BAB 12

182 26 7
                                    

Rashdan kembali ke rumah dengan perasaan sangat kecewa kerana dirinya tidak diterima untuk bekerja dalam syarikat AGENDA Corp. Hal ini berlaku kerana AGENDA Corp tidak menerima pekerja yang berkelulusan SPM tanpa subjek geografi, prinsip perakunan, reka bentuk, ekonomi dan lukisan kejuruteraan. Jika Rashdan memiliki salah satu daripada subjek-subjek tersebut, dia mungkin akan diterima untuk bekerja dalam AGENDA Corp.

Rashdan menghempaskan dirinya di atas sofa ruang tamu. Dirinya terasa malas untuk berjalan lebih lama lagi. Tambahan pula, kakinya sudah berasa lenguh kerana terlalu lama duduk di dalam kereta akibat kesesakan jalan raya.

Bray duduk di atas sofa bertentangan dengan Rashdan selepas dia meletakkan secawan kopi di atas meja ruang tamu. Kemudian, alat kawalan televisyen dicapai lalu ditekan olehnya. Televisyen memaparkan siaran TV3.

Rashdan mengiring ke arah Bray. Dia melihat ke arah Bray dengan perasaan hairan. "Eh?"

Bray melihat ke arah Rashdan sambil mencapai secawan kopi. Air kopi suam diteguk olehnya.

"Macam mana boleh masuk dalam rumah ni? Semua orang belum balik lagi. Saya seorang je yang balik."

Cawan kopi diletakkan di atas meja. "Aku ada kunci rumah. Syam suruh datang. Sebab tu aku datang. Tapi dia pula yang belum balik lagi. Risau pula kalau apa-apa jadi di luar tu. Call tadi, tak angkat pun."

"Oh."

"Kau dari mana? Cari kerja ke?" Tekanya kerana melihat Rashdan yang memakai kemeja berwarna biru laut, bertali leher berwarna hitam dan berseluar slet hitam.

"Ya. Susah cari kerja sekarang ni. Interview tadi pun lama sangat. Sampai petang. Syarikat besar. Biasalah kalau ramai orang datang. Saya datang pukul 10 pagi tadi pun dah dapat nomborn 78. Kalau saya datang petang. Rasanya, esok sambung interview." Jelasnya lalu duduk di atas sofa menghadap ke arah Bray.

"Syarikat besar? Syarikat mana?" Soalnya sebelum meneguk minumannya.

"AGENDA Corp."

Bray tersedak. Cawan segera diletakkan di atas meja. Tisu dicapai dari kotak tisu yang berada di atas meja tersebut. Mulutnya dilap sambil terbatuk-batuk.

Rashdan pula kelihatan cemas apabila melihat Bray tersedak. "Abang Bray, okay ke?"

"Aku okay."

"Mungkin saya tak patut sebut nama syarikat tu sebab terlalu gah."

Bray ketawa. "Tak apa. Rasanya, aku tersedak sebab ada orang mengumpat aku."

"Eh?"

"Abaikan."

Rashdan baring di atas sofa. "Tapi saya tak dapat kerja di situ hanya sebab saya ni pelajar lepasan SPM tanpa subjek geografi, prinsip perakunan, reka bentuk, ekonomi dan lukisan kejuruteraan. Sekolah saya tak tawarkan subjek-subjek tu untuk pelajar sains tulen."

"SPM kau dapat berapa?"

"8A+ dan 2B+"

"Subjek apa kau ambil?"

"BM, BI, Matematik, AddMath, Sejarah, Pendidikan Islam, ICT, Biologi, Fizik dan Kimia. B+ tu untuk AddMath dan Fizik." Jawabnya dengan jujur.

"Wow. Pelajar terbaik. Kau tak teringin sambung belajar ke? Tak dapat apa-apa bantuan ke?"

"Teringin juga tapi family saya orang susah. Ibu saya bekas cikgu sekolah. Sekarang dah pencen. Kerja jual kuih di kedai makan je. Ayah saya pula hilang entah ke mana. Dah lama hilang. Masa saya umur 12 tahun."

"Ayah kau kerja apa?"

"Ayah saya kerja... Rahsia..."

"Rahsia?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now