BAB 52

176 24 2
                                    

Sebulan telah berlalu selepas kejadian tersebut. BLACK_BOOK dan BLACK BOOK, tiada sesiapa yang memburu mereka lagi. Segalanya sepi bagaikan kes tersebut tidak pernah berlaku. Reza juga telah disiasat dan didapati bahawa dia terlibat dengan kes pengedaran dadah dan menggunakan buruh asing milik Adli sebagai kambing hitam untuk mengambil sumber dari luar negara. Ryzan, Hanan, Hamdi dan ahli Aquilinae Empire telah kembali ke Australia. Rashdan pula sudah berpindah ke rumah Inspektor Arman seminggu selepas kes Reza. Ryuu juga sudah kembali ke Jepun kerana tugasnya di Malaysia telah selesai. Redzuan kembali fokus kepada pekerjaannya sebagai seorang doktor pakar otak dan penulis novel.

Kini, Secret GUARD kembali bersidang di dalam bilik mesyuarat. Beberapa buah kes telah dikemukakan oleh Bray selaku ketua kumpulan tersebut. Kes tersebut merangkumi kes dalam GUARD dan kes luar GUARD. Kes-kes dalam GUARD telah disiasat dan beberapa orang pembelot GUARD serta ahli yang mata duitan telah ditangkap dan disoalsiasat. Sesi soal siasat dilakukan oleh RaSIS sebagai orang yang bertanggungjawab dalam tugasan tersebut. Manakala, misi penangkapan pula diserahkan kepada Safuan kerana dia memiliki unitnya sendiri. Bray hanya menyelesaikan masalah dan merancang strategi pergerakan mereka demi menjayakan misi tersebut.

Hadi hanya mendiamkan dirinya selepas mendengar perbentangan tersebut. Tiada sebarang bantahan. Kawan-kawannya yang pernah membangkang sebelum ini sudah pun ditangkap kerana dipercayai sebagai penjual maklumat kepada musuh-musuh GUARD hanya kerana wang. Mereka juga bekerja dengan orang yang salah dan terlibat dengan kes-kes jenayah secara diam-diam. Hanya Hadi sahaja yang masih lagi selamat. Tiada sesiapa yang tahu bahawa dia pernah bekerja dengan Reza untuk menbunuh Rashdan.

RaSIS senyum ketika menongkat dagu di atas meja menggunakan tangan kanan. "Boleh saya buka satu lagi kes?" Dia sedang melihat Hadi di hadapannya.

"Kes apa?" Soal Luqman selaku ketua utama GUARD.

"Kes cubaan membunuh Rashdan Hamid. Jika didengari daripada laporan Mr.Brilliant tadi, ahli GURAD telah diupah untuk membunuh Rashdan. Sambungannya ialah saya pernah nampak En. Hadi berbual dengan si pembunuh sebelm hari kejadian. Masa tu En. Hadi ada dalam kereta dan pegang sesuatu. Pendrive. Benda tu diserahkan kepada si pembunuh. Masa tu saya tak dapat cam muka pemandu tapi lepas saya tengok nombor plat kereta En. Hadi. Tak mustahil kalau itu ialah En. Hadi sebab nama En. Hadi dalam senarai nombor telefon milik si pembunuh tu. Sekarang ni, cuba buktikan En. Hadi tak bersalah dan orang itu bukan En. Hadi. Kalau En.Hadi tipu saya. En. Hadi sendiri yang akan hantuk kepala pada meja." Kata RaSIS dengan yakin.

Hadi tidak menunjukkan sebarang perbuatan gelabah walaupun hatinya sedang kerisauan jika rahsianya terdedah. Tambahan pula, RaSIS telah melihat kejadian tersebut. "Jadi, dia la orang yang memerhati dari tingkap malam tu." Fikirnya.

"Saya tak ada kaitan dalam hal ini." Kata Hadi sebelum dia tiba-tiba sahaja menghantukkan kepalanya pada meja.

Jepp yang berada di sebelah kanan Hadi terkejut melihat perbuatan tersebut. RaSIS pula sudah tersegih kerana berjaya membuktikan tekaannya benar. Ahli GUARD yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut terkejut melihat situasi tersebut kecuali Luqman yang telah mengetahui kebolehan RaSIS. Jepp pula terkejut kerana rakan serumahnya itu menghantukkan kepala secara tiba-tiba walaupun dia tahu tentang kelebihan RaSIS. Manakal, dua orang sahabat RaSIS hanya senyum nipis sahaja.

Hadi terus pengsan kerana kepalanya kesakitan . Hantukkan tersebut sangat kuat sehingga hidungnya berdarah.

*

Bray menghempaskan dirinya di atas sofa. Dia berbaring di situ. "Akhirnya... Secret GUARD berjaya ditubuhkan secara rasmi. Tak sia-sia kita selesaikan kes-kes dalam GUARD sebulan ni. Kes-kes lain pun membantu juga."

"Ya. Akhirnya, kita dapat buktikan pakcik-pakcik tu bersalah. Puas hati aku. Yang paling best, masa RaSIS buka kes tadi. Mesti sedap kena sampai hidung berdarah. Dia fikir dia boleh menipu." Kata Safuan sambil membuka butang baju kemeja GUARD yang berwarna putih.

"Safuan. Tolong masak. Aku lapar."

"Eh ehhhhhh! Masak la sendiri. Aku nak mandi."

"Kau tak lapar ke?"

"Lapar la juga. Kejap lagi aku nak masak."

Bray duduk di atas sofa dan melihat ke arah sahabatnya. "Alang-alang tu. Kau goreng-goreng je la sosej dengan daging burger dalam peti sejuk tu. Goreng tiga je. Aku sibuk. Nak siapkan assignment. Esok kena hantar kepada Hamzah. Lusa, penyarah suruh hantar full assignment dengan slide perbentangan. Slide pun aku tak siap buat. Tolonglah masak. Nanti aku kebulur."

"Ya la. Ya la. Beri aku mandi dulu. Aku dah terasa bahang sekarang ni." Katanya sambil berjalan menuju ke arah tangga.

"Kau tak on aircond."

*

RaSIS sedang memotong daging ayam nipis-nipis selepas dia membeli dua ekor ayam. Dia sempat singgah di sebuah kedai ayam ketika dalam perjalanan pulang dari bangunan GUARD ke rumahnya.

Setelah selesai memotong daging ayam nipis-nipis, dia basuh daging ayam tersebut terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah bekas berisi lada hitam dan lemon. Bekas tersebut ditutup dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Kemudian, dia kembali memotong isi ayam lagi. Kali ini dipotong petak-petak dan kecil. "Rasa nak buat pizza pula. Ada nampak cheese tadi."

Syafiq hanya memerhati dari RaSIS dari sebuah meja yang bertentangan dengan singki. Ddia sedang mengupas ubi kentang untuk membuat kentang putar atas permintaan RaSIS. "Banyak betul kentang dia beli hanya suruh buat kentang putar je. Suka betul dia dengan kentang putar."

"Syafiq. Tolong masak nasi. Malam nanti aku nak makan nasi."

"Banyak betul kau makan. Tapi badan tak besar pun. Macam tu juga. Tepung tu kau nak buat apa pula?" Dilihatnya ke arah RaSIS yang baru sahaja mencapai tepung gandum dari rak tepung.

"Nak buat pizza. Nanti kau tolong rasa."

"Aku kena rasa lagi. Pedas gila dia masak. Perut aku tak boleh terima benda yang terlalu pedas. Cirit, bro." Kata hatinya sambil mengupas kulit ubi kentang.

[TAMAT]


A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now