BAB 32

175 27 4
                                    

Izwan berasa hairan melihat banyak kenderaan di hadapan rumah sewa yang menjadi tempat tinggalnya. Dia membuka pintu pagar dan masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu pagar kembali ditutup dan dikunci seperti asal. Kasut-kasut yang bersepah di hadapan pintu rumah dilihatnya sebelum dia membuka pintu rumah dan masuk ke dalam rumah.

"Kenapa ramai sangat orang datang rumah? Ada orang meninggal ke?" Soalnya kepada diri sendiri.

Masing-masing melihat ke arah Izwan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah tersebut. Izwan menutup pintu rumah perlahan-lahan sambil melihat sekumpulan manusia di ruang tamu. Masing-masing berwajah serius.

"Eh? Tadi kau cakap balik lambat. Awalnya balik. Baru pukul 10:00 malam." Tegur RaSIS  yang berada di atas sofa.

"Habis kerja awal. Err... Aku naik atas dulu. Sila sambung meeting korang." Izwan segera naik ke biliknya selepas berkata sedemikian.

Di ruang tamu tersebut dipenuhi oleh ahli pasukan Secret GUARD, semua ahli pasukan Safuan, Rashdan, Aryan, Ryzan, Inspektor Arman dan Redzuan. Mereka sedang berbincang tentang strategi penangkapan Fortino. Bray juga mendapat maklumat bahawa Fortino bekerja dengan Adli Fazli, pemilik syarikat permainan video.

Izwan merebahkan dirinya di atas katil. Dia sedang berfikir sama ada dia patut mandi atau tidak. Jika dia mahu mandi. Dia perlu lalui kawasan ruang tamu untuk ke bilik mandi yang terletak di kawasan dapur. Jika dia tidak mandi. Tubuhnya berasa gatal kerana peluh.

Izwan duduk di atas katil. "Aku kena mandi juga."

*

Perbincangan diteruskan tanpa memperdulikan sesiapa yang melalui kawasan ruang tamu tersebut. Rashdan pula sudah terlena berlapikkan bahu kiri Ryzan. Walaupun dia tiada kaitan dalam hal tersebut. Dia tetap mahu mendengar perbincangan mereka itu kerana perasaan ingin tahu.

Tiba-tiba, Rashdan tersedar dari lena. Dia tercungap-cungap dan memegang dahinya. Masing-masing memberi tumpuan kepada Rashdan.

"Rash. Kenapa?" Soal Ryzan yang kelihatan cemas.

"Saya kena tembak dekat dahi." Jawabnya.

Bray segera melihat ke arah jam dinding. "12:00 tengah malam."

"Siapa yang kena tembak?" Soal RaSIS kenapa Rashdan.

"Tak tahu. Tak ada cemin nak tengok muka." Jawabnya.

Telefon Ryzan berdering. Dia segera mencapai telefon pintar di atas meja dan menjawab panggilan tersebut. "Hello?"

"Master Ryzan. Jonney... Jonney dibunuh. Ada sniper di kawasan pemantauan. Saya tak sempat buat apa-apa. Maafkan saya. Sekarang, saya dalam perjalanan keluar kawasan." Suaranya serak kerana menangis. Rakan seperjuangan tiba-tiba sahaja ditembak di dalam keretanya.

Hati Ryzan panas kerana dia telah kehilangan seorang rakan. Tetapi dia cuba bersabar. "Hati-hati. Jangan sampai terkorban."

"Okay, master."

Panggilan ditamatkan.

Ryzan melihat ke arah Rashdan. "Macam mana cara dia ditembak?"

"Peluru datang dari arah depan. Mangsa ada dalam kereta. Sedang berbual dengan kawan. Masa tu kereta sedang bergerak. Mungkin sniper." Jelasnya kepada Ryzan.

Ryzan mengetuk meja yang berasa di hadapannya. "Tak guna. Ni mesti kerja Harris."

"Ryzan. Kenapa?" Tanya Inspektor Arman kepada adiknya.

"Tadi Aqil call. Jonney dah dibunuh oleh sniper. Situasi sama macam Rash beritahu. Siapa sniper tu? Kalau aku jumpa dia... Aku bunuh dia." Dia sangat geram terhadap perbuatan penembak tepat yang telah membunuh rakannya itu.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now