BAB 10

192 26 0
                                    

Bray berada di balai polis untuk membuat keterangan beserta dokumen-dokumen penting berkaitan hal peribadi dan kes bekas pekerjanya itu. Ahli keluarga bekas pekerja juga telah dihubungi untuk memberitahu kes bunuh diri tersebut.

"Encik tak patut pecat dia. Majikan jenis apa encik ni? Pecat pekerja sesuka hati." Tengking seorang wanita berusia 50-an, ibu kepada bekas pekerja itu.

Bray cuba bersabar tatkala berhadapan dengan orang yang lebih dewasa berbanding dirinya. "Saya minta maaf tapi anak puan telah memalukan nama syarikat. Arwah telah guna pekerja-pekerja asing tanpa izin sebagai buruh. Sebelum ini saya dah beri peringatan kepada para pekerja supaya tidak lakukan masalah besar. Tapi kali ini saya tak boleh bertolak ansur sebab berkaitan dengan imigresen. Jika dia tak ditangkap, pihak syarikat yang berhadapan dengan masalah yang bukan syarikat yang lakukan. Itu masalah peribadi arwah. Masalahnya, arwah telah melarikan diri sebelum penangkapan. Dan hari ni... Saya tak tahu mengapa dia bunuh diri. Mungkin sebagai rusuhan." Jelas Bray dengan pandangan yang sayu. Simpati terhadap seorang ibu yang telah kehilangan seorang anak.

Wanita itu jatuh terduduk selepas mendengar penjelasan daripada Bray. "Sufian. Apa yang kamu dah buat? Ini dosa. Ibu tak ajar semua ni." Wajahnya ditutup menggunakan kedua-dua tapak tangannya kerana malu terhadap perbuatan anaknya itu.

Bray duduk melutut di hadapan wanita itu. "Puan, saya akan berikan puan pampasan. Anggaplah itu duit gaji anak puan yang saya masih belum bayar sepanjang siasatan sebelum ini. Arwah nampak baik orangnya. Tak pernah datang lewat dan tiada masalah selama ini. Tapi saya baru tahu tentang kemasukan pendatang asing tanpa izin sebagai buruh beberapa bulan lepas. Saya tak tahu buruh-buruh tu dah bekerja selama dua tahun. Dua tahun juga anak puan bekerja dengan kami."

Wanita itu mengaluhkan kedua-dua tapak tangannya dari wajahnya. Dia melihat ke arah Bray. "Encik ni anak yang baik. Terima kasih. Semoga segala urusan dipermudahkan."

"Aamin. Hal pengurusan jenazah, saya uruskan. Puan tak perlu risau." Ujarnya dengan senyuman mesra.

"Tapi anak saya dah memalukan nama syarikat." Dia sedar terhadap kesalahan berat anaknya itu.

"Tak apa. Selama ni dia dah berkhidmat untuk syarikat. Sekarang biarlah syarikat bantu dia pula. Ini duit syarikat bahagian amal. Semua pekerja berhak untuk mendapat bantuan walaupun dia bekas pekerja. Tapi itu atas budi bicara saya." Jelasnya lagi.

Wanita itu menagis lagi. "Terima kasih."

"Sama-sama."

*

Rashdan baru sahaja selesai menerbitkan cerpen terkini menggunakan aplikasi Wattpad yang dimampatkan di dalam 'DREAM CASES'. Ketika ini, dia sedang menonton berita tentang kes bunuh diri di bangunan AGENDA Corp.

"Aku dah agak. 11:50 malam. Situ ada CCTV. Tapi kenapa dia bunuh diri?" Fikir Rashdan di atas sofa ruang tamu.

"Rashdan. Kau tak keluar ke?" Soal Izwan yang baru sahaja turun dari tangga bilik. Dia berjalan ke arah kawasan dapur.

"Tak. Malaslah cari kerja hari ni. Nak rehat dulu. Esok cari kerja." Jawab Rashdan.

Izwan membuka tudung saji yang berada di atas meja. "Wow, ayam masak kicap dengan sayur campur. Terbaiklah, Rafi."

Dia segera menuju ke arah rak pinggan mangkuk dan mencapai sebuah pinggan. Selepas itu, dia menuju ke arah periuk nasi dan membuka penutup periuk tersebut.

"Nasi habis!" Jeritnya. Terasa kecewa di hati.

"Lupa nak beritahu. Abang Rafi suruh masak nasi. Nasi dah habis. Dah petang dah pun. Masaklah nasi." Kata Rashdan sambil menekan butang siaran televisyen yang berada pada tangan kanannya.

"Aku masak nasi?"

*

Syam merenung nasi putih di dalam periuk nasi elektrik. "Bubur nasi?"

"Syam. Esok aku nak beli barang dapur. Kau ada nak pesan apa-apa tak?" Soal Rafi yang baru sahaja tiba di kawasan dapur.

Syam meletakkan pinggannya di atas meja makan selepas dia menutup kembali periuk nasi. "Beli keju, coklat, anggur, susu, strawberry dan salad. Nanti datang bilik aku, ambil duit."

"Tulis senarai sekali." Pesan Rafi kepada Syam.

"Okay." Katanya lalu keluar dari kawasan dapur.

"Eh? Tadi dia macam nak makan nasi. Tapi kenapa..." Dia melihat pinggan di atas meja makan sebelum dia berjalan ke arah periuk nasi.

Penutup periuk nasi dibuka. "Bubur nasi? Siapa masak?"

Rafi tepuk dahi. "Sudah la Syam tu tak suka bubur nasi. Tapi kalau dia demam, nak bagi makan apa? Eh? Tak payah fikirlah. Aku kena masak nasi lain. Siapalah yang masak bubur nasi ni?"

Pada masa yang sama, Izwan sudah terjatuh ke lantai akibat kakinya terlilit pada selimut. Dia baru sahaja sedar daripada lena. Izwan sempat melihat jam dinding sekilas sebelum dia berdiri semula.

"Aku dah terlepas shift. Biarlah." Dia kembali merebahkan dirinya di atas katil.

Pintu biliknya tiba-tiba sahaja diketuk. Dia terkejut lalu dia segera melihat ke arah pintu bilik tersebut. "Ya." Sahutnya.

"Izwan. Ada pendrive tak? Aku nak pinjam." Tanya seseorang di sebalik pintu tersebut.

"Majid?" Tekanya dalam hati.

"Ada. Kejap." Katanya lalu menarik pintu laci di sebelah kanan katilnya.

Pendrive dicapai lalu dia berdiri dari katil. Dia berjalan ke arah pintu biliknya. Pintu bilik dibuka. "Nah, jangan lupa pulangkan."

Majid mengambil pendrive tersebut. "Terima kasih. Sorry la. Aku belum beli pendrive."

"Kau naik atas ni semata-mata nak pinjam pendrive je ke? Syam dengan Rafi tak ada pendrive ke?"

"rafisibuk memasak. Syam pula... Aku ketuk pintu bilik dia tapi tak ada respon. Mandi kot. Atau dia tidur?" Jelas Majid.

"Okay."

*

Syam kembali membuka matanya selepas 30 minit dia tidur di atas katil. Dia memerhati sekeliling biliknya terlebih dahulu sebelum dia bangun dari katil.

Langkahnya menuju ke arah tingkap bilik. Suasana malam dilihat menerusi tingkap bilik tersebut. Ketika ini, dia dapat melihat Majid bertemu dengan seseorang di hadapan rumahnya. Majid menyerahkan sesuatu kepada orang tersebut. Orang itu pula menerima benda itu lalu dicucuk pada komputer riba. Setelah proses pemindahan maklumat selesai, benda itu diserahkan kembali kepada Majid. Itu ialah pendrive milik Izwan.

Syam terus menjauhkan dirinya dari tingkap tersebut. Lelaki yang berada di dalam kereta itu perasan bahawa ada seseorang sedang memerhati mereka. Namun, dia tidak melihat sesiapa di tingkap bilik yang menjadi perhatiannya itu.

"Aku dah dapat jejak kedudukan BLACK_BOOK. Dia ada dalam rumah sewa kau." Beritahu lelaki itu kepada Majid.

Majid kelihatan terkejut. "Maksudnya, salah seorang daripada mereka ialah BLACK_BOOK?"

"Ya. Cuba kau tanya, siapa user Wattpad? Kau boleh kecilkan skop pencarian kau." Cadang lelaki itu kepada Majid.

"Okay. Aku cuba." Katanya dengan bersemangat.

"Kalau kau boleh bunuh BLACK_BOOK, bos akan bagi upah tiga kali ganda. Bos sendiri yang cakap."

"Tiga kali ganda? Banyaknya." Wajahnya kelihatan teruja selepas mendengar ganjaran yang bakal diperolehinya sekiranya dia berjaya membunuh BLACK_BOOK.

"Ini tugas kau. Hati-hati. Aku dapat rasanya ada orang sedang memerhati kita tadi." Pesannya kepada Majid yang merupakan junior dalam pasukan GUARD. Pasukan ini diupah oleh Reza Zainal, pemilik syarikat permainan video.

Walaupun GUARD yang berkhidmat untuk Reza Zainal telah pun digantung misi. Namun, Majid dan seniornya itu berkerja secara solo demi wang yang lebih banyak. Majid juga bukan calang-calang orang. Dia merupakan pembunuh upahan sebelum dia menyertai GUARD empat tahun yang lalu. Tidak hairan jika dia boleh memiliki kereta mewah.

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now