PROLOG

514 37 7
                                    

Syam duduk di atas sebuah sofa bersama-sama dengan sebuah manuskrip novel milik seorang doktor. Doktor tersebut merupakan seorang penulis baru yang menjadi tanggungjawab Syam untuk dikendalikan sebagai seorang editor A'm St. Holding. Kebiasaannya, Syam tidak akan mengutip manuskrip milik para penulisnya tetapi kali ini dia terpaksa datang ke rumah doktor itu untuk mengambil manuskrip tersebut. Hal ini demikian kerana doktor itu sudah lewat sebulan untuk menghantar karyanya kepada syarikat A'm St. Holding. Karya tersebut merupakan karya kelima doktor itu.

Doktor muda itu hanya memerhati Syam yang berada di sebuah sofa bertentangan dengannya. Kopi suam yang berada di atas meja bertentangan dengan sofa tersebut dibiarkan kesejukan. Suasana sepi di antara mereka dibiarkan sepi begitu sahaja. Syam berada di dalam dunianya selagi dia tidak selesai menyemak semula kesalahan ejaan, tatabahasa dan plot keseluruhan cerita tersebut.

Sementara itu, doktor muda yang berada di atas kerusi itu pula sedang melihat sekilas ke arah jam dinding sebelum dia meneguk secawan kopi suam yang dibancuhnya sebelum ini. Jam menunjukkan 12:20 tengah hari. Hari ini dia cuti. Jadi, tiada masalah untuk Syam duduk lama-lama di rumahnya.

Syam tiba-tiba sahaja bersandar dan melabuhkan tapak tangan kanannya pada kedua-dua matanya selepas dia memejamkan mata. Doktor itu pula mula kerisauan jika dia telah melakukan kesilapan yang besar dalam karyanya. Tambahan pula, Syam melepaskan keluhan berat.

"Aku ada buat masalah besar ke? Dah la first time jumpa dia. Sebelum ni editor lain. Salah aku juga sebab selalu sangat hantar manuskrip lambat." Monolognya.

Syam menutup manuskrip tersebut dan diletakkan di atas sofa di sebelah kanannya. "Sorry. Saya semak semula esok. Apa-apa nanti... Saya call."

"Err... Saya ada buat kesalahan besar sampai pening kepala nak faham ke?" Soalnya kepada Syam.

"Tak. Setakat ni. Okay. Cuma kepala saya yang pening. Penat sangat kot." Katanya sebelum mencapai secawan kopi yang telah sejuk. Kopi diminum.

"Sorry sebab hantar manuskrip lambat lagi. Ni dah kali kelima..." Dia pula yang berasa serba salah terhadap tindakannya itu.

"Ya. Kali kelima. Sebab tu saya ada di sini. Sebab dah kali kelima. Tapi kalau itu dah keputusan papa saya. Saya ikut je la." Katanya sambil memasukkan manuskrip tersebut ke dalam beg silang berwarna hitam.

Syam berdiri dari sofa selepas siap memasukkan manuskrip tersebut ke dalam begnya. "Mulai hari ni. Saya akan jadi editor encik. Peraturan saya senang je. Hantar dua hari sebelum tarikh tamat. Extra seminggu diberi kalau masih belum boleh siap. Lebih daripada seminggu, sila beri alasan yang rasional dan logik. Lebih daripada dua minggu lambat hantar... Saya datang rumah." Beritahunya dengan tenang walhal itu sebenarnya ialah satu amaran kepada si penulis tersebut. Hanya yang pernah berurusan dengan Syam sahaja yang mengetahui cara Syam menguruskan para penulisnya.

"Terima kasih."

*

Mark 23 diacukan ke arah sasaran. Tembakan dilepaskan. Tiada suara kedengaran. Sekali lagi tembakan dilepaskan ke arah lain. Tetap tiada suara. Hal ini berlaku kerana mangsa di hadapannya itu sudah meninggal dunia selama 30 minit selepas tembakan pertama.

Lubang-lubang peluru yang terdapat ada tubuh mangsanya dikira sebelum dia ketawa. Kemudian, dia berlalu pergi dari situ bersama-sama dengan pistol pada tangan kanannya. Lima orang mangsanya dibiarkan di dalam banglo itu. 15 minit selepas itu, bom meletop. Dia pula sudah pergi dari situ.

*

Seorang remaja berusia 18 tahun sedang menaip dengan pantas pada papan kekunci komputer riba sebaik sahaja dia terjaga daripada lena yang panjang. Dia tidak pedulikan suara ibunya memanggil untuk makan tengah hari. Dia hanya memberi fokus kepada penulisannya untuk diterbitkan di dalam Wattpad.

'... Dua orang perempuan dan tiga orang lelaki telah mati ditembak di dalam sebuah banglo. Tiada sesiapa yang mampu selamatkan diri daripada ajal mereka. Setiap seorang ditembak sebanyak tiga kali. Sasarannya ialah dahi, jantung dan hati. Bagaikan satu simbol kepada dirinya.

Selepas segalanya selesai. Dia pergi dari situ dengan senyuman puas. Dia sempat berkata sebelum melangkah keluar dari banglo tersebut. "Selamat tinggal, Dato' Syarif."

Dia terus pergi ke arah Produa Viva berwarna hitam dengan plat BAK 2215...'

Setiap ayat dibaca semula selepas dia selesai menaip. Setelah dia berpuas hati. Dia terus menerbitkan cerpen tersebut di dalam akaun Wattpad. Cerpen tersebut dimampatkan dalam sebuah buku bertajuk 'DREAM CASES'. Setiap cerita yang ditulisnya menggunakan format penulisan diari. Waktu kejadian dicatat beserta tarikh. Waktu penulisan dia juga dicatat sebagai bukti itu hanyalah mimpi.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now