BAB 22

187 23 2
                                    

Picagari diputar-putar sambil menghembuskan nafas yang berbau anggur. Kepulan asap pada mulutnya dihembuskan menjadi bentuk donat. Matanya pula memberi fokus kepada kad rawatan seorang pesakit lelaki berusia 20 tahun.

Vape yang dihisapnya tadi disimpan di dalam laci meja sebelum dia berkata-kata. "Dua kali temu janji pesakit ni skip. Apa masalah dia?" Kad rawatan dan picagari diletakkan dia atas meja.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik doktor diketuk dan dibuka oleh seseorang. Doktor itu memberi tumpuan kepada seseorang yang yang masuk ke dalam bilik tersebut. Diperhatinya remaja lelaki berusia 20 tahun itu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Sangat kemas dan bergaya.

"Assalammualaikum?"

"Waalaikummusalam." Jawab doktor itu.

Pesakit tersebut duduk di atas sebuah kerusi bertentangan dengannya. Mata pesakit itu tertacap kepada kad rawatan yang berada di atas meja tersebut.

Doktor itu turut melihat ke arah yang sama. "Dah dua kali kamu skip temu janji. Macam mana nak cepat sihat kalau tak datang untuk pemeriksaan semasa? Walaupun migrine kamu masih dalam frasa pertama tapi kalau kamu tak buat pemeriksaan. Macam mana kalau tiba-tiba jadi kritikal?" Dia mula membebel kepada pesakitnya.

"Saya minta maaf. Saya sibuk sehingga terlupa tarikh temu janji tu." Kata pesakit tersebut dengan perasaan bersalah.

"Hari ni kamu ingat pula nak datang?" Perlinya.

"Hari ni... Pembantu peribadi saya yang ingatkan saya." Dia tersengih-sengih kerana berasa malu terhadap kelemahan sendiri.

Doktor itu mengeluh. "En. Badri. Lepas ni tolong peka dengan tarikh-tarikh penting walaupun sibuk. Jaga kesihatan pun penting juga. Kalau sakit,diri sendiri juga yang susah."

"Ya. Saya faham. Lepas ni, saya akan lebih peka."

"Jangan cakap je."

"Ya."

"So, macam mana dengan kepala kamu setakat ni?" Dia memulakan urusanya dengan pesakitnya itu.

"Umm... Sejak akhir-akhir ni selalu rasa sakit waktu malam. Dan..."

"Dan?"

"Dan saya perasan. Saya jadi pelupa. Dah banyak kali. Biasanya saya lupa tempat saya simpan barang. Bila saya cuba ingat semula. Memori kosong.  Lebih daripada tiga jam selepas tu, baru saya ingat semula." Jelas Bray berdasarkan pengalaman yang dihadapinya sebelum ini.

"Makan ubat?"

"Makan."

"Rasanya keadaan kamu semakin serius. Kamu jangan terlalu stress."

"Tapi kerja aku memang penuh dengan stress sejak akhir-akhir ni." Bicara hatinya.

"Rehat cukup-cukup. Ingat. Otak pun perlukan rehat. Kamu tu sakit. Jangan asyik hadap laptop dan telefon je."

"Ya. Saya faham."

Tiba-tiba, telefon pintar milik Bray berbunyi. Bahu Bray tertungkit sedikit ke atas kerana terkejut. Dia tersengih-sengih seraya mencapai telefonnya dari dalam poket seluar slet. "Saya jawab call kejap."

"Silakan."

*

"Redzuan."

Seorang doktor berkot putih yang berada di kaunter pertanyaan melihat ke arah seorang gadis selepas namanya dipanggil oleh gadis tersebut. Dia berdiri di hadapan gadis itu apabila gadis itu tiba di situ.

"Enes. Kau tak sihat ke?"

"Eh? Bukan aku la. Abang aku la. Dia tengah jumpa doktor sekarang ni." Kata Enes.

"Dah makan?"

"Belum."

"Kalau macam tu. Kita pergi makan sekali. Aku pun dah habis kerja. Petang ni aku ada hal sikit. Abang Rahim sakit apa?"

"Demam. Masalahnya, badan dia panas waktu malam je. Siang hari, normal je. Dah dua hari jadi macam tu. Sebab tu hari ni datang sini." Jawab Enes berdasarkan pengalaman dia menjaga abangnya itu.

"Demam misteri." Redzuan ketawa kecil.

"Misteri la sangat."

*

"Hello?"

"Hello. Aku ada maklumat baru."

"Apa yang kau dapat?"

"Reza ada hantar dua orang remaja ke Australia untuk urusan pembelian dadah. Ni hal minggu lepas. Sekarang ni, Reza hantar seorang remaja asing ke sana lagi untuk pembelian dadah. Dadah yang dia bawa masuk sebelum ni BLUE ICE dan Fun."

"Maksudnya, sumber dia dari Australia?"

"Ya. Nampak gayanya macam tu la. Sebab aku tak rasa sekali dua dia berurusan dengan orang yang sama."

"Ada jumpa lokasi atau nama penjual tu?"

"Masih dalam siasatan. Namanya, Master. Tapi nama sebenar aku tak tahu."

"Tak apa. Hati-hati. Jangan terkorban macam Salman. Aku tak nak dengar sebarang berita sedih dari Australia. Balik sini secepat mungkin."

"Ya."

Seorang lelaki bersandar pada kerusi di dalam sebuah kafe siber selepas menamatkan panggilan telefon bersama-sama dengan rakannya yang berada di Australia. Telefon pintar disimpan di dalam poket baju sejuk berwarna hitam sebelum dia menaip sesuatu pada ruangan penulisan blog.

Artikal pada kali ini masih berkaitan dengan Reza Zainal yang terlibat dalam pembelian dadah. Segala maklumat yang diterima olehnya tadi ditulis pada blog tersebut. Artikal pada kali ini bertajuk 'KAMBING HITAM'.

30 minit selepas BLACK_BOOK menerbitkan artikal baru dalam blognya, Adli membuka blog tersebut dan membaca artikal baru penulisan wartawan bebas itu. Dia senyum sinis lalu berkata. "Kalaulah polis baca artikal ni. Reza akan masuk penjara. Masalahnya, aku pun akan terlibat sama. Tak mustahil kalau Reza petik nama aku."

*

Inspektor Arman sedang berfikir. Dia tidak dapat berhenti berfikir sejak dia balik dari Australia beberapa hari yang lalu. Ketika ini, matanya sedang melihat sebuah cincin milik Hanan yang diserahkan oleh orang kepercayaan Hanan kepadanya. Di hadapannya juga terdapat sebuah fail berwarna hitam yang berlogo Aquilinae Empire. Di dalam fail tersebut terdapat dokumen-dokumen yang ditulis dengan tulisan yang tidak fahaminya.

Dokumen-dokumen tersebut merupakan maklumat yang terdapat dalam cincin itu. Cincin itu pula bukan sebarangan cincin. Cincin itu ialah tempat penyimpanan maklumat berkaitan siasatannya terhadap Harris selama dia mengenali Harris. Cincin yang telah diubahsuai oleh Hanan itu sangat berharga dan tiada sesiapa yang sangka, itu ialah pendrive.

"Macam mana aku nak baca ni? Rasa macam nak pecah otak dah. Satu perkataan pun aku tak boleh rungkaikan. Ryzan pun tak tahu pasal tulisan ni. Tapi siapa musuh Hanan tu? Hanan tak beritahu Denny pun pasal musuh dia tu."

Inspektor Arman menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu berdiri dari kerusi. Dia berjalan ke arah katil dan merebahkan dirinya. "Esok la aku sambung fikir. Kes pembunuh bersiri tu pun tak selesai lagi."

Inspektor Arman memejamkan matanya seketika. Kemudian, dia membuka semula matanya. "Rashdan. Kenapa aku rasa macam pernah dengar je nama pekerja AGENDA Corp tu? Sekarang baru nak fikir. Apa la aku ni. Mimpi ke? Kes pembunuhan. Budak pelik." Dia kembali memejamkan matanya.

Vape dihisap dan dihembus asapnya oleh seseorang. Dia sedang melihat ke arah sebuah rumah milik Inspektor Arman. Kemudian, dia berjalan menghampiri pintu pagar rumah tersebut. Sebuah sampul surat berwarna hitam dimasukkan ke dalam kotak surat di sebelah kanan pintu pagar tersebut.

Dia segera pergi dari situ selepas urusannya selesai. Dia hanya berjalan kaki sambil menghisap vape tanpa mempedulikan sesiapa yang melihat dirinya. Hal ini demikian kerana tiada sesiapa yang mampu melihat wajahnya. Hud baju sejuk berwarna hitam di atas kepalanya mampu menutup wajahnya.

"Misi baru bermula."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now