BAB 6

214 20 0
                                    

Tepat jam 10:30 pagi, waktu rehat untuk para pelajar orentasi kini bermula. Syam berjalan sendirian ke arah kafe untuk membeli makanan. Hal ini demikian kerana Bray tidak hadir untuk sesi orentasi pada pagi ini. Dia sibuk menguruskan masalah AGENDA Corp.

"Syam. Sini." Panggil Majid ketika dia melihat Syam sedang mencari tempat duduk selepas Syam selesai membeli makanan dan minuman.

Syam berjalan ke arah Majid dan Azli yang berada di sebuah meja makan. Dia duduk di sebelah kanan Azli. Azli senyum janggal. Hatinya masih lagi berasa takut terhadap Syam.

Syam melihat ke arah Azli. "Abang Azli sihat ke? Tadi tak nampak pun Abang Azli dalam dewan. Abang Hijaz kata Abang Azli demam."

"Ya. Ni turun makan je. Nanti masuk bilik." Jawabnya dengan senyuman janggal.

"Jangan lupa makan ubat. Semoga cepat sembuh." Ujarnya sebelum meneguk milo suam kegemarannya.

"Bray tak datang?" Soal Majid kepada Syam.

"Tak. Dia sibuk." Jawab Syam.

"Patutlah tak nampak dia dalam dewan tadi. Lagi pun, hari ni kita pecah kumpulan ikut fakulti." Kata Majid.

"Bray sibuk? Sibuk apa?" Soal Azli kepada Syam pula.

"Sibuk uruskan syarikat keluarga dia. Papa dia ada di Rusia sekarang ni. Jadi, dia kena uruskan syarikat di Malaysia ni. Katanya, pekerja dia buat masalah. Jadi... Kena pecatlah kot. Bray tu jenis yang tegas dan sesuai jadi ketua. Dia banyak lepaskan kemarahannya dalam syarikat. Setakat yang saya kenal dia dari zaman sekolah rendah sampai sekarang. Saya tak pernah tengok dia marah kecuali di pejabat. Masalah pekerja-pekerja."

"Muda-muda lagi dah uruskan syarikat. Apa kedudukan dia dalam syarikat? Syarikat mana tu?" Azli mula rasa berminat untuk mengorek maklumat tentang Bray.

"Dia CEO syarikat kontraktor. Nama syarikat..." Syam senyum sebelum berbicara. "Rahsia."

"Syarikat Rahsia?" Soal Azli dengan wajah berkerut kehairanan.

"AGENDA Corp." Kata Majid.

"Oh. Kau tahu?" Soal Syam sebelum dia sempat menyuap mee goreng ke dalam mulutnya selepas mencapai garfu di dalam pinggan.

"Aku terdengar dia membebel malam tadi." Jelas Majid.

Azli pula kelihatan tergamam akibat terkejut mendengar nama syarikat terkenal itu. "Itu... Itu syarikat top five dalam bidang kontraktor. Dengar cerita, ramai orang kena rejek kalau tak memenuhi syarat syarikat. Ramai pekerja yang dipecat beberapa tahun kebelakangan ni. Tahun lepas, pelajar senior yang terlibat dalam latihan industri dipecat dan hentikan latihan industri. Orang kata, peraturan dalam syarikat tu jadi ketat lepas anak pemilik syarikat tu ambil alih syarikat. Dia buat sesuka hati. Tapi syarikat tu semakin maju dan projek berjalan lancar."

"Bray tak akan buat sesuka hati. Tugas dia ialah menjaga nama baik AGENDA Corp sebagai pewaris tunggal. Pekerja-pekerja yang dipecat tu ada kaitan dengan pembelotan. AGENDA Corp ada ramai musuh. Tak hairan kalau ada orang yang nak bunuh Bray dan family dia. Pelajar yang kena pecat tu pula ialah punca masalah syarikat. Dia rela jadi spy untuk wang. Bray tak akan lepaskan orang yang tak ada disiplin. Bray, King of AGENDA Corp. Sebab tu musuh AGENDA Corp nak sangat bunuh dia. Kalau dia mati. AGENDA Corp boleh disumbat pembelot dan spy banyak-banyak macam dulu." Jelas Syam yang banyak mengetahui masalah dalaman AGENDA Corp.

"Macam mana kau tahu?" Soal Majid pula.

"Aku best friend dia. Pejabat dia dah jadi salah satu tempat lepak aku." Ringkas sahaja jawapannya.

*

Pintu bilik mesyuarat dihempas oleh seorang pekerja selepas dirinya dipecat di hadapan kontraktor-kontraktor yang lain. Dia juga berasa malu apabila segala masalah syarikat berpunca daripada dirinya termasuk pengambilan pendatang asing tanpa izin sebagai buruh.

"Saya tak halang kalau nak ambil orang asing bekerja tapi dengan syarat. Bukan pendatang asing tanpa izin. Kalau saya dapat tahu. Saya akan pecat. Lepas tu? Hantar mereka balik ke negara asal. Saya tak nak kalian malukan syarikat AGENDA Corp. Kalau pihak berkuasa buat pemeriksaan. AGENDA Corp yang dapat malu." Tegas Bray kepada para kontraktor selepas seorang pekerja dipecat olehnya.

"Ada apa-apa bantahan?" Soalnya kepada mereka.

Seorang pekerja lelaki mengangkat tangan sebelum mengajukan soalan. "Kalau buruh tu pendatang asing tanpa izin. Tapi majikan tolong buatkan dokumen yang sah. Macam mana?"

Bray memberi perhatian kepada si penyoal itu. "Jangan buat dokumen palsu. Saya tahu apa yang kamu fikirkan."

Dia tidak berani bertentang mata dengan Bray selepas soalannya dibalas dengan amaran. "Ya. Saya tak buat. Saya cuma tanya. Sebab saya terdengar beberapa orang kontraktor dari syarikat lain telah buat macam tu."

Bray menepuk meja lalu berdiri. "Itu masalah mereka. AGENDA Corp tak akan ikut langkah mereka. Bersurai."

*

Seorang lelaki duduk sendirian di sebelah kanan kubur sahabatnya. Dia baru sahaja selesai membaca Yassin untuk arwah sahabatnya itu.

Batu nisan putih pada bahagian kepala dipegangnya lalu berbicara. "Aku dah berhenti kerja. Aku akan ke Kuala Lumpur lusa. Maafkan aku sebab tak dapat lindungi kau sebelum ini. Tapi aku janji. Aku akan balas dendam kepada pembunuh tu."

Tangannya dialihkan dari batu nisan sebelum dia berdiri. "Aku minta diri dulu. Kalau aku balik lagi, aku datang sini jumpa kau. Aku tak akan lupakan kau. Tiada sesiapa yang boleh gantikan tempat kau dalam hidup aku." Katanya sebelum dia berlalu pergi dari situ.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now