BAB 24

205 25 32
                                    

Inspektor Arman sedang menyelesaikan tulisan kod Raven dalam surat yang diterimanya pada pagi tadi. Dia sedang berusaha untuk mengumpul huruf dan padankan dengan tulisan Roman biasa. Ada beberapa perkataan dapat difahami olehnya tetapi ayat tidak lengkap jika dia tidak dapat membaca perkataan yang lain.

 Ada beberapa perkataan dapat difahami olehnya tetapi ayat tidak lengkap jika dia tidak dapat membaca perkataan yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian, matanya melihat pula ke arah sampul surat yang berada di atas meja tersebut. Mindanya masih ligat berfikir tentang perkaitan antara surat BLACK BOOK dan logo Aquilinae Empire. Tambahan pula, itu ialah logo rasmi yang hanya diguna oleh keluarganya. Logo Aquilinae Empire yang biasa tiada mahkota di atas bulatan tersebut. Dia sendiri juga tidak tahu makna lukisan di dalam bulatan tersebut.

"Siapa yang guna logo ni selain Ryzan, Hanan, abah, ibu dan saudara-mara yang lain? Aku tak tahu pula kalau aku ada saudara-mara yang lain di Malaysia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa yang guna logo ni selain Ryzan, Hanan, abah, ibu dan saudara-mara yang lain? Aku tak tahu pula kalau aku ada saudara-mara yang lain di Malaysia ni."

Matanya memberi tumpukan kepada satu baris ayat ini. "Kepada : Arman Husain. Eh? kejap. Atas tu , Daripada : Red. Merah? Yang tulisan alien bawah tu... Nombor? Ni aku nampak dalam susunan nombor yang ada dalam dokumen tu. Nombor telefon ke? Okay. Aku try save nombor dia. 014-9020344. Nama dia Red. Aku malas layan surat ni. Call dia terus je la nanti."

Surat tersebut disimpan kembali ke dalam sampul surat selepas dia selesai menyimpan nombor tersebut di dalam telefon pintar miliknya. Selepas itu, dia menelefon orang tersebut.

"Hello?"

"Hello. Ni Red ke?"

Dia berdehem sebelum menjawab soalan tersebut. "Ya, saya."

"Saya ada benda nak bincang. Boleh kita jumpa?" Kata Inspektor Arman dengan seriusnya.

"Jumpa? Boleh. Dua hari selepas hari ni. Pukul 9:00 malam di... Tempat nanti saya fikir. Saya akan mesej alamat tempat tu nanti."

"Saya ada satu soalan."

"Soalan apa?"

"Kenapa kamu guna nama fail BLACK BOOK pada surat tu?"

"Fail BLACK BOOK? BLACK BOOK tu nama pasukan pengintip la. Macam mana boleh jadi fail BLACK BOOK?"

"Macam mana pula dengan tulisan alien yang kau guna tu?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now