BAB 17

185 28 3
                                    

Darah meleleh keluar daripada hidung seorang lelaki kacukan Melayu-Itali. Langkahnya terhenti apabila dia terlihat darah menitis ke lantai.

"Ehhhhh?" Disentuhnya darah pada bibirnya kerana meleleh tadi.

"Aku tak tengok cerita porn pun tadi. Apa hal keluar darah pula ni?" Dia terkejut.

Cepat-cepat dia mengambil tisu dari dalam poket baju jaket kulit lalu mengelap darah pada hidung dan bibirnya. Tidak lupa juga darah di atas lantai tadi. Kemudian, dia sumbat hidung yang berdarah itu menggunakan tisu bersih. Tisu-tisu yang sudah kotor itu dibuang ke dalam tong sampah berhampiran di kawasan lapangan terbang tersebut

"Kenapa hidung aku berdarah? Aku tak tengok porn. Aku tak high. Misteri." Bicara hatinya seperti manusia yang berfikiran cetek dan hanya tahu tentang imaginasi sex.

Dia menggeleng kepala. "Biarlah."

Tiba-tiba, dia senyum dan berkata. "Malaysia. I'm coming for you."

Hal ini menyebabkan banyak mata memberi perhatian kepada dirinya yang berada di bangunan KLIA tersebut. Dia mengabaikan pandangan tersebut.

*

Sebuah helikopter peribadi mendarat di atas bumbung sebuah apartmen mewah. Atas bumbung apartmen tersebut terdapat sebuah tempat khas untuk helikopter mendarat.

Seorang lelaki keluar dari helikopter tersebut. Dia baru sahaja tiba di Malaysia dari Australia.

"Selamat datang ke Malaysia." Sambut seorang wanita yang kelihat hebat dalam perlawanan.

"Terima kasih. Bawa barang-barang saya."

"Sama-sama, Master. Ini kunci apartment." Wanita berusia 30-an itu menyerahkan segugus kunci apartmen kepada lelaki tersebut.

Kunci itu diterima. Kemudian, dia berjalan meninggalkan kawasan tersebut. Wanita itu pula menghampiri helikopter untuk mendapatkan bagasi dan beg milik lelaki itu. Walaupun dia orang wanita tetapi dia sangat kuat. Tidak seperti wanita yang lain.

*

Erzen merenung makanan di atas meja makan. Di atas penutup makanan tersebut terdapat sehelai kertas yang tertera nama 'SYAM'. Erzen mencabut kertas tersebut. Kertas itu dipusing ke belakang.

Khas untuk Erzen kesayangan. Kuih perisa cheese dan strawberry cheese. Tadi aku beli dekat kampus.

[Aron Raiz]

Dilihat kembali ke arah kuih yang dimaksudkan itu. Penutup bekas kuih itu dibuka. "Kuih apa ni? Pau?"

"Morning."

Erzen terus melihat ke arah Izwan yang baru sahaja melangkah masuk ke kawasan dapur. Izwan menguap sambil menggaru kepala.

"Morning apa? Dah petang la." Kata Erzen lalu duduk di atas sebuah kerusi bertentangan dengan kuih tersebut.

Izwan memisat-misat matanya sebelum dia melihat ke arah kuih di atas meja itu. "Bombolone? Dekat mana kau beli?"

"Bom...?"

"Bombolone. Makanan Itali. Kau beli, kau yang tak tahu?" Izwan masih berdiri bertentangan dengan Erzen.

Erzen menunjukkan kertas yang masih berada pada tangan kanannya. Nama 'SYAM' ditunjukkan kepada Izwan. "Bukan aku yang beli."

"Eh? Erzen ke?"

"Ya la. Kau buta ke? Aku lama tak datang sini. Kau dah lupa ingatan ke?" Soalnya dengan pandangan yang dingin.

Izwan tersengih-sengih. "Aku... Aku pergi mandi dulu la. Eh? Lupa ambil tuala. Err... Makan. Makan. Jangan pedulikan aku." Katanya sebelum berlari ke arah tangga bilik.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now