Bab 57🔞

27.6K 649 91
                                    

Aaric memandang tajam ke arah satu persatu wajah orang-orangnya. Setiap daripada wajah mereka kelihatan masih segar berdarah dan mengalami bengkak yang agak besar.

Dia tak percaya. Tengku Haikal sekadar mengalahkan mereka hanya menggunakan tangan. Tak guna pistol ataupun benda yang boleh bawa kepada kematian.

"Aku suruh korang culik pompuan tu dan sekarang korang terpacak bodoh kat sini tanpa bawa apa-apa?!" tengking Aaric bengang lalu pasu di atas meja dihempas ke atas lantai.

"Ma...maaf tuan..ta..tapi..kawalan Aden kuat sangat sampai kitorang tak boleh nak dekat pompuan tu," tunduk seorang lelaki sebagai ketua bagi kumpulan tersebut.

Aaric mengetap giginya menahan sebal. Aden, Aden dan Aden. Lagi-lagi Aden! Arghhh!! Sial!

"Lek arh, bro. Bukan salah Aden kalau kau tak mampu nak dekati Liese," sampuk satu suara lelaki.

Aaric merenung tajam ke arah rakan sekomplotnya. Kalau bukan sebab nak hapuskan Aden, dah lama lelaki di hadapannya turut dibunuh.

"Aku bukan macam kau, sial. Berlagak baik mengalahkan ustaz," sindir Aaric.

Si dia tersenyum sinis. Rokok yang berada di tangannya sesekali dilihat bersama seribu perasaan. Kadangkala, akal fikirannya memikirkan Anneliese.

Sihat ke gadis itu? Dah makan atau belum? Baik ke layanan Aden pada dia? Arghhh!! Gila!

"Kau mudah untuk dijangka, A. And sebab tu Aden mudah nak baca fikiran kau. Tambah-tambah lagi korang tu kawan baik," sindir si dia.

"Aku dengan dia TAK pernah jadi kawan baik," nafi Aaric.

Si dia menghembuskan asap rokok ke udara . Bila mana rokok tersebut semakin pendek, dia melemparkan rokok itu ke atas lantai lalu ditenyeh-tenyeh menggunakan kasutnya.

Aaric hanya berdiam diri. Sesuka hati lelaki itu ingin mengotorkan rumahnya.

"Nampaknya kau memang takleh diharapkan. Biar aku je hapuskan mamat tu. Kau pula duduk diam," tutur si dia selamba lalu bangkit daripada tempat duduknya.

Aaric mengepalkan penumbuknya menahan geram. Buat masa sekarang dia perlukan lelaki itu untuk hapuskan Aden. Bila semua dah selesai nanti, tangannya sendiri akan membunuh si dia.

"Aku rasa aku takde benda lagi nak cakap dengan kau. So, aku nak blah," ujar dia lantas melangkah ke hadapan bersama orang-orang kanannya.

Dia sedar satu perkara. Dia tak mampu kalahkan Tengku Haikal jika bersendirian. Dia perlukan orang-orang Aaric untuk menghapuskan lelaki itu.

Sewaktu si dia ingin masuk ke dalam perut kereta, matanya tanpa sengaja tertancap pada sebatang tubuh yang sedang menghentak-hentakkan kaki menuju ke dalam rumah.

Pabila mata mereka saling berlaga, Amizha mematikan langkahnya perlahan-lahan. Si dia cuma tersenyum sinis lalu segera masuk ke bahagian belakang pemandu.

Sedar tak sedar Amizha memikirkan wajah si dia. Rasanya pernah nampak...tapi tak ingat pula kat mana.

____________________________

Beberapa tahun yang lalu...

"Woi, tengok apa tu?" sergah Tengku Fazril dari arah belakang apabila melihat Tengku Haikal terhendap-hendap melihat sesuatu dari tingkap.

Si kecik itu tersentak sedikit lalu cepat-cepat melarikan diri ke arah Tengku Zamil. Pelik dengan tingkah adiknya pada awal pagi seperti ini. Macam tengah intip orang.

Daripada terus bingung, baik Tengku Fazril tengok benda yang Tengku Haikal tengah tengok tadi. Sebaik sahaja mata dilontarkan ke arah luar tingkap, dia melihat Anneliese sedang memeluk patung barbie di hadapan pintu rumahnya seraya tersenyum girang.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now