BAB 40

197 22 2
                                    

Zul duduk di koridor bilik yang bertentangan dengan ruang tamu. Dia sedang memerhati kakak dan bapanya berbual-bual di ruang tamu. Sesekali dia melihat ke arah tatu naga pada leher bapanya itu.

"Papa ada tatu? Sejak bila?" Fikirnya sambil memegang penghadang koridor di hadapan biliknya itu.

"Kenapa papa balik tak beritahu Danisha?" Soal Danisha kepada bapanya yang duduk bertentangan dengannya di ruang tamu.

Si bapa meneguk secawan kopi sebelum menjawab pertanyaan anak sulungnya itu. "Saja. Nak buat kejutan."

"Mama tahu papa balik hari ni?"

"Tahu. Papa dah call mama sebelum sampai rumah tadi." Cawan diletakkan di atas meja di hadapannya.

"10 tahun papa tak balik rumah. Hari ni baru papa balik. Danisha tak rasa papa balik rumah sebab nak balik berjumpa dengan family. Papa balik mesti sebab ada misi." Teka Danisha yang sangat mengenali pekerjaan bapanya sebagai ahli Shadow Squad Aquilinae Empire.

Bapanya tersengih. "Pandai anak papa ni. Ya. Papa memang balik sebab misi. Tapi papa pun nak jumpa family papa. Anak-anak papa semuanya dan besar. Papa rindu anak-anak papa dan mama."

"Kami pun rindu papa. Ummm... Misi apa yang menyebabkan papa balik Malaysia? Biasanya misi papa di luar negara je."

"Elder Fabian suruh siasat pemburu BLACK BOOK lepas dia dapat tahu tentang Tuan Hanan. Tuan Hanan ialah ketua BLACK BOOK. Tu organisasi rahsia untuk cari maklumat rahsia. Rasanya, ahli-ahli BLACK BOOK pun dirahsiakan identiti mereka. Satu lagi, cari maklumat tentang pemburu anak Tuan Hamid dan kes pembunuhan Salman Onn, ahli BLACK BOOK. Haih, misi cari Tuan Hamid pun belum selesai lagi." Jelas si bapa kepada anaknya.

"Anak Tuan Hamid? Rashdan?"

"Ya. Eh? Macam mana Danisha tahu nama dia?"

"Master Ryzan cerita. Sekarang ni Rashdan Hamid dilindungi oleh Secret GUARD dan Ryuu." Beritahu Danisha kepada bapanya. Mereka berkerja di bawah satu organisasi yang sama, Aquilinae Empire.

"Ryuu ada di Malaysia?"

"Ya. Pagi tadi dia baru lapor diri kepada Master Ryzan. Papa seorang je dalam misi ni?"

"Ada lagi dua orang." Kata bapanya sambil mencapai cawan.

"Siapa yang ketuai misi ni?"

"Danisha rasa?" Dia angkat kening ke arah anaknya itu selepas meneguk kopi di dalam cawan tersebut.

"Papa?"

"Yup."

*

Zul merenung ke arah leher bapanya yang bertatu itu. Ketika ini, bapanya sedang memasak nasi gorang kerana terasa lapar pada waktu tengah malam. Zul pula sedang minum susu di meja makan.

"Kenapa tenung papa macam tu?" Soal si bapa kepada si anak tanpa melihat wajah anaknya kerana dia sedang memasak. Namun, dia dapat merasai tenungan tersebut.

"Kenapa papa ada tatu?"

Si bapa segera memegang lehernya yang bertatu itu. "Ah, aku lupa la pula. Danisha mesti dah nampak tadi. Kenapa dia tak tegur?" Monolognya.

"Err... Zul jangan salah faham. Papa tahu bertatu tu berdosa. Tapi ni sebab terpaksa. Dah tak ada jalan untuk larikan diri masa tu. Kalau la papa tak ditangkap masa tu. Rasanya... Tatu ni tak wujud. Misi tu pun gagal kalau tak ada backup plan dari ketua." Tangannya diturunkan ke sisi. Api dapur dipadamkan.

"Kerja papa bahaya. Kenapa papa pilih kerja macam tu?" Soal Zul dengan pandangan sayu.

Nasi dimasukkan ke dalam dua buah pinggan lalu diletakan di atas meja makan. Sepinggan nasi berada di hadapan Zul dan sepinggan nasi lagi berada di hadapannya. "Sebab minat dan sebab ikut kawan."

"Minat?"

Si bapa duduk di atas kerusi bertentangan dengan si anak. "Zul minat apa?" Dia segera menukar topik perbualan tentang dirinya tadi.

"Zul minat biologi. Dah besar nanti, Zul nak jadi doktor." Jawab si anak terhadap soalan si bapa.

"Bagus. Belajar rajin-rajin. Dah besar nanti boleh jadi doktor. Kalau papa sakit nanti. Zul boleh rawat papa."

"Ya. Papa. Zul ada soalan pasal akak."

"Kenapa dengan Danisha?"

"Akak tu perempuan. Kenapa dia join Aquilinae Empire macam papa? Bahaya la. Papa patut bantah." Kata Zul yang berasa risau terhadap keselamatan Danisha walaupun dia mengetahui bahawa Danisha merupakan seorang gadis yang hebat dalam pelbagai seni bela diri dan bersenjata.

"Papa tak boleh halang kalau tu minat dia dan pilihan dia sebab Danisha tu susah dipujuk kalau dia merajuk. Macam mama. Lagi pun, papa tak halang anak-anak papa nak kerja apa. Yang pasti halal dan tak terlibat dengan jenayah. Kalau terlibat dengan jenayah... Papa sendiri yang akan tangkap. Kalau bernasib malang, Tuan Arman yang akan tangkap. Ya la. Tuan Arman tu dah jadi Inspektor Arman di Malaysia ni. Tapi status dia masih King Crown of Aquilinae Empire di Australia." Kata bapanya.

"Papa tak risau kalau akak kena culik macam perkara yang pernah papa lalui?" Zul kelihatan serius.

Si bapa melihat ke arah lain. "Kalau itu takdir. Lagi pun, kerja Danisha pun antara hidap dan mati walaupun dia hanya mencari maklumat."

Zul menujukkan wajah tidak berpuas hati. "Takdir? Sebelum benda tu berlaku. Papa boleh halang akak kerja macam tu."

Dia kembali melihat ke arah anaknya. "Itu pilihan Danisha. Dia tahu jaga diri. Zul jangan fikir benda yang bukan-bukan." Tegasnya.

Zul berdiri. Dicapainya pinggan dan cawan. Dia berlalu pergi dari situ menuju ke arah biliknya tanpa berkata apa-apa untuk membidas kata-kata bapanya itu. Si bapa pula sudah memegang dahi kerana ada benar juga kata-kata anaknya itu.

"Danisha dah lama join Aquilinae Empire. Tak akan aku nak halang tiba-tiba. Apa pula kata Master Ryzan nanti?" Fikirnya. Nasi goreng hanya dilihat olehnya tanpa disentuh walaupun sedikit.

*

Ryuu dan Rafi sedang berbual di dalam bilik Rafi. Mereka berdua duduk di atas lantai berlapikkan karpet berbulu dengan corak bulu harimau belang. Di atas karpet tersebut juga terdapat sebuah dokumen milik Ryuu yang disemak oleh Rafi. Hal ini demikian kerana kedudukan Rafi lebih tinggi daripadanya dalam BLACK BOOK tetapi kedudukan Rafi rendah daripada Ryuu dalam Aquilinae Empire. Rafi merupakan ketua pasukan perisik dan penyiasatan dalam BLACK BOOK yang menjadi orang atasan kepada Ryuu. Manakala, Rafi hanya ahli bebas dalam Aquilinae Empire. Dia boleh sertai misi solo atau berkumpulan jika dia dipanggil untuk berkhidmat.

"Aku akan cuba tolong cari maklumat pasal pemburu BLACK BOOK dan kes Salman." Kata Rafi selepas selesai membaca dokumen tersebut.

"Okay. Ah, aku baru ingat. Kau pegang misi apa sekarang ni?" Ryuu kembali kepada soalan pertama ketika dia melihat Rafi di dalam rumah tersebut selepas setahun mereka tidak bertemu.

"Misi cari pembunuh Salman. Tapi bukan under arahan. Aku gerak solo. Buat masa ni aku bekerja di syarikat MESRA Corp." Jawab Rafi yang sudah bersandar pada dinding bilik.

"Orang dalam rumah ni tak tahu identiti kau, kan?"

"Tak. Diam-diam. Kau pula? Tuan Arman dengan Master Ryzan tahu kau join BLACK BOOK?"

"Tak."

Rafi angkat kening ke arah rakan sepasukannya itu. "Syawal dah balik. Tak nak jumpa best friend kau ke? Aku ada alamat rumah dia."

"Biarlah dia." Katanya tanpa perasaan.

"Korang gaduh ke?"

"Tak la."

"Ya ke?"

Ryuu mengambil dokumen tersebut dan menyimpan ke dalam begnya. "Ya." Dia berdiri lalu keluar dari bilik Rafi.

"Aku syak ni mesti perang dingin sebab kes dua tahun lepas. Tapi dia sendiri yang cabar Syawal mengorat Intan. Tapi tak sangka, dia pun suka Intan." Monolog Rafi lalu ketawa tatkala terkenang kejadian tersebut.



A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now