BAB 29

179 24 0
                                    

Rasdan membuka matanya selepas tiga hari dia tidak sedarkan diri. Dalam masa tiga hari itu juga rohnya tiada dalam jasadnya. Rohnya merantau ke Australia sebagai Hanan. Dia sendiri tidak tahu sebab kejadian tersebut berlaku.

Sepanjang dia berada di sana, dia dijaga oleh seorang wanita yang sangat cantik. Wanita itu bertudung dan usianya dalam lingkungan 50-an. Ternyata wanita itu ialah ibu kepada Hanan.

[IMBAS KEMBALI]

"Hanan nak makan apa? Ibu masakan." Kata seorang wanita kepada Hanan yang kini sebenarnya ialah Rashdan.

Rashdan terpinga-pinga. Dia baru sahaja selesai diperiksa oleh seorang doktor selepas dia sedarkan diri 30 minit yang lalu.

"Hanan?"

Puan Mariam berasa hairan melihat anaknya itu. "Ya. Hanan. Nama anak ibu."

"Hanan. Ni mimpi, kan?" Soalnya kepada wanita itu.

"Ini bukan mimpi, Hanan. Ini realiti. Hanan dah lama sangat koma. Hanan okay ke? Nak ibu panggilkan doktor lagi?" Tangan kanan anaknya dipegang dengan penuh kasih sayang.

Hanan mencubit pipi kirinya sendiri. "Memang realiti. Tapi kenapa di sini?" Fikirnya.

"Tak apalah. Hanan rehat dulu. Nanti ibu bawakan makanan kegemaran Hanan." Pengangan tangan dilepaskan. Dia berdiri dari kerusi.

"Terima kasih."

Sejam kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam wad peribadi tersebut. Ketika ini, Hanan sedang melihat situasi di luar hospital melalui tingkap di dalam wad tersebut.

"Tuan Hanan. Saya datang."

Hanan melihat ke arah seorang lelaki yang berpakaian kemas, berkemeja dan berkot hitam. "Kau siapa?"

Dia terkejut mendengar soalan itu. "Saya, Denny. Pembantu peribadi merangkap bodyguard Tuan Hanan."

Hanan berjalan ke arah katil dam duduk di atas katil. "Kau tahu kenapa aku masuk wad?"

"Tak tahu sangat. Yang pasti musuh yang lakukan semua ni. Malam tu, Tuan Hanan keluar seorang diri. Tak beritahu saya ke mana tuan nak pergi. Saya pula tak dibenarkan ikut. Tuan suruh saya jaga ibu dan abah tuan sebab Master Ryzan tak ada di Australia." Jelasnya yang berdiri di sebelah kanan kiri kanan katil.

Hanan bersandar pada katil. "Siapa musuh aku?"

"Saya tak tahu. Tuan tak pernah beritahu."

"Apa pekerjaan aku di sini?"

"Eh? Tuan dah lupa?"

"Aku tak ingat."

"Tuan ialah pemilik syarikat Aquilinae Cyber. Syarikat yang menawarkan khidmat keselamatan siber. Baru-baru ni ada orang dah godam potral rasmi Aquilinae Empire. Tapi saya tak berjaya hantar virus kepada hacker tu sebab dia sempat tutup potral tu."

"Nasib baik aku sempat tutup." Katanya tanpa sengaja.

"Eh? Apa maksud tuan?" Dia terpinga-pinga.

Hanan mengeluh. "Kau ada nampak aku ni macam Tuan Hanan?"

Denny terdiam seketika. Direnung wajah Hanan lama-lama. "Apa maksudnya?"

Hanan melihat kedua-dua tapak tangannya sebelum dia berkata. "Aku salah masuk badan."

"Eh?" Bertambah keliru Denny dibuatnya.

Dilihatnya pula ke arah Denny. "Aku bukan Hanan. Aku, Rashdan."

"Err... Rashdan? Tapi Rashdan Hamid dah meninggal masa kebakaran tu. Tuan Hanan masih tak boleh lupakan dia ke?"

Wajah Hanan berubah marah. "Rashdan Hamid masih hidup. Aku ada depan kau sekarang ni."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now