BAB 21

185 25 3
                                    

"Rashdan."

Rashdan terjaga apabila namanya dipanggil. Dia duduk di atas katil. Mamai. "Kenapa dalam mimpi aku ada muka Inspektor Arman?"

"Rashdan."

"Ya!" Sahutnya.

"Bangun cepat. Nanti lambat pergi kerja." Kata Rafi yang berdiri di hadapan pintu biliknya seperti biasa. Sudah menjadi rutin dia untuk memamggil para pengguni di dalam rumah ini pada waktu pagi kerana dia merupakan orang paling awal bangun pada waktu pagi.

"Okay."

Majid menapak turun anak tangga menuju ke ruang tamu. Dilihatnya ke arah Syam yang duduk bersantai di hadapan televisyen. Nama pengguna akaun wattpad dilihat. "Bukan dia." Fikir Majid.

"Syam. Tak ada kelas ke?" Tegur Majid yang berada di belakang Syam.

"Tak ada kelas sebab kelas batal." Jawab Syam.

"Untunglah." Majid memerli.

"Untung apa? Assignment berlambak." Syam berdiri dari sofa lalu menuju ke arah biliknya.

Syafiq berselisihan dengan Syam. "Aku balik lambat malam ni."

"Okay." Kata Syam.

*

Reza baru sahaja menerima berita tentang kembalinya dia orang kambing hitam yang dihantarnya ke Australia sebelum ini. Mereka berdua diuruskan oleh orang bawahannya. Kali ini, Reza tidak menggunakan buruh asing milik rakannya, Adli. Hal ini demikian kerana syarikat Adli memerlukan pekerja yang ramai untuk projek baru syarikat tersebut.

Reza membaca mesej daripada seseorang bernama Master. Dia tersenyum lalu membalas mesej tersebut melalui aplikasi WhatsApp. "Okay. Kalau barang baik. Aku terima."

"Dadah baru lagi. Apa salahnya kalau aku cuba bawa masuk sikit macam sebelum ni." Monolognya.

Pintu bilik pejabat diketuk. Seseorang disuruh masuk. "Macam mana?" Soal Reza kepada orang yang masuk ke dalam bilik tersebut.

"Semuanya sempurna." Kata-kata itu merujuk kepada dadah-dadah dari Australia itu.

"Packing malam ni. Esok dah mula edar." Arah Reza kepada orang bawahannya itu.

"Okay, boss."

*

Ryzan, Aryan dan Inspektor Arman pulang ke Australia menaiki kapal terbang peribadi milik Aquilinae Empire. Sebuah kapal terbang yang mewah yang telah menarik perhatian ramai orang yang berada di situ.

Bray mengamati lambang berwarna emas yang terasa seperti tidak asing daripada pandangan matanya itu. Ketika ini, dia berada di lapangan terbang untuk menjemput ibu bapanya pulang dari Rusia. "Lambang tu sama macam Rashdan pernah beritahu. Sama macam lambang pada buku dia."

"Aquilinae Empire." Kata Hamzah yang berada di sebelah kanannya.

"Kau kenal?"

"Kenal la juga. Deorang ni macam mata-mata polis di luar negara. Dah lama wujud. Sistem ketua secara warisan. Sekarang ni, anak ketiga yang jadi ketua."

"Papa dia dah tak ada ke? Sepatutnya anak sulung, kan?"

"King IV masuk hospital sebab diserang. Anak pertama pula dah jadi polis di Malaysia. Anak kedua, pemilik Aquilinae Cyber yang jaga keselamatan siber. Banyak diguna dalam bank luar negara. Sebab tu anak ketiga yang jadi ketua. Tapi anak pertama pernah jadi ketua sebelum dia jadi polis. Mak dia dulu ASP sebelum kahwin. Tapi tak tahu la sebab apa dia berhenti kerja. Ikut suami pergi Australia."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now