BAB 1

313 31 2
                                    

Syam Syahrul Azmi memberi tumpuan sepenuhnya kepada sebuah cerpen yang dibaca melalui aplikasi Wattpad. Dia sangat suka penulisan BLACK_BOOK kerana terasa seperti kejadian tersebut benar-benar berlaku tatkala para pembaca membaca cerita itu. Tambahan pula, penceritan yang sangat mendalam seperti waktu, tarikh, jenama jam, pakaian, jenis senjata, jenis kenderaan, nombor plat kereta, situasi dan cara pembunuhan.

BLACK_BOOK hanya menulis cerpen yang dimampatkan dalam 'DREAM CASES' dengan statusnya sebagai penulis baru. BLACK_BOOK telah terlibat dalam dunia Wattpad selama dua tahun lebih. Pengikutnya juga tidak ramai, hanya 25 orang sahaja. Dia juga mengikuti pengguna Wattpad seramai 10 orang. Tidak banyak cerita yang disimpan di dalam 'library'. Semua genre cerita yang dipilihnya berkaitan dengan seram dan thriller. Tiada genre lain selain dua genre itu.

"23 April 2017 - 12:20 malam. Ni kes pembunuhan berlaku. Waktu dia tulis pula... 12:20 tengah hari. Dia biasa tulis diari waktu tengah hari. Wait wait wait... Aku baru perasan. Semua time cerita dia tulis dan time kejadian berlaku... 12 jam. Dia saja tunggu atau dia terus hadap laptop lepas buka mata? Nak tanya atau tak? Dia balas chat aku, kira bersyukurlah. Sebab komen readers sebelum ni pun dia tak balas." Kata Syam yang bersandar pada kerusi. Dia berada di dalam bilik sahabatnya.

Syam terus menulis sesuatu dalam ruangan perbualan Wattpad antara dia dan BLACK_BOOK. "Hai. Saya ada soalan. Ini tentang waktu. Adakah awak sengaja tulis sama waktu atau memang awak tulis lepas bangun tidur?"

Syam menantikan jawapan tersebut. Namun, hanya seketika sebelum dia berasa putus asa. "Mustahil dia jawab segera." Telefon diletakkan di atas meja bertentangan dengannya.

Pintu bilik dibuka oleh pemilik bilik tersebut. Dia masuk ke dalam biliknya bersama-sama dengan dua cawan milo suam. Secawan milo suam diletakkan di atas meja bertentangan dengan Syam selepas pintu bilik ditutup.

"Kenapa muka kau macam orang baru lepas putus cinta je? Gaduh dengan Enes ke?" Soal Bray sambil duduk di atas katil. Cawan diletakkan di atas meja bersebelahan dengn katil tersebut.

"Tak ada la. Aku tengah tunggu someone balas chat aku dalam Wattpad." Cawan dicapai lalu air milo suam ditiup.

"Layan Wattpad. Tugasan editing novel writer kau dah siap ke?" Bray membuka komputer riba yang berada di atas katil.

"Belum. Rest kejap. Nanti sambung." Jawabnya selepas meneguk milo suam.

"Malam ni kau tidur sini ke?" Bray bertanya lalu menekan butang kuasa pada komputer riba.

"Tak. Aku nak tidur puas-puas di rumah. Eh? Ah! Manuskrip aku. Tinggal nak edit sikit je lagi sebelum send kepada editor aku. Tak boleh tidur puas-puas la ni." Kepalanya dihantuk perlahan di atas meja.

"Cerita baru?"

"Cerpen je. Papa buat koleksi cerpen. Mean, semua cerpen daripada ramai penulis disumbat dalam satu buku. Keluaran bulanan. Sebulan sekali. Setiap bulan ada tema." Jawabnya lalu bersandar kembali pada kerusi.

"La, aku dah ketinggalan la ni? Kau tak letak dalam Wattpad ke?"

"Tak. Cerpen terus send dekat syarikat. Aku hanya guna Wattpad untuk beritahu pasal aku join A'M CERPEN keluaran bulanan. Yang mingguan pun ada. Tapi aku tak mampu."

"Nanti aku beli. Aku nak semua. Dari permulaan A'M CERPEN wujud." Ujarnya dengan bersemangat.

Syam terketawa. "Okay, bro. Suka sangat kau, ya."

Bray tersengih-sengih. "Cerita kau best."

*

"Hai. Saya ada soalan. Ini tentang waktu. Adakah awak sengaja tulis sama waktu atau memang awak tulis lepas bangun tidur?"

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now