sikit lah.  Aku dah lama tak pijak orang.  Jangan sampai kau pula aku pijak, " jeling Fakhrul. 

Joshua merengus bengang.  Nasib je lah Fakhrul tu lebih tua dari dia.  Kalau tak, memang dia yang dipijak. 

Baru sahaja kakinya ingin menuju ke arah laci, namun dia berpatah balik semula ke arah Fakhrul.  Tajam anak matanya memandang ke arah Fakhrul manakala Fakhrul sudahpun menjongketkan kening tanda hairan.

"Nak apa? "

"Haih.  Kau ni bodoh ke apa?  Kau sendiri nak aku cari ubat nyamuk.  Kau tak bagitau aku pun nyamuk tu sakit apa sampai nak ubat, " ujar Joshua,  selamba.

Fakhrul mengetap giginya menahan geram. 

"Aku dah lama sabar dengan perangai kau. Kau takleh ke berhenti jadi sial untuk sehari je? "

Haih,  sabo jelah dengan perangai dua biawak ni. 

Joshua tersengih bak kerang busuk.  Saje nak usik readers.  Muahahahahha!!

Selepas beberapa saat kemudian,  Joshua datang semula ke arah Fakhrul lalu memberikan sekotak ubat nyamuk.  Dia kembali berbaring di atas sofa sambil memikirkan sesuatu.

"Fak.. " panggilnya.

"Apa? "

"Aku rasa en... Aku pernah nampak Liese sebelum ni.  Tapi tak ingat kat mana lah weh, " ujar Joshua secara tiba-tiba. 

"Samalah.  Tapi aku pun tak ingat.  Aku rasa tu pelanduk dia kut," balas Fakhrul,  yakin.

"Haah lah kut.  Tapi aku tetap rasa... " Joshua sengaja tidak meneruskan kata-katanya.  Dia menoleh ke arah Fakhrul yang sedang mengerutkan dahi menunggu jawapan daripadanya.

"Rasa apa? " soal Fakhrul tidak sabar.

"Rasa.... "

"Rasa apa?" geram Fakhrul.

"Rasaaaaaa....sayang eh rasa sayang sayang eh.. Eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh, " nyanyi Joshua lalu bersiul riang lagak tak bersalah. 

Fakhrul mengetap giginya menahan geram. Aku dah lama sabar dengan perangai aligator ni.  Kalau sekali kena langgar, aku rasa otak dia baru betul kut. Kena cuba ni.

Dari jauh, Tengku Haikal sekadar memandang mangkuk-mangkuk jadiannya saling bertekak. Kalau sehari tak bergaduh, memang tak sah. 
"Tengok apa tu? " Anneliese yang datang dari mana melaga bahunya pada bahu Tengku Haikal.  Seperti biasa,  senyuman manis terukir di bibir mungilnya.

"Tengok anjing-anjing bergaduh," jawap Tengku Haikal malas. 

Anneliese turut melontarkan pandangannya ke arah Joshua dan Fakhrul yang sedang menarik rambut masing-masing.  Alololo nampak sweet. 

"Anjing-anjing pun....Awak tetap sayang diorang en? " usik Anneliese. 

Tengku Haikal berdecit malas. 

The Chosen OneWhere stories live. Discover now