BAB 8

210 25 2
                                    

Kejadian yang dijangkakan oleh RaSIS telah pun berlaku. Terdapat tiga orang pembangkang dalam mesyuarat penubuhan Secret GUARD. Mereka tidak bersetuju terhadap penubuhan tersebut kerana hanya tiga orang ahli baru GUARD yang mengawal Secret GUARD. Mereka mahukan ahli-ahli vateran untuk menguruskam Secret GUARD. RaSIS pula dengan beraninya dia membangkang permintaan tersebut kerana baginya ahli vateran juga akan melakukan kesilapan yang sama kerana wang.

"Kami tak perlukan wang. Kami tak perlukan simpati. Kami tak perlukan perlindingan. Kami tak perlukan permusuhan. Sebab kami dah ada semua tu. Kami join GUARD bukan untuk wang atau misi. Kami join GUARD untuk bantu negara. Kami tak akan buat kesilapan yang sama macam ahli-ahli lain buat sebab kami ada prinsip kami sendiri." Tegas RaSIS dalam hujahnya.

"Kamu fikir kamu layak? Kamu hanya budak mentah yang tak tahu apa-apa pasal GUARD." Tengkin seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Safuan tepuk meja lalu berdiri. "Saya tahu semua tentang GUARD sejak zaman datuk saya. Saya pewaris tunggal GUARD. Kalau diikutkan warisan. GUARD ada pada tangan saya. Tapi saya tak nak sebab GUARD dah menghancurkan kebahagiaan saya masa dulu. Saya serahkan kepada Tuan Luqman untuk terajui GUARD. Saya ada hak untuk ambil GUARD semula kalau saya nak. Tuan Luqman dah setuju." Tegasnya. Dia duduk kembali di atas kerusi.

"Hmph! Budak mentah nak jadi ketua. Habis lingkup GUARD." Maki seorang lagi lelaki yang berusia 30-an.

"Budak mentah? Jangan fikir kami tak bijak. Saya dah kuasai syarikat keluarga saya. Syarikat yang sentiasa diburu sejak dulu. Saya dah berjaya bersihkan para pembelot dalam dan luar syarikat. Lebih daripada tiga tahun saya kuasai syarikat tu, tak pernah lingkup walaupun ramai pekerja dipecat. Papa saya boleh senang-lengang di luar negara untuk urusan dia." Kata Bray dengan yakin dan berasional.

"Syarikat? Kamu kuasai syarikat dalam usia muda?" Lelaki berusia 50-an mempersoalkan hal tersebut sebelum dia ketawa. "Mustahil. Kamu sengaja ada-adakan cerita, kan?"

"Ada-adakan cerita?" Kini Bray pula ketawa.

"Saya paling benci pembelot dan penipu. Saya ada prinsip saya. Saya pun tahu saya diburu sebab tak puas hati. Sebab tu saya join GUARD. Saya nak belajar untuk jaga diri sendiri walaupun saya tahu semua tu mustahil. Mustahil saya untuk membunuh musuh." Katanya lagi.

"Syarikat apa yang kamu kuasai? Mustahil untuk kamu kuasai syarikat besar." Lelaki berusia 40-an itu ketawa mengejek.

Bray senyum sebelum berkata. "Tak ada apa-apa yang mustahil kalau berusaha dan berfikiran bijak. Saya, CEO AGENDA Corp. Pengasas unit Gerakan Rahsia AGENDA Corp. Unit ni ditubuhkam selama tiga tahun untuk pantau aktiviti para pekerja. Setakat ni 99% masalah dah berjaya dibersihkan."

Masing-masing terkejut mendengarnya. Bagaikan sebuah cerita rekaan tetapi itulah kenyataan. Gerakan Rahsia AGENDA Corp merupakan unit rahsia dalam menyiasat masalah syarikat dan aktiviti para pekerja bagi mengelakkan pembelotan. Ketua unit ini ialah Hamzah. Tidak hairan jika Hamzah mampu mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat kerana bantuan ahli Gerakan Rahsia AGENDA Corp seramai lima orang. Mereka dipilih sendiri oleh Bray dan ditapis oleh RaSIS.

"Kamu. Kenapa kamu ketawa? Apa yang lucu sangat? Kalau dia ada syarikat. Kamu ada apa?" Soalan diajukan kepada RaSIS oleh lelaki berusia 30-an.

RaSIS berhenti ketawa. "Saya ada apa? Saya ada diri saya. Saya hanya seorang penulis dan pewaris syarikat novel. Tak ada apa yang menarik. Tapi musuh tetap ramai. Dalam negara. Luar negara. Tanpa sebab yang saya tahu. Jadi, saya pilih untuk join GUARD."

"Hanya ada masalah besar. Kamu akan libatkan GUARD dalam masalah kamu." Kata lelaki berusia 50-an itu.

"Masalah?" RaSIS senyum dengan pandangan yang tajam.

Aura membunuh dapat dirasai oleh mereka semua. "Saya suka cari masalah sebab saya nak selesaikan masalah. Kalau tak boleh dengan cara baik. Saya akan buat dengan cara jahat. Jangan risau. Kain kapan, van jenazah dan liang lahat disediakan. Tanah perkuburan baru akan disediakan khas atas nama GUARD. Kubur musuh dan pembelot akan ada di situ. Jangan risau. Hal duit, Mr. Brilliant boleh uruskan."

"Budak ni..." Fikir tiga orang pembangkang yang berwajah ketakutan. Mereka masih melihat wajah RaSIS.

Luqman berdiri. "Mesyuarat ditangguhkan. Semua boleh bersurai." Arahnya apabila situasi kelihatan sangat tegang. Dia juga sudah sedia maklum tentang masalah RaSIS.

Masing-masing meninggalkan bilik mesyuarat kecuali Luqman dan tiga orang ahli Secret GUARD.

Luqman menggelengkan kepalanya lalu mengeluh. "Nampaknya, SG masih belum berjaya selagi ada tiga pembangkang tu. Sebelum ni mereka bangkitkan isu fungsi dan hal-hal lain. Hari ni, isu ahli."

"Saya tak setuju untuk masukkan ahli vateran dalam SG. Saya risau kalau ada pembelotan. Kemungkinan besar untuk dia bekerjasama dengan orang lain adalah sangat tinggi. Ini soal kepercayaan." Tegas Bray terhadap pandangannya.

"Ya. Saya tahu. GUARD berada dalam keadaan kritikal. Tapi selagi SG tak terima seorang ahli vateran. Mereka tak akan setuju. SG tak boleh ditubuhkan secara rasmi." Nasihat Luqman kepada mereka.

"Kalau macam tu. Kita kena buktikan SG benar dan berguna." Cadang Safuan.

"Tutup mulut pakcik-pakcik tadi tu. Geramnya. Rasa nak korek-korek je mata deorang tu." RaSIS masih lagi panas hati terhadap para pembangkang tersebut.

"Saya ada satu cadangan. Saya benarkan kalian siasat kes GUARD yang sedia ada. Cari maklumat dan beri laporan kepada saya. Kalau kita tunggu SG ditubuhkan secara rasmi. Sampai akhir kes-kes tu tak selesai." Cadang Luqman yang memiliki fikiran yang bernas.

"Jadi, kami boleh siasat kes-kes tu tanpa perasmian SG?" Safuan mempersoalkan hal tersebut untuk mendapatkan kepastian.

"Ya. Tadi Safuan sendiri cakap. Kita kena buktikan SG benar dan berguna. Hanya kes-kes yang mampu diselesaikan oleh SG yang boleh tunjukkan kebenaran dan membuatkan SG berguna. Kemungkinan mereka bertiga akan setuju untuk meeting seterusnya nanti."

Mereka bertiga tersenyum gembira selepas mendengar kata-kata ketua atau Master GUARD itu. Bagaikan sebuah harapan berada di hadapan mata mereka. Mereka hanya perlu bertindak untuk mencapai kejayaan daripada harapan tersebut.

"Terima kasih." Ucap mereka hampir serentak.

*

Rashdan melihat ke arah penyewa baru yang berjalan ke arah kawasan dapur. Penyewa itu baru sahaja sampai di rumah itu tiga jam yang lalu.

"Abang Rafi nak makan ke? Barang masak ada dalam peti. Masa je la apa-apa sebab Syam kata barang dapur dia belikan semua. Minyak masak dah habis. Nanti Syam belikan." Beritahu Rashdan yang berada di ruang tamu bersama-sama dengan telefon pintar miliknya.

Rafi berhenti di hadapan pintu kawasan dapur. "Okay. Agak-agak Syam balik pukul berapa?"

"Tak tahu." Jawabnya.

"Tak apalah."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now