BAB 13

177 28 0
                                    

Rashdan menghadap tiga orang ahli Secret GUARD yang berada di hadapannya dan di sebelah kanannya. Mereka bertiga baru sahaja selesai mendengar penjelasan Rashdan yang kedengaran agak tidak logik dan fantasi. Namun, Syam dapat menerimanya dengan fikiran yang terbuka.

"Patutlah tiap kali baca cerita tu, rasa macam real." Kata Syam yang merupakan peminat setia BLACK_BOOK.

"Tapi mimpi jadi realiti. Macam tak logik." Kata Safuan yang masih tidak mampu menghadam penjelasan Rashdan tadi.

"Memang. Awalnya, aku pun rasa macam tu. Tapi lepas aku dengar kes Sufian bunuh diri tu. Aku rasa itu bukan fantasi atau rekaan." Sokong Bray terhadap penjelasan Rashdan.

"Sufian? Oh. Pekerja yang kau dah pecat sebelum ni. Dia mati sebab bunuh diri. Macam tak ada tempat lain nak bunuh diri. Bangunan syarikat kau juga dia pilih." Kata Safuan yang tidak berpuas hati terhadap perbuatan Sufian.

"Cop cop cop... AGENDA Corp tu syarikat Abang Bray ke?" Rashdan mencelah.

"Ya." Jawab Syam yang kelihatan terpinga-pinga.

Rashdan melihat ke arah Bray. "Ni mimpi, kan?" Soalnya kepada diri sendiri.

"Kalau nak tahu, Bray ni CEO AGENDA Corp." Tambah Safuan lagi dengan perasaan bangga kerana memiliki sahabat yang bekerjaya besar.

"Ehhhhhhh?" Rashdan terkejut besar.

Bray tepuk dahi. "Kenapalah Safuan ni jujur sangat. Aku sengaja nak simpan identiti aku sampai aku beri dia surat terima kerja." Monolognya.

"Ya. Aku, CEO AGENDA Corp. Orang yang terpaksa bangun pagi buta untuk hadap Inspektor Arman di balai. Orangnya uruskan jenazah Sufian walaupun dia tu dah buat masalah besar. Tak sampai hatilah tengok ibu tunggal macam ibu Sufian tu. Dia tak patut buat ibu dia macam tu. Sedih tahu tak? Sedih. Aku rasa nak menangis. Nasib baik tu bukan ibu aku. Kalau ibu aku... Aku dah peluk dan menangis depan dia."

Syam mengosok belakang sahabatnya itu. "Sabar, Bray. Sabar. Aku tahu kau rindu mama kau."

Bray menangis lalu memeluk Syam yang berada di sebelah kirinya. "Kenapa papa tinggal mama dekat Rusia? Kenapa mama perlu ada urusan di sana seorang diri? Aku risau. Papa tak patut buat macam tu. Esok pula papa nak pergi sana semula. Kenapa? Kenapa aku je kena tinggal seorang diri lagi?"

"Aku ada." Sampuk Safuan yang merupakan rakan serumah Bray.

"Ish, kau ni. Dia tengah sentimental. Kau boleh buat lawak pula." Tegah Syam kepada Safuan.

"CEO AGENDA Corp menangis depan mata aku." Monolog Rashdan.

Kepala Syam tiba-tiba sahaja terasa sakit. Dia melabuhkan tapak tangan kanannya pada sisi kanan kepalanya. "Err... Aku rasa aku kena masuk tidur awal la. Tiba-tiba migrine." Ujarnya sambil menahan rasa sakit tersebut.

Bray segera melepaskan Syam. Dia mengelap air matanya menggunakan lengannya. "Sini aku hantar kau pergi bilik."

*

"Aku rasa tak sedap hati."

Bray melihat ke arah RaSIS yang duduk di atas katil. "Kenapa? Kau ada rasa musuh berdekatan ke?"

"Tak. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati." Jawabnya.

"Kau stress sangat kot."

"Entah."

"Oh, ya. Aku baru ingat. Aku dah jumpa BLACK_BOOK. Rashdan. Misi kita, lindungi dia." Beritahu Bray kepada RaSIS.

"Okay." Jawabnya dengan nada mendatar. Dia baring dan tarik selimut.

Bray bangun dari buaian berbentuk bulat lalu berjalan ke arah katil. "RaSIS. Kau okay tak ni? Tak semangat je."

"Aku rasa tak sedap hati. Tapi aku tak tahu sebab. Aku jadi risau. Aku rasa aku perlu rehat."

"Dah tu. Kenapa kau datang sini?"

"Sebab aku rasa tak sedap hati." Hanya itu jawapannya.

"Kau rehatlah. Tugas kau. Jaga Rashdan dalam rumah ni. Aku jaga dia di syarikat. Pasukan Safuan akan jaga dia di luar."

"Okay. Kau, jaga diri. Dah malam. Tidur sini je la. Esok cuti." Katanya sambil pejamkan matanya.

"Ya. Aku dah siap bawa pakaian. Memang aku nak tidur sini pun. Duduk rumah sendiri pun asyik hadap muka Safuan je."

RaSIS ketawa lalu mencapai seekor patung beruang putih yang beriben kuning. Patung beruang itu dicampak kepada Bray. Bray berjaya menyambutnya.

"Pergi tidur dengan kawan Aron tu. Tak bosan."

Bray ketawa. "Nanti melalak pula Aron tu. Kawan dia kena culik."

"Ala. Ramai lagi kawan dia dalam bilik ni."

"Tak apalah. Aku tak nak peluk beruang..."

"Peluk Safuan je la." RaSIS menyakat lalu ketawa.

"Wei. Agak-agaklah. Aku, lelaki. Dia tu lelaki juga. Tak apalah. Aku pinjam kawan Aron je la." Bray melenting.

RaSIS pula ketawa sekuat hatinya. "Jangan jadi kunyit, bro." Sakatnya lagi sebelum berkelumbung dalam selimut.

Bray berjalan ke arah buaian tadi sambil menahan perasaan geram terhadap gurauan RaSIS. Patung beruang tersebut diletakkan di dalam buaian tersebut sebelum dia keluar dari bilik Syam.

Bray terkejut tatkala dia melihat Safuan berdiri di hadapan pintu bilik Syam. "Ish, kau ni. Safuan! Buat terkejutkan aku je. Apa hal kau tercegat dekat sini?"

"Aku risau RaSIS belasah kau." Jawabnya.

"Tak ada sebab dia nak belasah aku." Pintu bilik ditutup.

"Bray. Jom teman aku tengok movie seram. Malam ni tayang pukul 12:00 tengah malam."

"Pergilah tengok seorang. Aku nak tidur. Esok aku ada kerja nak buat. Ajak Izwan tu. Dia peminat cerita seram." Katanya sebelum menapak naik anak tangga menuju ke tingkat tiga, bilik rahsia.

"Ala~ Kejap je. Kau tidurlah atas sofa tu. Aku tengok seorang. Please~" Tangan kanan Bray ditarik oleh Safuan.

"Kau ni, kan. Kalau kau yang tidur. Siap kau." Bray memberi amaran tegas kepada Safuan.

"Okay. Aku tak tidur." Katanya dengan yakin.

*

Safuan sudah berdengkur di atas sofa selepas 30 minit tayangan filem seram pada televisyen. Kini, hanya Bray yang melihat filem seram itu sendirian.

Bray menolak kepala Safuan yang tiba-tiba sahaja terlentok ke arahnya. "Aku dah agak. Dia yang tidur. Aku yang segar-bugar tengok cerita ni."

"Tengok TV dalam gelap. Tak sakit mata ke?" Tegur seseorang dari belakang.

"Safuan ni. Dia yang tutup semua lampu ruang tamu." Jawab Bray yang sangat mengenali suara tersebut.

"Kau tak tidur lagi? Ada mimpi ngeri lagi ke?"

"Nak pergi tandas." Jawab Rashdan sambil berjalan ke arah kawasan dapur. Di sebelah kanan kawasan dapur tersebut terletaknya tandas dan bilik mandi.

"Nenek. Hari ni nak makan rendang ayam."

Bray memandang ke arah Safuan yang mengigau sambil bercakap. "Haih."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now