Bab 35

13.2K 831 117
                                    

Anneliese merenung lama wajah Tengku Haikal. Lelaki itu kelihatan sedang memakai tali leher dengan wajah yang cemberut.  Eish, eish awal pagi dah monyok-monyok camni.  Tak masuk rezeki karang.

"Apa pandang-pandang? " jeling Tengku Haikal.  Sape tak perasan bini duk renung macam nak telan orang.

Sejenak kemudian, Anneliese mara ke arah Tengku Haikal dengan wajah yang serius.  Pelik Tengku Haikal dibuatnya.  Takkan kena rasuk kut?

"Kau dah.. "

Belum sempat Tengku Haikal menghabiskan bicaranya, tiba-tiba Anneliese bertindak mencubit kedua-dua pipinya dengan kuat.

"Eeeeeee... " geram Anneliese.

"Woi! Woi! Woi? Kau dah kenapa bongok?! Sakit tau tak! " tepis Tengku Haikal kasar.

Anneliese tersengih.  Merajuk dah mamat ni.

"Saje nak cubit. Kat bab 34 ramai orang kata awak ni comel.  Tu sebab saya cubit pipi awak.  Nak cari juga tah mana comel tu, " selamba Anneliese memberikan jawapan. 

Tengku Haikal merengus geram.  Seriously? Sebab tu je?  Sape kata aku comel?! Aku macho arh!

"Gila!  Hah, tah ni yang comel! " balas Tengku Haikal lantas mencubit pipi gebu isterinya dengan geram. 

"Sa... Sakit.. Aw.. Awak.. Sakittttt!!" aduh Anneliese.  Tengku Haikal terkekeh-kekeh ketawa.  Selepas sahaja puas 'mendera'pipi kesayangan isterinya, Tengku Haikal cepat-cepat melarikan diri.

Namun, panggilan Anneliese membuatkan dia menoleh semula ke belakang.

"Jap!  Awak nak salam! "

"Buat apa nak salam? " soal Tengku Haikal semula.  Perlu ke nak salam?

Masyaallah. Dasar suami paling cerdik di dunia.

"Eish, awakkan suami saya.  Salam tu erti dia hormat dan restu sebelum keluar dan masuk rumah.  Faham tak Encik Comel?" ujar Anneliese, lembut.  Pipinya yang masih terasa sakit diusap-usap perlahan. 

Tengku Haikal menjulingkan matanya ke atas.

"Takyahlah nak panggil aku nama tu.  Geli siakkk."

Anneliese memuncungkan bibirnya seraya menuju ke arah Tengku Haikal.  Pipi masih diusap menahan sakit. 

"Tulah.  Nakal lagi.  Suka-suka nak cubit pipi orang, " kutuk Tengku Haikal pabila Anneliese menyalami tangannya.

"Dah readers yang kata awak comel.  Saya join sekali lah panggil awak comel.  Salah saya ke? "

"Kerja kau memang nak melawan je ke?  Sepatah aku cakap, beratus kau jawap," tegur Tengku Haikal.  Anneliese tersengih.  Sebelum Tengku Haikal beredar daripada bilik, sempat lagi pipinya dikucup sekilas oleh Anneliese.

Dalam diam-diam Tengku Haikal berasa sesuatu apabila tangannya disalami oleh seorang gadis. Sebelum ini, ahli keluarganya tak pernah sekalipun saling bersalaman antara satu sama lain.  Biasanya sebelum keluar daripada rumah,  'adat' diorang dengan berkata, "Blah."

Tengku Haikal malas ingin berfikir panjang.  Memikirkan pasal keluarganya membuatkan dia cemburu pada keluarga yang normal. Yang jauh lebih baik.  Yang bukan keturunan pembunuh.

_______________________

Miss Destroyer..

"Aku kena buat apa, Mai? The King paksa aku untuk bunuh diorang semua.  Aku tak nak, Mai! kita kena berhadapan dengan atok aku.  Kita kena tamatkan semua ni! " tekad Putri Risha,  yakin.

The Chosen OneDonde viven las historias. Descúbrelo ahora