BAB 49

191 23 12
                                    

Bunyi deringan telefon pintar memenuhi ruangan sebuah bilik di dalam sebuah hotel lima bintang. Maka, si pemilik telefon pintar tersebut segera mencapai telefon itu di sebelah kanan bantal lapik kepalanya. Panggilan segera dijawab.

"Hello?"

"Fortino. Aku ada tugasan untuk kau."

"Apa tugasannya." Dia memisat-misat matanya sebelum duduk di atas katil.

"Cari tester untuk video game yang aku baru siapkan. Kau cari la sesiapa pun. Asalkan, aku dapat seorang tester."

"Nak bila?"

"Hari ni."

"Okay, boss." Panggilan segera ditamatkan selepas tugasan diterima oleh Fortino.

Fortino meletak kembali telefon tersebut di tempat asal sebelum dia melihat ke arah kiri. Di sebelah kirinya terdapat seorang gadis yang masih lena diulik mimpi indah. Gadis itu merupakan pelacur yang dibayar olehnya untuk satu malam selepas dia puas menyertai aktiviti di sebuah kelab malam.

Fortino bangun dari katil dan terus menuju ke arah bilik mandi tanpa berpakaian. Dia juga tidak melihat langkahnya dan memijak sahaja pakaian yang berada di atas lantai.

Tiba-tiba, telefon pintar miliknya berdering lagi. Dia segera berjalan ke arah katil semula dan mencapai telefon tersebut di atas katil. Dilihatnya nama si pemanggil pada skrin telefon pintar tersebut sebelum dia menjawab panggilan itu, Hadi.

"Hello?"

"Fortino. Kau ada di mana sekarang ni?"

"Hotel. Kenapa?"

"Ada orang sedang memerhati rumah kau. Aku nasihatkan kau supaya jangan balik ke rumah dalam masa terdekat ni kalau kau nak selamat."

Fortino terkejut mendengar laporan tersebut daripada rakan seperjuangannya. "Macam mana kau tahu?"

"Sekarang ni aku berada di rumah aky. Aku nampak sebab aku tengok melalui tingkap bilik aku. Lagipun, rumah aku tak jauh dari rumah kau. Hati-hati, bro. Aku tak tahu siapa mereka. Mungkin polis yang buru kau atau sebaliknya." Jelasnya.

"Thanks. Nasib baik aku tak ada di rumah." Dia ketawa kecil.

*

Safuan, Inspektor Arman dan beberapa orang ahli pasukan mereka sedang memerhati rumah Fortino dari jarak jauh agar tiada sesiapa yang dapat mengesan kedudukan mereka. Namun, mereka tidak mengetahui bahawa diri mereka sedang diperhatikan oleh seseorang yang berada di dalam sebuah bilik di tingkat dua. Rumah itu terletak selang tiga buah rumah dari rumah Fortino dan bertentangan.

"Siapa mereka?" Soal Hadi kepada dirinya sendiri ketika dia melihat ke arah manusia-manusia yang dia tidak kenali itu.

"Eh? Tu macam... Safuan Kamaruddin? Sekejap. Apa kaitan dia dengan Fortino?" Pandangannya berfokus kepada seorang lelaki berambut perang yang bercangkung di bawah sebatang pokok manga sambil bermain permainan video melalui telefon pintar.

Kemudian, pandangannya beralih ke arah Inspektor Arman yang berada di sebelah kanan Safuan. Lelaki itu sedang menelefon seseorang. "Sebelah kanan dia tu... Siapa?"

"Hadi."

Hadi terkejut apabila namanya dipanggil seraya pintu biliknya diterjah. Dia segera melihat ke arah pintu biliknya. "Jepp! Kau ni. Janganlah buat aku terkejut. Kau tak reti ketuk pintu ke?" Dia berang.

Jepp tersengih-sengih. "Sorry."

"Ada apa kau datang bilik aku?" Soal Hadi lalu berjalan ke arah sebuah kerusi yang terletak bertentangan dengan sebuah meja. Dia duduk di atas kerusi tersebut.

"Aku ada benda nak beritahu kau."

"Benda apa?"

"Tadi Master Luqman call aku. Master kata, kau tak angkat phone. Dah banyak kali dia call kau." Beritahu Jepp kepada Hadi.

Hadi bingkas bangun dari kerusi lalu mencari telefon pintar miliknya. Dicapainya telefon pintar tersebut di atas meja pada sisi kanan katil. Butang kuasa pada sisi kanan telefon tersebut ditekan. Namun, tiada apa-apa yang berlaku pada skrin telefon tersebut.

Hadi mengeluh. "Phone aku mampus. Tak ada bateri."

"Master Luqman suruh aku beritahu kau. Minggu depan ada meeting dengan Secret GUARD." Kata Jepp.

Hadi duduk di atas katil. "Budak-budak tu lagi."

"Kenapa?"

"Tak ada apa."

"Kau masih nak membantah ke? Oh ya. Satu hal lagi. Kau tak terlibat dengan kes terjah syarikat Bray, kan?"

"Tak. Aku tak tahu apa-apa pun. Deorang yang pandai-pandai buat rancangan tu."

"Bagus. Aku tak nak masalah besar berlaku kepada kau." Kata Jepp.

"Aku tahu la apa yang aku buat." Katanya dengan angkuh.

Jepp hanya mampu menggelengkan kepalanya kerana dia langsung tidak memahami pemikiran tuan rumah tersebut. Hadi masih mahu membantah penubuhan Secret GUARD sedangkan 'Master Luqman' sudah bersetuju terhadap penubuhan Secret GUARD dalam membantu menjaga keamanan di dalam pasukan GUARD sendiri.

Hadi merupakan salah seorang daripada tiga orang yang membantah terhadap penubuhan Secret GUARD. Dua orang lagi ialah Arip dan Din atau Dragon.

*

"Safuan."

"Ya." Sahutnya apabila namanya dipanggil oleh Inspektor Arman. Dia berdiri lalu melihat ke arah lelaki tersebut.

"Red call tadi. Dia kata, Fortino pun tak ada di tempat kerja." Beritahu Inspektor Arman kepada Safuan.

Safuan melihat ke arah rumah milik Fortino yang terletak tidak jauh dari situ. "Nampak gayanya, rancangan kita jadi sia-sia. Mungkin ada yang telah membelot atau sebaliknya. Dia tak ada di rumah dan di tempat kerja. Jadi, dia berada di mana?"

"Ada yang bocorkan rancangan operasi ni?" Soal Inspektor Arman kepada Safuan dengan wajah yang serius.

"Kita tak boleh menuduh. Hal ni perlu disiasat juga. Atau ini hanya kebetulan?" Kata Safuan agar Inspektor Arman tidak mencurigai sesiapa yang terlibat dalam misi menangkap Fortino.

"Macam mana sekarang?" Soal Inspektor Arman kepada Safuan.

Safuan berjalan ke arah kereta miliknya. "Misi ditangguhkan. Kita rancang semula." Jawabnya.

Inspektor Arman turun mengekori Safuan menuju ke arah kereta tersebut. "Itu lebih baik daripada kita buang masa di sini."

Safuan segera membuat panggilan kepada para pengikutnya melalui alat penghubung pada telinga kanannya. "Misi ditangguhkan. Target tiada di rumah dan di tempat kerja."

"Baik, tuan." Sahut para pengikutnya hampir serentak. Terasa bingit telinga Safuan. Segera dicabutkan alat penghubung tersebut lalu telinganya digosok kerana kebingitan.

*

Bray menjawab panggilan daripada Safuan. Dia agak terkejut apabila mendengar laporan daripada Safuan yang menyatakan bahawa Fortino tiada di rumah dan di tempat kerja. Bray juga merasakan bahawa ada seseorang yang memecahkan maklumat tentang rancangan tersebut kepada Fortino tetapi dia tidak boleh membuat tuduhan melulu terhadap seseorang tanpa siasatan.

"Kita tanguhkan misi dulu. Nanti kita bincang semula." Katanya kepada Safuan melalui panggilan telefon.

"Okay." Panggilan segera ditamatkan.


A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now