BAB 7

205 28 0
                                    

Hari orentasi telah pun tamat. Syam kembali tinggal di rumahnya. Majid juga tinggal di rumah Syam sebagai penyewa. Dia tidak tinggal di asrama kerana dia mahukan kebebasan dan bekerja sambilan. Dia juga kelihatan seperti seseorang yang mampu tinggal di luar kampus kerana memiliki kereta yang agak mahal.

Loceng pagar ditekan oleh seseorang. Izwan bergegas berlari ke arah pintu rumah bersama-sama dengan senduk kuali pada tangan kirinya. Pintu rumah dibuka. Selipar dipakai dan terus menuju ke arah pintu pagar.

"Assalammualaikum? Ini rumah Syam Syahrul Azmi ke?" Soal lelaki yang tidak dikenali itu.

"Ya."

"Saya, Rashdan. Penyewa baru."

Pintu pagar dibuka. "Oh. Okay okay. Silalah masuk. Panggil Izwan je..."

"Izwan! Kau masak apa sampai bau satu rumah ni?" Jerit Syam yang berada di tingkap bilik rahsia, tingkat tiga.

Izwan dan Rashdan melihat ke arah Syam. Kemudian, Izwan berlari masuk ke dalam rumah selepas mindanya berjaya memproses kata-kata Syam tadi.

Tingap bilik ditutup. Syam berjalan kembali ke arah sebuah meja. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Di hadapannya ini terdapat dua orang sahabatnya. Masing-masing berwajah serius.

"Esok kita ada perbentangan. Secret GUARD perlu ditubuhka secepat mungkin. GUARD berhadapan dengan banyak krisi." Kata Bray sambil menyilangkan kedua-dua lengannya pada dada.

Safuan menongkat dagu di atas meja menggunakan tangan kanan. "Kes terbaru, seorang ahli GUARD dibunuh oleh rakan sendiri dalam bangunan GUARD. Lokasinya ialah tandas."

"Sebelum ni, seorang ahli GUARD dibunuh oleh kawan dari kumpulan lain juga. Kes pembunuhan di tapak latihan. Status, tak sengaja. Tapi macam tak logik. Dia pegang pistol terbalik ke?" Kritik Syam yang kini ialah RaSIS.

Bray berdiri. "Kita tak boleh biarkan masalah ni lama-lama. Nanti nama baik GUARD akan musnah. Silap-silap, GUARD terpaksa dibubarkan sebab banyak kes pembunuhan dalam ahli GUARD sendiri. Pihak berkuasa tak akan berdiam diri. GUARD boleh dikira sebagai pengganas kalau berterusan macam ni. Padahal berlawan sesama sendiri."

Safuan mengetuk meja dengan wajah yang sangat marah. "GUARD milik keluarga aku. Aku tak akan benarkan sesiapa rosakkan nama GUARD. SG patut ditubuhkan secepat mungkin."

"Kalau ada bantahan? Jangan lupa. Kemungkinan kita ada musuh dalam GUARD adalag sangat tinggi." Kata RaSIS yang melihat masa depan Secret GUARD kerana tidak mungkin semua orang akan bersetuju terhadap Secret GUARD. Hal ini demikian kerana Secret GUARD hanya diterajui oleh mereka bertiga.

"Musuh?" Safuan senyum lalu meletup-letupkan sendi jari-jemarinya. "Aku akan seksa dia sampai dia setuju."

Bray terketawa. "Okay okay. Jangan bunuh deorang pula. Nanti kau kena tangkap."

RaSIS senyum sinis. "Hal bunuh. Bagi aku. Nanti aku sediakan kain kapan. Bray sediakan van jenazah. Kau pula, gali kubur."

Masing-masing ketawa selepas RaSIS berbicara sedemikian.

Izwan dan Rashdan terkejut mendengar mereka bertiga ketawa di dalam bilik rahsia. Bilik itu terletak bertentangan dengan bilik Rashdan.

Tidak lama selepas itu, pintu bilik rahsia dibuka oleh seseorang. Mereka berdua melihat ke arah orang tersebut.

"Oh, dah sampai." RaSIS berjalan menghampiri Rashdan. Dia berlakon sebagai Syam dengan senyuman mesra.

Salam dihulurkan kepada RaSIS. "Terima kasih sebab benarkan saya menyewa di sini." Kata Rashdan.

RaSIS menyambut salaman tersebut. "Sama-sama. Yang pasti, duit sewa kena bayar tepat pada tarikhnya. Setiap 1 hari bulan. Hal barang dapur, saya sediakan."

"Okay."

Pandangan RaSIS beralih kepada penyewa pertama di dalam rumah tersebut. "Izwan. Kau masak apa sampai berbau satu rumah?"

"Errr... Goreng ayam." Jawabnya.

"Haih. Bray. Kau pergilah masak. Aku tak nak makan ayam goreng rentung." Arah RaSIS kepada Bray.

Bray pula segera mengalihkan pandangannya dari skrin telefon pintar. Permainan video secara atas talian terpaksa dihentikan sebelum dia mula masuk ke dalam medan pertempuran. "Okay." Katanya lalu keluar dari bilik tersebut.

"Esok petang ada lagi seorang akan masuk. Nama dia, Rafi. Bilik dia depan bilik aku." Beritahu RaSIS kepada Izwan.

"Petang esok aku tak ada." Kata Izwan.

"Saya ada. Saya tak pergi mana-mana. Lusa saya mula cari kerja." Kata Rashdan pula.

RaSIS menepuk bahu kanan Rashdan. "Bagus. Nanti aku belikan kau KFC."

"Eh? Tak apalah." Rashdan berasa segan terhadap pemberian upah kepadanya.

"Tak apa. Bukan selalu." Kata RaSIS.

*

Rashdan baring di atas katil selepas selesai makan malam bersama-sama dengan rakan-rakan baru di dalam rumah sewa tersebut.

"Syam Syahrul Azmi. Kenapa aku rasa macam pernah dengar nama tu? Dekat mana?" Fikirnya.

Telefon pintar berjenama Samsung Galaxy A10 dicapai dari dalam poket seluar jeans pada sisi kanan. Butang kuasa ditekan. Skrin kekunci diseret ke tepi. Ikon Wattpad ditekan. Kemudian, dia menekan perbualan dalam Wattpad tersebut. Nama pengguna Wattpad SyamSyahrul_Azmi dilihat olehnya.

Dia ketawa kecil sebelum bersuara. "Oh. Dia ni. Kecilnya dunia."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now