BAB 11

175 26 0
                                    

Rashdan berdiri di hadapan bangunan milik AGENDA Corp untuk mencari kerja baru. Dia sudah tiada pilihan lain selain daripada syarikat tersebut walaupun dia tidak mahu melibatkan diri dalam syarikat itu. Namun, hanya syarikat itu sahaja yang melakukan pengambilan pekerja baru dalam bahagian promosi, kontraktor dan pembantu peribadi.

Langkah kanan dimulakan selepas menarik nafas panjang dan menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Dia terus masuk ke dalam bangunan AGENDA Corp apabila pintu bangunan itu dibuka secara automatik.

"Assalammualaikum, encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal pekerja wanita yang berada di kaunter pertanyaan kepada Rashdan sebaik sahaja dia berdiri di hadapan kaunter pertanyaan terserbut.

"Errr... Dekat mana tempat interview? Saya nak minta kerja di sini."

"Oh, interview. Encik perlu naik lif di sana untuk ke tingkat tiga. Kemudian, belok kanan dan terus masuk ke sebuah bilik Sumber Manusia. Dalam bilik tu nanti ada pekerja yang uruskan hal giliran interview. Semoga berjaya" Jelas pekerja wanita itu.

"Terima kasih." Ucap Rashdan sebelum berjalan ke ara lif yang ditunjukkan oleh pekerja wanita tersebut.

"Sama-sama."

Butang tingkat tiga ditekan oleh Rashdan sebelum pintu lif ditutup rapat. Tiba-tiba, seorang lelaki menahan pintu lif tersebut daripada terus ditutup rapat. Rashdan pantas menekan butang pintu lif supaya dibuka luas. Lelaki itu pula segera masuk ke dalam lif dalam keadaan tercungap-cungap seperti baru sahaja selesai merentas desa. Pintu lif ditutup selepas Rashdan melepaskan butang pintu lif tersebut.

Dia tersandar pada dinding lif. "Terima kasih. Kalau kamu tak tolong saya tadi. Rasanya, saya dah lambat."

"Sama-sama. Interview juga ke?"

"Interview? Oh. Tak. Saya perkerja di sini." Jawabnya lalu berdiri tegak selepas selesai menenangkan dirinya.

Tangan kanan dihulurkan kepada Rashdan. "Saya, Hamzah."

Rashdan menyambut salaman tersebut. "Rashdan."

"Kamu ni muda lagi, kan? Umur berapa?"

"Umur... 18 tahun." Jawabnya dengan jujur.

"Eh? Dah tak belajar ke?"

"Umm... Saya orang susah. Jadi, saya terus kerja lepas SPM. Ibu saya pun dah tak larat bekerja. Dulu ibu saya cikgu. Sekarang dah pencen. Jual kuih di kedai makan je. Ayah saya pula... Hilang. Saya tak tahu nak jelaskan macam mana." Jelasnya tanpa dipinta oleh Hamzah.

"Kasihannya. Semoga urusan kamu dipermudahkan hari ni. Oh, ya. Hari ni bos sendiri yang akan interview kamu. Tapi lepas bos tapis... CEO AGENDA Corp pula yang akan tapis. Buatlah solat hajat. Insya-Allah. Kalau nasib kamu baik, dia akan terima kamu bekerja di sini." Nasihat Hamzah yang sangat mengenali anak majikannya itu.

"Bila CEO tu nak tapis? Kenapa tak buat sekali?" Soal Rashdan kepada Hamzah.

"Waktu pagi macam ni dia sibuk. Tapi hari ni memang dia tak boleh datang sini sebab jadual dia penuh. Biasanya dia akan tengok rakaman CCTV dalam bilik interview tu. Andai kata kamu diterima, AGENDA Corp akan hantar email."

Pintu lif dibuka setibanya mereka di tingkat tiga. Mereka berdua keluar dari lif tersebut. Masing-masing berjalan ke arah bilik Sumber Manusia yang menjadi tempat untuk menguruskan para pekerja termasuklah masalah pekerja.

Pintu bilik Sumber Manusia dibuka oleh Hamzah. Hamzah berjalan mendahului Rashdan. Dia berjalan ke arah meja kaunter di dalam bilik Sumber Manusia yang agak luas itu. "Calon baru." Kata Hamzah kepada pekerja wanita yang berada di kaunter tersebut. Kata-kata itu merujuk kepada Rashdan yang berdiri di sebelah kirinya.

"Selamat datang. Ini nombor giliran encik." Kata pekerja wanita tersebut sambil menghulurkan sekeping kertas berwarna putih yang bernombor 78.

Rashdan menerima kertas bernombor tersebut. "Terima kasih."

"Sama-sama. Sila tunggu di sana. Yang berada di dalam bilik interview sekarang ini, nombor 57. Encik ada masa lagi kalau nak makan tengah hari."

"Okay." Kata Rashdan sebelum dia berjalan ke arah kawasan menunggu yang dipenuhi dengan beberapa buah kerusi berwarna hitam.

"En. Badri suruh ambil fail yang dia tertinggal atas meja ni semalam." Kata Hamzah kepada pekerja wanita itu selepas dia selesai melakukan imbasan cap jari pada sebuah skrin kecil yang bertentangan komputer di atas meja kaunter tersebut. Itu merupakan sistem kehadiran pekerja yang digunakan oleh AGENDA Corp sejak AGENDA Corp diwujudkan.

Pekerja wanita itu segera mencari fail yang dimaksudkan itu lalu menyerahkan fail tersebut kepada Hamzah. "Ini failnya. Macam mana la En. Badri boleh tertinggal fail ni?"

Hamzah mengambil fail tersebut. "Dia stress sangat la tu."

"Stress? Mungkin juga. Sebab semalam terasa bahang masa dia tengah jawab call someone."

"Haih. Dah agak. Mungkin saya tak patut call dia masa tu dan beritahu hal tapak projek tu." Keluhnya yang terasa agak kesal terhadap kejadian pada hari semalam.

"Tapak projek? Ada masalah lagi ke?"

"Ni masalah orang luar. Bukan orang dalam AGENDA Corp. Tak tahu la macam mana penagih dadah boleh buat sarang dekat kawasan bawah tanah tu. Ni rumah berkonsep bawah tanah. Kalau la tak ada orang buat laporan. Rasanya, sampai siap rumah tu pun tak ada orang tahu. Dah la semalam jumpa seorang mayat penagih dalam tu. Adoi. Lepas ni mesti kena panggil meeting lagi. Kena dengar dia membebel lagi. Mesti pasal keselamatan dan situasi tapak projek pula kali ni." Hamzah garu kepala yang tidak gatal.

Pekerja wanita itu ketawa kecil. "Saya faham walaupun saya tak terlibat dalam meeting tu. Mesti awak tak tahan rasa panas dalam bilik meeting tu, kan?"

"Siapa tahan? Semua orang rasa nak lari. Tapi... Itu lebih baik daripada AGENDA Corp sebelum ni."

"Ya. Saya setuju. Sejak En. Badri jadi CEO, AGENDA Corp semakin berkembang dan semakin baik. Tak ada masalah dalaman dan luar AGENDA Corp kecuali... Pesing-pesaing yang bersaing dengan cara tak sihat tu la." Katanya yang mengetahui masalah syarikat tersebut termasuk musuh syarikat walaupun dia tidak tahu siapa sebenarnya musuh syarikat tersebut.

"En. Badri nak bersihkan AGENDA Corp. Jadi, kalau nak kerja lama-lama dalam syarikat ni. Jangan cari masalah." Kata Hamzah yang mengetahui matlamat utama CEO AGENDA Corp.

"Kes Sufian tu pun... Dengar cerita En. Badri guna duit bahagian amal untuk proses pengurusan jenazah dan pengebumian. Walaupun Sufian tu dah malukan nama syarikat tapi En. Badri masih baik dengan dia. Padahal Sufian tu mungkin sengaja bunuh diri sebab protes hal dipecat."

Hamzah menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum berkata. "Saya pun tak faham. Tapi itu pilihan dia. Kita tak boleh halang. Ibu Sufian pun berkali-kali minta maaf kepada En. Badri masa datang rumah ibu Sufian hari tu. En. Badri pula hanya kata, 'Tak apa. Hal dah berlaku. Saya tak simpan dalam hati. Biarlah dia pergi dengan aman.' Kalau saya, mustahillah boleh berbaik macam tu."

"Awak lain. En. Badri lain. En. Badri tu hatinya baik sangat."

Hamzah tiba-tiba sahaja ketawa. Hal ini telah menarik perhatian ramai orang yang berada di situ. Dia segera menutup mulutnya menggunakan tapak tangan kanan. "Baik bertempat." Kata Hamzah kepada pekerja wanita itu.

Rashdan pula hanya mendengar perbualan mereka berdua sejak awal tadi. Dia dapat mendengar perbualan tersebut kerana dia duduk tidak jauh dari meja kaunter tersebut. "CEO tu baik. Mungkin aku ada harapan untuk dapat kerja di sini."

A.K.U : BLACK_BOOKWhere stories live. Discover now