Bab 76

10.4K 723 82
                                    

"Hantu Aka Manto?" ulang Zalikha, ingin tahu.

"So, sepanjang PKP ni, kita hanya nak bercerita pasal hantu? Hantu Jepun pula tu," dengus Alex.

Dahlah dia nombor dua paling takut hantu SELEPAS Ciko. Lagi nak cerita hantu masa malam-malam buta ni. Argh, tak suka.

"Yup, Hantu Aka Manto! Nama hantu tu dipanggil macam tu sebab dia pakai jubah merah. Dikatakan roh tu tak tenang tau. Ia dikatakan mendiami tandas awam atau tandas sekolah," cerita Anneliese, teruja.

"Erhhh tu sekadar mitos je en?" soal Ciko dengan senyuman yang tawar.

Tak perlu nak cakap panjang lebar lerhh. Kita semua dah tahu mamat ni lah yang paling penakut. Juara penakut bertahan dalam era ni.

"Ha'ah. Mitos je...ataupun tak.." Anneliese tersenyum sumbing.

Suka pula apabila melihat Ciko mulai menelan air liur sambil memeluk abang kembarnya, Riko.

"Woi, cuba jadi jantan sikit!" bisik Riko, sebal.

Buat malu keturunan tiga kembar je. Dahlah duk peluk aku. Rimas tau tak! Habis basah ketiak aku.

"Aku dah cukup jantan dah ni. Tak caya, peganglah 'adik' aku," lirih suara Ciko menjawap.

"Bukan tu lah! "

"Lek arh guys. Tu mitos je lah. Takyahlah takut sangat," temberang Zack.

"Kadang-kadang benda yang kita sangka mitos tu lah benda yang paling real sekali. Ada pihak yang mendakwa tu mitos je supaya orang ramai tak panik. Hakikatnya, mungkin hantu tu wujud," Anneliese semakin galak mengusik.

"Macam mana awak tahu hantu tu wujud? Awak pernah tengok ke?" tanya Tengku Fazril kurang berpuas hati.

Dia bukan spesies penakut. Cuma..segala bulu yang ada di tubuhnya dah merinding semacam.

"Saya pernah terserempak dengan hantu tu masa bercuti dengan Sharul kat Jepun. Dia memang pakai jubah merah lepastu berdiri kat tepi singki," beritahu Anneliese mengenai pengalaman seramnya.

"You pernah tengok? Seriously? So, you buat apa? Cabut lari ke?" tiba-tiba Qistina pula berasa teruja mendengar cerita seram Anneliese.

"Taklah. I buat-buat bodoh. Kalau dia perasan I nampak dia, confirm I kena ngap masa tu."

"Free-free tersampuk dengan hantu Jepun," tambah Tasya.

Para lelaki mulai berpandang. Tak lama kemudian, tawa janggal mulai meletus daripada bibir masing-masing. Dah tentulah diorang tak percaya. Macam cite budak-budak. Hei, ini bapak-bapa budaklah.

"Kau saje nak takutkan kitorang en?" teka Alex, sinis.

"Suka hati youlah kalau tak nak percaya. You boleh tanya Genji untuk dapatkan kepastian. Dia kan dari Jepun," seloroh Anneliese, selamba.

Alex menelan air liur lalu mengangguk acah berani. Tazaki Genji yang sedang ligat menonton televisyen sejak tadi dipanggil perlahan.

"Hah, nak apa?" soal lelaki itu acuh tak acuh. Kacau pula mood dia nak tengok dokumentari pasal harimau nak makan kerbau ni.

"Hantu Aka Manto tu wujud ke?" soal Alex, ingin tahu.

Harap-harap tak. Harap-harap tak! Kalau wujud, confirm aku tidur dengan daddy malam ni! Desis hati Alex.

"Mana kau tahu pasal tu?" Tazaki Genji mengerutkan dahi.

"Liese yang bagitau," sampuk Akim.

Seketika Anneliese dan Tazaki Genji berpandangan. Sesaat dua saat, lelaki daripada Jepun itu menganggukkan kepalanya.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now