EXTRA

299 25 25
                                    

Seseorang menghela nafas lega selepas editor baru miliknya keluar dari rumah tersebut. Ini kali ketiga dia lambat menghantar manuskrip novel miliknya yang bertajuk BLACK BOOK. Dia juga baru semalam dimaklumkan bahawa editor baru akan datang ke rumahnya pada jam 6:30 petang.

Siapa sangkat editor itu datang ke rumahnya dan meminta dirinya hantar manuskrip itu segera tanpa sebarang alasan. Maka, dia terpaksa menyiapkan manuskrip tersebut secepat mungkin dan cetak. Agak tegas juga editor baru itu berbanding editor yang sebelum ini.

Telefon bimbit berdering. Dia segera mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja bertentangan dengannya di ruang tamu ini. Panggilan segera dijawab. "Hello?"

"Lelaki mana dalam rumah awak tadi?" Soalan segera ditanya oleh si pemanggil kepada manusia itu.

"Tadi? Eh? Awak dah sampai ke?" Dia segera berdiri dari sofa dan menuju ke arah pintu rumahnya.

"Jawab soalan saya."

"Editor baru."

"Berani dia masuk dalam rumah perempuan. Awak pun satu hal. Kenapa beri dia masuk dalam rumah?" Ujar suara lelaki yang sangat cemburu ini.

Pintu rumah dibuka. "Awak dekat mana? Tak ada pun."

"Saya dah balik. Hari ni dating cancel. Merajuk dengan awak. Dah la tak beritahu saya langsung pasal ada lelaki nak datang rumah. Awak duduk seorang diri pula tu."

"Dia bukan tahu pun saya ni perempuan sebab ..."

"Awak ni... Saya pun tak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta dengan gadis berpakaian macam lelaki dan 80% nampak macam lelaki. Dan selalu guna nama lelaki sampai nama pena penulis pun guna nama lelaki. Saya dah keliru. Saya couple dengan siapa sebenarnya." Luahan hati seorang lelaki.

Dia bersandar pada bingkai pintu rumah sambil memeluk tubuhnya menggunakan tangan kiri. Tangan kanannya memeganag telefon. "Saya pun hairan juga sebenarnya. Macam mana la awak boleh couple dengan saya, En. Khairi."

"Kau ni Hana atau Nameless?"

"Cuba teka."

*

"Khairi. Apa hal kau bercangkung depan tandas tu? Aku nak masuk tandas." Kata rakannya, Syawal.

Khairi segera berdiri dan berjalan ke arah ruang tamu. Pada telinga kanan masih melekap telefon pintar miliknya. "Kau, Nameless. Okay. Aku rasa aku tak patut cemburu sebab kau bukan Hana."

"Apa benda la kawan aku seorang ni. Borak dengan awek dok bercangkung depan tandas. Bukan dalam tandas." Monolog Syawal lalu membuka pintu tandas dan masuk ke ruangan tersebut.

*

Jam menunjukkan detik 9:30 malam. Syam sedang mengeluarkan manuskrip dari dalam sampul surat. Dilihatnya tajuk novel tersebut 'BLACK BOOK'. "Eh? Ni nama wattpad Rashdan dan nama kumpulan BLACK BOOK."

Syam segera membaca prolog cerita tersebut. "Berbeza. Tapi macam sama dengan situasi Rashdan. Tapi... BLACK BOOK ni buku misteri. Eh? Ni cerita hantu ke? Aku tak patut baca waktu malam. Esok je la baca."

Manuskrip tersebut disimpan semula ke dalam sampul surat.

*

Izwan membuka peti sejuk selepas pulang ke rumah sewa. Di dalam peti sejuk tersebut terdapat banyak bekas berisi ayam dan dilabel dengan perkataan yang berbeza-beza. Izwan pula mengambil air mineral apa pintu tepi sejuk sambil membaca perkataan pada tepi bekas-bekas itu.

"Lemon black pepper, sugar tea, chili herb, secret menu, hot, sweet, ayam berempah... Apa hal banyak sangat ni? Safiq nak masak ayam semua ke? Minggu ni makan ayam je la nampak gayanya."

"Bukan aku." Kata Syafiq yang baru sahaja tiba di kawasan dapur.

Pintu peti sejuk ditutup. "Habis tu? Siapa?"

"Syam."

"Eh? Sejak bila dia pandai masak?"

"Tak tahu. Tapi... Setakat yang aku pernah rasa. Pedas nak mampus. Aku tak tahu macam mana dia boleh makan habis. Dan setiap yang dia masak mesti ada black paper. Tak panas ke?"

"Sedap ke?"

"Sedap tapi tu la... Bahaya. Boleh cirit seminggu."

Izwan terdiam selepas mendengar pengalaman Syafiq menghadap makanan yang bahaya itu. "Aku tak rela nak rosakkan perut aku. Aku masih nak hidup lama dengan bebeas. Tak nak kena tahan wad seumur hidup."

"Aku pun. Tapi aku nak kena jadi tester sebab aku 'chef'. Apalah nasib." Sedih terasa di lubuk hati Syafiq.

"Sabar, Syafiq. Aku faham."


A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now