Bab 32

11.5K 681 42
                                    

"Awakkkk... " leret suara Anneliese memanggil Tengku Haikal yang sedang khusyuk bermain PUBG.  Namun, si dia tidak memberikan sebarang respons yang memberangsangkan sehingga Anneliese terpaksa menolak-nolak tangan suaminya.

"Awakkk,  nak cakap sikit ni.  Dengarlah dulu, " rengek dia,  lembut.

"Esok-esoklah, " tolak Tengku Haikal, malas.  Dahlah sibuk nak target lawan.  Pandai pula bersembunyi kat belakang pokok.  Ni kalau kat dunia nyata ni, dah lama bersepai otak dia aku tembak.

"Hmmm..  Kejap je.  Simpanlah phone tu dulu, " pinta Anneliese.  Mentang-mentang iphone.  Aku pula setakat nokia tekan-tekan je sebab phone samsung dah jadi arwah masa nak cuba main tiktok.  Bukan gelek pun. Dah tu yang rosakkan, suami sendiri juga.

"Sabarlah."

"Dah berapa jam awak main benda ni? 5 jam!  Rosak otak tu nanti," rungut Anneliese. 

"Eh,  aku ni bukan adik kau erk. Suka-suka nak nasihat orang, " kutuk Tengku Haikal yang sengaja ingin menaikkan kemarahan isterinya.

Anneliese merengus geram. Bencilah cakap dengan mamat spesies nak pupus ni! Cakap tu tak dengar.  Cakap ni tak dengar.  Kepala batu!

"Suka hati awaklah! Berkurung dalam hotel ni kalau awak nak sangat! Lepastu, kalau nak apa-apa jangan nak cari saya pula. Cari game tu.  Kalau nak yang best lagi, kahwin dengan game tu,  tidur dengan game tu,  makan dengan game tu, peluk game tu.  Orang nak cau! " bentak Anneliese sambil berura-ura ingin menuju ke pintu.

Disangkakan Tengku Haikal akan memujuk tapi kalau dah kepala batu tu, mana reti nak pujuk. 

"Awak!!! " Anneliese menghentakkan kakinya dengan geram.

"Apa?! " toleh Tengku Haikal, sebal.  Kan tengah main ni. 

"K fine!  I hate you! " jeling Anneliese. 

"Kalau nak benci, bencilah.  Tak kurang pun nasi aku kat rumah, " jawap dia selamba.

Anneliese merengus geram. Dengan hati yang bengang,  dia membuka pintu dengan kasar lalu menghentak-hentakkan kakinya sambil menuju ke lif. Butang bawah ditekan-tekan geram sambil mulutnya membebel seorang diri.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lif terbuka,  Anneliese masuk sambil melihat nombor tingkat.  Butang G ditekan pantas lalu dia memeluk diri.  Ketika pintu lif hampir tertutup,  tiba-tiba ada sepasang tangan menghalang pintu tersebut.

Kelihatan Tengku Haikal berdehem perlahan sambil membetulkan sedikit lengan bajunya.  Sesaat,  dia masuk ke dalam perut lif lalu berdiri bersebelahan isterinya.

"Asal ikut orang? " soal Anneliese masih dengan rajuknya.

"Battery phone dah kong, " tipu Tengku Haikal walhal dia sememangnya nak join Anneliese.  Karang ada juga yang masuk berita sebab sesat kat sini.

Anneliese hanya memberikan jelingan geram. Battery dah kingkong baru nak ikut orang. 

"Kau nak cakap apa tadi? " soal mereka setiba sahaja masuk ke dalam perut kereta.  Tali pinggang dipasang lantas Anneliese menoleh ke arah suaminya. Buat seketika, gadis itu menarik nafas sebelum memulakan bicara.

"Thank you, " ujar dia dalam dengar tak dengar.

"Apa? " ulang Tengku Haikal.

"Thank you, awak! " ucap dia lagi.

"And for what? " Tengku Haikal menaikkan sebelah keningnya. 

"Sebab dah... Tolong selesaikan masalah saya dan Frender," ujar dia, lembut.  Lama anak matanya merenung dalam anak mata Tengku Haikal.  Seperti biasa,  lelaki itu tidak memberikan sebarang jawapan.

The Chosen OneWhere stories live. Discover now